sindrom mengantuk.
pagi ini, kelas jam 8 pagi. tiba-tiba sindrom mengantuk menjadi lebih hebat daripada biasa, bukan saja mengantuk, malah seperti tidak dapat mencelik mata dengan baik. bukan hanya saya, kebanyakan student lain pun begitu. Dr. Sufian memang menyedari bahawa student beliau hari ini semuanya 'sleepy'. sampai beliau pun mengenakan kami. menulis nombor 7 di papan putih tetapi menyebut 'seventy'. bila pelajar buat senyap saja, maka terbuktilah yang kami semua 'sleepy'. kantoi!
zaman saya tinggal di asrama time sekolah menengah, sindrom mengantuk ini memang hebat. kadang-kadang guru yang mengajar di depan kena surrender dan terpaksa membiarkan kami tidur. tapi saya tidaklah selalu tidur. student perempuan mementingkan air muka. nak tidur pun kena cover kononnya tengah baca buku, padahal mata dah pun terpejam, mimpikan zaman puteri gunung ledang dilamar sultan melaka.
dulu, kalau nak tidur dalam kelas, saya akan selalu berbantalkan lengan. bila terjaga, lengan saya pun menjadi lenguh dan kebas. subjek yang selalu buat saya mengantuk adalah bahasa inggeris. memang tak minat bahasa inggeris. benci belajar grammar. benci sebab dah belajar dari sekolah rendah still tak pandai-pandai lagi. lembab sangat kepala otak. then, bila dah masuk universiti, time presentation mulalah ketar seluruh badan. cakap dalam bahasa inggeris bunyi macam cakap siam.
errrkkk!
dah terbongkar sedikit rahsia di zaman sekolah. memang beginilah life saya sebagai blogger, macam tak perasan bahwa menulis dalam blog sebenarnya membuat saya membuka buku lama. dan bikin malu diri sendiri sedikit demi sedikit. tapi macam tak malu sangat. sebab kisah saya adalah kisah yang normal, seperti kisah kamu juga.
maka berblog ibarat berdiri di atas normal. (bukan lagu peterpan, eh kenapa mesti peterpan? dan bukan pikachu?) huh?! whatever!
Comments
zaman dolu2 kan kenangan...
hehehehe...
luculah kamu ni!
tu yg dipanggil pengalaman
heheee
xpernah lagi rase nye...
hehehehe...
kan dah ngantok dalam claz
(aku pun sama gak dulu, erk888)
hehe
:)