ok. sambung berblog..

maaf ya, tadi saya ada hal mendadak. sekarang saya sambung balik update blog.

sebenarnya dah terlupa nak buat sambungan dari entry sebelum ini. so sekarang kita sambung dengan cerita lain sajalah. hahaha! ok. tadi saya ke putrajaya. sebelum ini pernah ke putrajaya sendirian, tapi b4 ni saya ke sana menaiki perkhidmatan ERL. tapi tadi saya memilih untuk naik bas Rapid. kalau naik ERL tambangnya 9.50sen, kalau naik bas, tambang cuma 3.80sen. jimat 5.70sen!

saya naik bas dari Pasar Seni. dalam jam 5pm. hujan wo! lepas 10 minit perjalanan, mata saya terus mengantuk. dan saya tertidur dalam bas. bangun saja dari tidur, seorang lelaki India menghulurkan tiket bas dan not seringgit kepada saya. malunya! saya tertidur nyenyak hingga terlepas not seringgit n tiket bas dari tangan. nasib baik mamat tu India, kalau melayu manalah saya nak letak muka. adei!

saya sebenarnya ke putrajaya untuk menjemput adik perempuan yang cuti panjang (lepas SPM). dia datang dari johor tumpang kereta kawan saya yang bekerja di putrajaya. (saya pernah mention tentang beliau b4 ni). sengaja saya ajak adik saya duduk dengan saya kat kl, belajar sikit-sikit tentang dunia. maklumlah, adik saya ni tak pandai 'berjalan' sendiri. guna internet tak reti, naik bas pun tak pernah. so. kita nak ajar dia. biar dia pandai hidup.

macam saya juga, sampai sekarang masih belajar 'hidup'. sebab saya bukan sedia tahu semua perkara. contohnya, dari putrajaya tadi, saya tidak naik bas ke pasar seni (sebab driver tak ada, mungkin bas sedang rehat), sebab hari dah lewat, kita naik saja bas yang available. iaitu bas ke Bandar Utama. memang bandar utama tu jauh dengan UM. saya tau. tapi tak apa. kita try.

saya tak tau bas ni akan lalu mana, tapi saya alert dengan jalan yang ia lalui. then saya nampak bas ini mendekati stesen LRT Kelana Jaya. ok. fine. kita turun kat sini! serius. saya tak pernah sampai Kelana Jaya. tapi saya tau ini adalah stesen terakhir LRT Putra. jadi boleh la kami pergi ke stesen LRT Universiti. (maka sampaila ke rumah). jom tepuk!

seperkara yang ingin saya bagitahu.



adik saya tak tahu pun yang saya jemput dia hari ini dengan cara 'memandai-mandai'. sebab saya buat muka macam expert gila. haaa. terer kan saya?. apa lagi. jom tepuk! hahaha!

Comments

Pandai pandai.. Tepuk tepuk.. Heehee.. Kita kene belajar hidup, merasa susah merasa senang.. Baru laa best.. Ngee..
hanafijaafar said…
saya rindu itu semua.
Cik Akma said…
hahaa clap2. tepuk kuwat2 :D
beautiful_rose said…
hahah tepuk2
jnji selamt......... =)
MOFASAD said…
semalam saya ke putrajaya!
Anonymous said…
pena sesat mse naik bas. sangat memalukan. itulah akibat tunjuk pandai dan bodoh sombong tak nak bertanya. hahaha. tapi sekarang dah ada transport. tak naik bas da :)
sharamli said…
nasib baik mamat india tu tak kasi tisu suruh lap air liur kan..ha3
Nadiene said…
ok jugak tu bwk adik ,, mesti dia busan kat uma ...
hisham said…
salam...wah..lenanya tido dlm bas...nsib baik x terlajak...hehe
nmEsfie said…
tdo dalam bas adalah satu keseronokan~~
deus X machina said…
pelik lak aku tengok layout ko skang
pap pap pap...
pap pap pap...
pap pap pap...
pap pap pap...
pap pap pap...

tepuk buat ko...
hehehehe...
.::WaNiE::. said…
syabas !! huhuhu idok le saya berani buat gitu
Seimura said…
huh? ko asyik tukar ganti nama diri kejap 'saya' kejap 'aku'. hohoho.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..