Wednesday, February 24, 2010

tak macho la kalau.......

tadi masa kuliah, pensyarah aku bagi 'taklimat free'. then now aku nak cilok kata-kata dia.

kehidupan ini sebenarnya satu trend. time zaman sekolah trend nya lain, time zaman belajar kat U trend nya lain. selalu saja bila kita ini masih budak-budak, kita macam berlagak nak jadi matang. rasa macam, 'apa barang nampak childish'. kita selalu tertanya-tanya, "bilalah aku nak besar ni. bosannya jadi budak-budak, kena pi kelas mengaji lah, tusyenlah, bosannya!".

then apabila kita dah meningkat dewasa. rupanya kita masih belum puas menjadi budak-budak. rasa macam nak hentikan masa. taknak lagi bertambah usia saban tahun. demi untuk menyedapkan hati yang nak bajet nampak muda, maka kita pun menjadi seorang dewasa yang sedikit kebudak-budakan. kononnya nak nampak comel.

sebenarnya kita hanya perlu 'enjoy' dengan zaman yang kita lalui. kalau kita masih lagi budak sekolah, maka enjoy la dengan kehidupan sebagai seorang budak sekolah. tak perlu 'tergesa-gesa' nak nampak matang. apabila kita berstatus single. maka nikmatilah kehidupan sebagai si 'single' dengan rasa bahagia. tak perlu 'gopoh-gapah' nak kejar partner.

selain itu, jangan kita 'down' apabila melihat 'fasa-fasa indah' milik orang lain. bukankah setiap dari kita ada 'fasa bahagia' masing-masing. cuma mungkin waktunya saja yang belum tiba.

walau apa adanya yang kita miliki, ia adalah yang terpaling 'sesuai' yang Allah kurniakan untuk kita. dan nikmatilah ia dengan rasa kesyukuran.


haaa, kan macho tu...








TammaT.

10 comments:

Queen said...

betul..setuju..dulu masa sekolah nak cepat besar..kerja..skang masih duk melompat2 macam budak...org pandang pun pelik..kalau time budak dulu kita melompat tak pelik sangatkan....haiz...

Anonymous said...

:P
teringt lagu the climb dari miley bangkai!
aku lagi suka dgr version AHmir!

tgk lah youtube. ahmir the climb!


There's always gonna be another mountain.
I'm always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose.
Ain't about how fast I get there.
Ain't about what's waitin on the other side.
It's the climb.

:D
YEAH!!

yup! bagus punya! entry!

bonekaxsakit
Masih Hip HOP!

buzar said...

single is simple,double is trouble...;;)
miss zaman sek gak...zaman plg bes laaaa..takde macam skrunk ni..belambak2 masalah..keke

Sir Marcello said...

hujah yang menarik~

FarhanaDr said...

Okey okey.. Aku suke sangat entry ni.. Heehee.. Yep betol.. Daripada kita dok mengeluh nak undur balik masa, tambah masa yang ade yang tak mungkin berlaku, baik laa kita enjoy dengan masa yang ada.. Kan? Hidup laa dgn happy.. Sampai masa kita akan bahagia, kita pasti bahagia.. :)

~ sara, ko ade advertlets yek?

¶A.K.I¶ said...

huh!! mau jd kanak2!! atau perangai skunk pon sudah kanak2~ wlupon umo meningkat.. isk3~

.::WaNiE::. said...

Betul itu..dan saya sedang menikmati fasa hidup saya sekarng :D

Mazeed said...

:)) hehe... ni mst sbb penat tgk dah makin ramai member kawen neh.... =))

avid gunner said...

spot on..jangan difikirkan benda yang tak pasti sangat macam masa depan..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

syukur...
hhehehe...