bukan girlfriend Jang Geun Suk menaip.


jumaat lepas, sebelum ke putrajaya, aku terlebih dahulu singgah di BSN, berhampiran stesen monorel depan kl central. bukan untuk keluarkan duit, tapi untuk beli number pin kpl-spm for my sister. dalam pada menunggu giliran, aku turut memerhatikan gelagat manusia. 

apa yang aku nampak, kelihatan 3 orang lelaki yang mengalami kecacatan kaki. sebelah dari kaki mereka lebih kecil dari yang sebelah lagi. menyebabkan mereka tidak dapat berjalan dengan baik. 2 orang dari mereka memakai tongkat, dan seorang lagi memakai kaki palsu. 

tiga-tiga mereka bukanlah sekawan, tapi mereka berada di dalam bank tersebut pada masa yang sama. mungkin Allah nak tunjukkan pada aku. bagaimana manusia itu di uji.

kecacatanmu hanya pada sebelah kaki, dan kau masih boleh berjalan. syukur! masih ada lagi manusia yang diuji lebih teruk dari itu.

dan kita, yang tiada cacat cela. bukankah seharusnya perlu lebih bersyukur di atas kurniaan jasad yang sempurna?


.....................................................................................................


sesungguhnya pada tiap sesuatu itu, ada pengajaran, jika engkau mahu berfikir.



Comments

Anonymous said…
aminn!
Anonymous said…
insaf saya..thanks..:)
alhamdulillah.. bersyukur dengan apa yang ada...

jgn lupa hulurkan bantuan...
pilu sekejap...
¶A.K.I¶ said…
erkk!! tajuk cam lari jauh je....
Anonymous said…
nice :)
yoro okino said…
sykur dgn aper yg tuhan kasii
Cik Akma said…
bersyukur dgn ape yg ada. alhamdulillahhh T_T
Seimura said…
uish? ko pakai streamix umah sebelah ke ni? agagaga///
.::WaNiE::. said…
betul, kalau tengok apa2 pun, kalau berfikir pasti ada pengajaran sebalik kejadian itew..sangat betul lor kata kamu
Nadiene said…
dan setiap sesuatu tu ade hikmah kan?

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S