Kisah Paling Seram~ GengBlogger.com

Arghh. Penatnya. Lepas kelas prep nak kena attend mesyuarat asrama pulak. Kacau je orang nak tido. kenapalah diorang ni buat rules macam ni. Diorang ingat student ni robot ke apa. memang celaka punya rules. Asyik-asyik buat mesyuarat. Orang nak tido pun tak senang.

“Weh sara! Ko tak pergi meeting ke, surau dah nak penuh dah tu?”

“Aku pergi kejap lagi, aku nak ke tandas dulu. Sakit perut. Kau orang pergi la dulu.”

Memang aku sengaja pergi tandas lewat sikit dari orang lain. Sebenarnya aku berniat nak skip dari mesyuarat asrama puteri. Malas dowh. Sumpah malas. Nak menghadap muka senior-senior yang berlagak bagus memang rasa nak muntah hijau. Lepak kat toilet lagi bagus.

Huh! Takde orang dah dalam toilet, semua pintu toilet terbuka luas. pheww!

Aku memasuki salah satu dari 7 toilet yang ada. Dan terus mengunci pintu.

Ermm. bila aku fikir-fikir, aku macam tertanya-tanya. aku ni degil ke?. Nak attend meeting aspuri pun malas. Dah tu sanggup melepak dalam toilet sorang-sorang macam ni. Gila ke apa aku ni. Kalau ada hantu ke apa macam mana?.. Tak boleh. Aku tak boleh fikir yang bukan-bukan. Aku kena berani. Manalah ada hantu di zaman moden ni.

Sedang fikiran aku menerawang entah ke mana-mana. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang flush tandas.

Terus kencang degupan jantung aku. Macam nak meletup. Darah terus menyerbu ke muka. MasyaAllah. Bukan ke aku takde dengar sebarang bunyi tapak kaki sesiapa masuk ke tandas sejak dari tadi. Then siapa pulak yang tarik flush?

Ya Allah. Selamatkanlah aku! Haish! Apa aku nak buat ni?. Apa patut aku buat? Patut ke aku keluar then cek siapa yang flush tandas? Tapi kalau yang flush tu bukan orang then apa aku nak buat?

Sumpah! Bulu roma aku dah meremang. Aku rasa buntu gila!

Tiba-tiba aku dengar bunyi pintu di kuak. Ya Rabbi. Siapa yang kuak pintu tu. Mak! Tolong sara! Tolonglah. Siapa-siapa plez tolong aku sekarang. Tolong! sesungguhnya aku hanya mampu menjerit dalam hati je. Suara aku seperti tersekat di ruang kerongkong.

Aku betul-betul tak dapat berfikir apa-apa. Jantung aku macam nak tercabut dari tempatnya. Urat saraf aku semua dah tegang akibat aliran darah yang semakin laju. Dan aku semakin susah untuk bernafas. Rongga mulut dan hidung macam dah tersumbat sama sekali. Saat ini aku ibarat seorang pesakit ICU yang memerlukan bantuan pengaliran oksigen.

Aku dapat rasa yang tubuh aku betul-betul lemah lesu kerana begitu takut. Tidak pernah aku rasa selemah ini sepanjang usiaku 16 tahun sudah. Aku betul-betul rasa macam nak pengsan.

Sebelum aku pengsan, lebih baik aku keluar dari toilet ini sekarang. Kalau aku pengsan dalam toilet yang terkunci ni, siapa yang boleh tolong? Aku mesti keluar dari toilet ni. Kalau aku nak pengsan pun, biarlah aku pengsan di depan sinki luar.

Dengan sisa tenaga yang berbaki, aku menolak sendal kunci toilet. Menggigil-gigil tanganku menguak daun pintu. aku toleh kiri dan kanan. tiada sesiapa. senyap sunyi.  

aku berjalan menuju ruangan sinki. aku nampak seseorang.

Izni?

mataku terbeliak memandang kelibat Izni yang baru hendak membuka paip sinki untuk membasuh muka. Izni memandangku lantas tersenyum. dalam keadaan diriku yang masih menggigil lemah, aku hanya mampu memandang Izni dengan rasa terkejut.

Walaupun 1001 persoalan berputar-putar di benakku, aku tidak mampu membuka mulut. teringin sekali aku bertanyakan Izni. adakah dia juga ponteng meeting seperti ku? sudah lama kah dia berada di dalam tandas? diakah orangnya yang flush tandas sebentar tadi?

bibirku terkunci. aku lantas mengatur langkah untuk keluar dari situ. memang dalam fikiranku cuma satu, aku mesti keluar dari tempat ini dengan kadar segera. aku perlukan udara...

sedang aku berjalan di koridor, tiba-tiba aku merasakan bahawa bahuku di tepuk seseorang. dengan pantas aku menoleh.

Asma?

