central market at Pasar Seni
sudah hampir 3 tahun menetap di kuala lumpur. baru kali ini tergerak hati nak pergi central market yang terletak di Pasar Seni. jujurnya. sudah berpuluh kali aku menjejaki pasar seni, tapi tak pernah berminat nak ushar Central Market. padahal yang paling glamer kat pasar seni adalah central market. weeee! Petaling Street pun glamer apa?.. hahah. pasal petaling street kita cerita lain kali, sebab entry ini adalah entry khas untuk central market sahaja.
pintu utama Central Market.
.
.
.
.
sebaik sahaja kami masuk, dengan tak semena-mena, terus diserang oleh sang singa. terkejut beruk aku dibuatnya. aish. belum habis lagi ke sambutan raya cina?. sang singa dan pengunjung cina memenuhi ruangan pintu utama. sambil bergendang-gendang. ok. baiklah. kita snap lah gambar sang singa. buat kenangan-kenangan. lebih la sikit modal nak cerita dalam blog. weeeeee!
.
.
.
.
.
.
.
.
kat central market ni, hampir 98.88% barang yang dijual adalah handmade. bukan buatan kilang. jangan kau ngada-ngada nak cari ubat gigi atau berus gigi kat sini. tak jual. tak jual. kenapa tak 100%?. sebab aku ada nampak kedai minyak wangi kat dalam CM ni, so aku rasa minyak wangi itu bukan handmade. haha!
.
.
.
.
nampak tak? jalur gemilang @ bendera Malaysia. itu tandanya central market ini terletak di Malaysia. bukan di Brazil. so kepada pengunjung blog ku yang bukan malaysian. I welcome you. jom visit Malaysia.
.
.
.
.
beg-beg handmade yang kelihatan seperti perca-perca kain 'bergabung menjadi beg'. tak pasti beg ini trend terkini atau apa. siapa rasa tertarik boleh la beli 1. nak beli 2 pun boleh. nak sekadar tengok pun boleh. =)
.
.
.
.
gelang pun ada. tapi ini gelang perempuan, macam biasalah, lelaki hanya disarankan menjadi tukang beli sahaja. haha!
.
.
.
.
masa itu emas. (tagline wajib bila nampak jam). ada jam tangan, ada jam loceng. harga pun dah tertera. tak mahal. beli 1 dapat 1, beli 2 dapat 2. kalau tengok saja tak beli tak dapat apa-apa.
.
.
.
.
haa, ini adalah jam yang tidak murah. serius memang tidak murah. ada yang berharga mencecah 4 angka. tapi jam-jam ini sangat cantik. sesuai untuk diletakkan di rumah yang besar-besar. ermm. rumah yang kecik pun boleh letak juga.
.
.
.
.
senilukis cina. bukan aku yang kata. orang kedai itu yang kata. kita percaya sajalah.
.
.
.
.
nursarah really like this, hanya like sahaja, tidaklah sampai ke tahap nak beli. hahaha!
selain barang-barang kraftangan, ada juga spa ikan. (yang rendam kaki dalam tab ikan then ikan gigit-gigit kaki anda dengan manja sampai rasa geli hati), kalau nak isi perut, kedai makan pun ada, kalau sakit perut,tandas pun ada. and over all, seluruh CM ni agak kemas juga. nice view. sangat ramai pelancong yang jalan-jalan sini, serius, tak banyak orang Malaysia yang jalan sini hari ini. mungkin sebab semua orang pergi Sogo, sempena adanya sale start hari ini hingga 5 March. (bukan promote sogo. sumpah bukan).
sebenarnya banyak lagi barangan best-best yang dijual kat CM ni, ada kain batik, seluar batik, frame gambar, topi, kasut, keychain, pasu, dan macam-macam. tapi sebenarnya bukanlah senang kita nak snap gambar. sebab kita bukan wartawan, kita hanyalah seorang blogger. seriously, aku ada ternampak board tertulis 'no camera'. so, aku terpaksalah snap gambar secara curi-curi. no flash. no shake. haha. tengok, bukan senang tau nak promote malaysia.
TammaT.
Comments
cam ntah apa2 punya rules
best. aku tak pernah pegi sana lagi.
hehehehe...
wahh ko tukar layout lg? tercabar ngn layout baru aku ke? muahahaha!!
itulah, aku pun takut2 nak snap gambar. kot la nnti kena sound tetiba. haha
@ tembikai
haha, try la melawat. best2!
@meniti senja
die yg patut bg angpau kat aku. =p
@ scha
jalan2 tengok pun puas ati..=)
@ Shahrul
haha, celah gigi warga nepal n indon gak tempat tue. ekeke
@ seimura
hah, takde kaitan ngan layout ko. walaupun kebetulan sama kaler..=p
@ sara
rindu kenala pegi..haha
dulu kawan2 selalu buat karoke versi unplug dan sumbang kat belakang CM hehheheh
oh ye. blog awak boleh tahan. penulisan yang senang faham. = )
cakap2 dari geng blogger
rose! mmg rose!
aku obses terhadap rose!
owh CM..tmpt wajib aku kunjungi bile turun ke kl.sbb aku cintekan hasil2 seni di sane....
nnti klau nak pergi..
leh teman la kan?
haha
ps: teringat aka sedara aku temu jodoh mse jenjalan kat cni~
hahaha
Nice entry beb