GengBlogger~komuniti blogger anda.

kalau cerita tentang tarikh, aku memang tak ingat. tapi ianya start sekitar awal Januari lalu. dimana aku membaca blog si Tedi dan ternampak banner Geng Blogger di side bar blog beliau. aku pun macam tertarik nak klik. dan sejak itulah. aku mula menyertai Geng Blogger~'komuniti blogger anda'.

musim-musim perkenalan:-
sebagai freshie, aku ini malu-malu. so aku tidaklah datang ke 'rumah' ini dengan membuat bising. walaupun banyak benda yang aku tak tau, tapi aku 'explore' sendiri satu-persatu. tetapi kehadiranku disini tetap dihidu oleh rakan blogger lain seperti ezany-kun dan melz. mereka berdua ini sudah lama ku kenali dalam dunia blog.

 dan mereka berdua antara yang terawal melawat profile ku di GB dan mengalu-alukan kedatanganku disini. pergh. memang terharu!





dan hingga setakat ini, lebih 110 blogger di GB yang telah melawat profile ku di sini. aku sendiri pun tak sempat nak melawat kembali mereka yang melawat profile aku. profile orang lain yang aku lawati mungkin tak sampai pun 20 jumlahnya. haha, jom sekeh kepala aku.



kerana GB, aku join twitter. tapi sampai sekarang aku masih blur dengan 'twitter'. sumpah tak faham. tapi tak apa. pelan-pelan kayuh. =p




antara ahli GB yang aku  follow di Twitter adalah kak jie, dan ariff. aku memang admire dengan kakjie sebab beliau adalah super senior dalam dunia blog. memang respect sama beliau. manakala ariff si jejaka moscow ni plak merupakan pemenang mencipta tagline GB~ 'komuniti blogger anda'. kedua-dua mereka ini boleh dikatakan orang penting dalam Geng Blogger. kalau tengok blog diorang, memang respect beb! ilmu pasal blog memang dalam poket baju je.

bro eyriqazz ni plak aku dah lama kenal, sebelum join GB lagi. kengkadang beliau ada gak leave komen kat entry aku. blog beliau pun fames jugak. beliau ni suka betul buat 'edisi terjah' blog orang lain. cuma dia tak buat lagi 'edisi terjah' blog aku. hahaha! =p

orang yang sebenar-benar penting dalam Geng Blogger adalah kong. web GB ni kong la yang cipta. tapi serius aku tak kenal pun kong ni sapa. aku cuma tau nama dia je. yang pasti, sebagai admin Geng Blogger, beliau memang super duper hebat lah. double respect lah untuk beliau!


ini adalah antara penulisanku yang telah di ping ke GB. rekod terbaik adalah 439 viewers untuk entry anjakan paradigma diikuti dengan kisah saya bersama trofi piala dunia iaitu sebanyak 84 viewers.


dalam Geng Blogger juga terdapat ruangan forum @ sembang. aku memang suka ruangan forum kat sini, boleh tukar-tukar pendapat. antara topik-topik yang aku cipta di ruangan forum seperti:-




best gak bila berforum then orang bagi respon kat persoalan/pendapat yang kita utarakan. tapi janganlah sesuka suki mencipta topik. main hentam je create topik baru padahal topik itu sudah berbelas kali diutarakan oleh blogger lain. haa. sindrom 'topik berulang sampai 11 kali' memang menjadi perkara yang terpaling aku menyampah dalam forum ni. dush!


dan sekarang mari kita lihat statistik pengunjung dari Geng Blogger.




berdasarkan nuffnang, statistik pengunjung pada minggu ini memang tidak begitu banyak. tidak sampai pun seribu unique visitors, mungkin disebabkan jumlah update yang hanya sekali sehari sejak 3 hari yang lalu.




dan total pengunjung yang datang dari Geng Blogger adalah sebanyak 92. iaitu lebih kurang 10% daripada jumlah keseluruhan pengunjung 'deep in my heart' pada minggu ini.


apa-apapun, terima kasih kepada GengBlogger, yang telah banyak membantu blog yang 'bertatih' ini untuk terus 'hidup'. malah kerana GengBlogger inilah aku dapat mengenali blogger-blogger hebat yang tidak pernah aku kenali sebelum ini. Arigato and Kumawoyo!


TammaT.

Comments

Anonymous said…
iya kayuh perlahan-lahan..klu jatuh bangun dan kayuh lagi =)
@fitridzulkifli said…
wah, hebat ah. nak jd mcm anda jugek. huhu.







http://fitridzulkifli.blogspot.com
ezanykun said…
nice review.. double thumbsup..

tima kasih sebab ade selit2kan sy kat entri ni gak.. hehe.. byk gak ek dpt trafik dari GB.. mmg berbaloi join.. :)
Epul Azimi said…
Sye pon baru join tapi mmg berbaloi2...hehe
Seimura said…
cmne nk join geng blogger tu?
AJ said…
wah,thanks for mentioning my name...appreciate it.entry yang berkesan..like it..
Nadiene said…
kekadang skodeng jugak...
yang xleh blah, entry lucah2 selalu fames kan,,huhu
Anonymous said…
ops2..hee out de topic hai sarah ti klu rajen pi aa buat tag ea..sng aje..!
Syima Syaz said…
join jugak geng blogger..tp pas tukar url, blum masuk balik sbb buat masa skrg nak diam2 je dulu...bile diorg dah lupa yang SYIMASYAZ penah ade blog, baru aktif balik kot.kot la...
Melz said…
terima kasih nursarah . Satu perjalanan gengblogger yang sangat best dibaca :)

ada flow dia . i like! hehe
Ariff Shah said…
thanks for mentioning =) yang pasal twitter tu, awak maintain jelah account. lama-lama nanti adelah orang yang follow.

lain2.. cuba share dalam facebook/friendster url gengblogger.com/read/xxxxx . boleh dapat score banyak lagi =) (kalau awak tak tau lagi la)
hans said…
aku pun baru join benda tu
hahaha
aku tak join pon lagi...
huhuhuhu...
Kujie said…
memanglah umur kak jie dah super senior...nak masuk 'warga emas, berlian, zamrud ' semua tu dah.. he he he

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..