Hatiku beransur lega setelah mendapat sentuhan seseorang. Terasa seperti tubuhku ini dicas semula. Pheww!

"eh, Sara! pelik ah. cepat gila kau keluar dari surau. kenapa orang lain tak keluar lagi? ermm. tadi time meeting Kak Sheri cakap pasal ape ek?"

" hah! meeting. aku tak tau. aku tak pergi meeting. aku ponteng. aku lepak kat tandas tadi," secara pantas aku menjawab soalan Asma.

" lah! ko duk dalam toilet ponteng meeting?! berani gila ko ni! nape tak join kitorang kat bilik sakit je?"

" ko dari bilik sakit ke?"

" yela. Izni kan demam. aku temankan dia tidur kat bilik sakit. ni aku nak pergi ambik air water cooler untuk tuam badan dia."

terkebil-kebil mataku mendengar jawapan Asma. jadi siapakah gerangannya yang aku nampak di tandas sekejap tadi?



**********************************************************


sebenarnya banyak kisah seram yang pernah aku alami di asrama, biasanya aku akan 'diganggu' apabila aku buat benda jahat macam ponteng kelas dan sebagainya. macam sebenarnya Allah tak redha aku jadi budak nakal. bila difikirkan. memang meremang bulu roma, sampai kengkadang aku confuse, aku mengalami halusinasi atau apa?

tapi nasib baik. aku tak pernah mendapat gangguan yang 'thrill' gila. ~huhu~

aku pernah ceritakan pada Asma tentang 'Izni' yang aku nampak di toilet. then dia jawab.

" haha, Izni tu memang ada 'orang' suka kat dia. dulu kat skola lama aku pun ada orang nampak 'benda pelik' macam 'bola api' duduk dengan dia".


blergghh!



ini adalah entry contest web gengblogger. kalau menang bakal dapat hadiah hosting percuma selama 2 tahun. siapa berminat nak join, sila rujuk ke link~ gengblogger





Comments

Seimura said…
cemas gila. contest rupa-ruapanya.. adehh..
ezanykun said…
isk2.. seram.. meremang bulu roma ni.. dah la sorg2 kat umah skang ni.. adehhh..
ezanykun said…
good luck.. kalau menang nnt.. hosting tu divide sorg setahun boleh tak.. ekeke..
Syima Syaz said…
tak btl2 jadi kan?? camtu mmg serammm
Meow said…
wooo...seramnya...aku tak pernah pun duk asrama...takut la pulak nak duk asrama...
Ibu Ammar said…
meniti senja
yes! contest yang mesti cerita benar.

seimura
memang cemas dowh.

ezany
haha, bleh plak nak share hosting. agaga

syima
ini cerita betol kak. saya memang kerap 'diganggu' kerana nakal

meow
haha, asrama n hostel memang serammz
.::WaNiE::. said…
eiiiiii...ni citer betul ke citer tipu niiiiii
hanismalik said…
menarik jgk pengalaman awk nih...tp klu cerita dalam nada yang serius takut mesti lagi best=)
Anna Boleyn said…
huhuu...gila seram arh... adey~takut2 uhukz
Mak saya cakap.. Kalau nak tahu muka isteri kita waktu tua, kita kenalah tengok wajah mak dia..

Eh.. Salah.. Haha..

Terikut2 ayat Dafi yang dia tulis dalam Remaja 15 Jan hari tu. Excited sangat sebab cerpen nis keluar dalam majalah tu..( masih nak promo lagi ke, nis? Dah mac ni!)

Lecturer Nis masa kat matrik cakap..(ini baru betul..)

Siapa yang buat jahat kat asrama memang selalu kena ganggu..

Haha..

Pstt.. Tengok la nis pye lak, k kak sara..
huisssshhh...asrama selalu ada penunggu kan.. hehehehe

good luck
Shahrul Tanaka said…
tak seram langsung ;p
mYpRecious said…
errr... tu la sape suh ponteng duk tandas.. bukan best pon tandas tu.. ahakss.. nasib nampak cm rupe kawan.. cube sekali ha muke macam nenek kebayan lg le tak sanggup.. silap2 fengsan terus..
Anonymous said…
err...izni tu..ada 'orang' suka kat dia??huiisshhh..lain macam je bunyi..huhu
Khairi Mohd said…
izni tu cun tak hehe
Dee syggs said…
haa ? contesttt ? cesss , ehh . seriously , sumpah macam real babe :D
HOHOHO T___T
jantong i berdegup laju neh , ta dpt na keja balek , HAHA ! mmg seram , tp ... yg entry latest neh real k ?
ehh . story story . i suke cerite seram plus aneh neh :DD
khairolghani said…
cerita hantu dalam tandas memang dari dulu buat aku seram..sampaikan ada sekali aku tahan kencing sampai siang semata-mata sebab takut nak gi toilet malam2..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S