apa point bila berdemonstrasi.?

tahulah, biasa orang berdemo bagai ni sebab nak bantah something yg tidak dipersetujui. then, kumpul orang ramai-ramai. maka berdemolah kalian. yelah takkan nak demo sorang-sorang atau berdua saja. mesti ramai-ramai baru syok. kalau dapat kumpul sampai beribu lagi masyuk! bolehla terjerit-jerit sama-sama. boleh la lawan polis sama-sama. bolehlah masuk lokap sama-sama juga. ok. dah-dah. tentu semua pun paham apa itu demo, siapa yg pernah berdemo lagilah akan faham.

then apa point bantah2 nih?

ok, macam-macam point kan sebenarnya. ada yg bantah perlantikan orang besar, ada yang bantah auku, ada yang bantah isu itu, isu ini. macamlah isu-isu itu semua bagi mereka adalah masalah besar. tapi aku yakin, ada gak di kalangan pendemo ni sebenarnya main ikut-ikut je berdemo, padahal taktau hujung pangkal cerita. macam fun sangat berdemo bagai ni. memanglah fun sebab mungkin boleh masuk tv or suratkhabar. glamer sekejap. ok lah tu.



banyak-banyak demo, sorry to say, aku tak nampak isu yg diketengahkan adalah benar-benar penting. kenapa aku cakap macam ni?



straight to the point, aku ada seorang kawan, yang kerja part time kat supermarket dalam MV. semalam dia ngadu kat aku, bila weekend je, ramai sangat customers. as a cashier, dia tak boleh tinggalkan kaunter tu bila customers ni beribu-riban. padahal dia cuma nak 5 minit saja untuk solat maghrib. itu pun dia tak dapat. dia solat maghrib pukul 9 malam. then aku tanya dia, habis cashier lain pun tak solat maghrib ke?. dia angguk. lebih 20 cashier yg bertugas, semua pun tak dapat solat maghrib. demi customer tercinta.

kau ingat kawan aku ni nak ke berhadapan situasi cam ni? then kau ingat kawan aku ni ada tempat ke nak mengadu hal ni kat sesapa? 

hampir 100% pekerja supermarket itu adalah melayu Islam. even mereka ni ramai, mereka takda kuasa nak curi 5 minit untuk solat maghrib. setiap customer adalah wang! setiap wang adalah demi bos/company!

its ok lah, kawan aku ni rasa bersalah dengan situasi dia, harap Allah terima gak solat dia yg di luar waktu tu. tapi orang lain yang dah bertahun kerja kat situ, diorang dah tak kisah dah dapat solat ke tak. mula-mula dulu mungkin la diorang peduli, then lama-lama mesti diorang terpaksa redha.


then kau ingat bab solat ni boleh redha macam tu je? semudah itu?


cuba kau fikir, itu baru aku cakap pasal 1 supermarket. cuba kau kira ada berapa supermarket dalam malaysia ni? then cuba kau campurkan pula jumlah pekerja diorang yang almost muslim? beratus ribu beb! bukan sikit!


siapa pernah peduli tentang kebajikan mereka untuk tunaikan perkara wajib tu? ada kau dengar orang berdemo pasal nak tuntut 5 minit untuk solat. ADA KE?!


solat adalah perkara pertama yang Allah akan persoalkan pada kita di akhirat kelak. perkara PERTAMA! then kau ingat benda ni perkara kecil?


kau sibuk terjerit terpekik berdemo bagai, then kau kata yang kau memperjuangkan bangsa. padahal kau sebenarnya hanya buat kelakar.!





TammaT.


Comments

Surau Al-Ghafur said…
salam
itulah,perkara yang paling seyes macam ni ramai yang org x amek peduli..berdemo pulak tntg benda2 yang merugikan je..

dah akhir zaman gamaknye..solat tu org pandang sebelah mata je..lagi teruk yg x pandang langsung..apa la nasib org mcm ni kan..

ana x ckp ana baik, ana pun masih perlu dibimbing..moga hidup ni terbimbing dengan tarbiyyah yg pelbagai..
ade perkara perlu di lihat untuk diketengah kan...
bagi aku ramai org skang cakap xserupa bikin...
maaf...
itu je aku nak cakap...
hanafijaafar said…
bangsa kita pemalu nak cakap pape, dalam hati mcm2 ada, tapi bila nak cakap, sume takut....

jadilah bangsa yang tahu apa hak. bila nak ketengahkan sesuatu, cakap!

seronok bila tgk org berdemo kat sini, diiringi polis, polis siap bagi jalan2 tertentu utk pendemo, bagi tempoh waktu...bagi kebenaran dan sekatan dlm masa yang sama.

bkn mcm kat tanah air tercinta, yg ada bagi pendemo hanyalah sekatan dari polis...
fizi said…
wah...kalau demo untuk kebenaran xpe..jgn demo untuk sja hangatkan bnda yang da panas..hehe..
Frodo Baggins said…
wa xpnh ske demo! titik
kawie2020 said…
salam...

betul tuh semayang adalah tiang agama..

dalam kes kawan yg keje cashier tuh, dy dan rakan2 bleh buat laporan tentang permasalahan mereka ini pada kementerian sumber manusia ataupun MTUC. Mereka ini bleh tolong cashier2 nih dengan saluran2 yg ada mengikut undang2 negara kita.

bab demonstrasi ni, kawie setuju tapi kawie x setuju bila demonstrasi ni disalah guna bagi tujuan yg salah...

Demonstrasi secara aman adalah lebih baik dan disertai niat yg betul...

p/s: sorry... cam n3 plak.. hehehhehehe
Ibu Ammar said…
# Mi vida
aku pun bukan baik sangat. tapi tulah. kuciwa dengan keadaan semasa

# meniti senja
takyah minta maaf.

# hanafi
lain negara, lain ragamnya kan

# fizi
yelah tu kebenaran lah sangat

# Frodo
aku pun tak suka. haha

# kawie2020
mengadu kat kementerian?..bilakah akan dilayan? tahun depan pun belum tentu. dan kawan aku tu akan kerja sampai bulan 3 je.
hanafijaafar said…
ambil yg baik dari negara org, bkn yg tak baik...

mcm Dasar Pandang ke Timur dari tun mahathir jgk. kita takkan maju klu kongkong pemikiran bangsa dgn benda yg sama utk beribu2 tahun...
deus X machina said…
Juz my opinion...

Berdemo rasanya tak salah
Mereka hanya mahu menuntut hak mereka
Malaysia kan negara demokrasi
Mengapa perlu disekat demo dan bantahan???
Kadangkala kita kena fikirkan kenapa mereka berdemo
Kaji puncanya kenapa, jangan bila orang berdemo terus anta FRU polis semua bagai....
deus X machina said…
Pasal solat tu
mungkin leh tanya kementerian sumber manusia
kenapa tak buat peraturan mewajibkan setiap majikan memberi waktu untuk staff2 solat
kuasa di tangan kerajaan bukan??
kata negara Islam cntoh....
Nadiene said…
aku sokong kate beliau deusXmachina®
Ibu Ammar said…
# hanafi
masalahnya bukan aku yg pegang kerajaan. no point lah aku ada kuasa plak kan. haha

# deusX
aku tak suka demo-demo nih. sesak lagi merimaskan. kalau anda setuju terpulang anda.

adu pasal solat kat kementerian. pernahkah anda tahu secepat manakah mereka memproses aduan. mungkin aduan hanya akan disimpan saja dalam PC.

# fiD
anda boleh setuju dengan sesiapa. terpulang anda
myQza said…
aku x pernah join demao x pernah tgk org demo.
Solehah said…
demo secara baik ok. then perkara tu mmg benar dan perlu diperjuangkan. tu slah satu saluran utk bersuara sebab paham2 ja la kan Malaysia..tu pendapat aku.tapi aku tak suka demo yang beserta kerosakan harta benda, ganas2..
kesian kat kwn sara..
Faarihin said…
hohoho.. rileks sarah.. rileks.. hmm.. apa kata suh kengkawan sara tu buat demo kat majikan dia.. perjuangkan hak dia sebagai islam untuk meluangkan waktu untuk solat.. tu lah.. memang susah bila kerja cashier ni lebih2 lagi bila kat market yg besar2 ni.. emm.. dia orang tak de tukar-tukar cashier ke untuk waktu solat tu?
Unknown said…
demo adalah satu kebebasan hak tuk sume org...kebebasan dlm bdemo mzt la dguna mgikut cara y betol dgn bmatlamat..

xsalah nk demo ikut2 tuk mbuktikan masing2 mpunyai pdirian sendiri tp salah klu ikut2 xde usul peksa tlbih dhulu...

sy stuju sgt ngn puteri..umat islam kini lalai tentg tuntutan dlm islam bbanding pjuangan y xpasti
deus X machina said…
Sebab itu lah sesetengah perkara terpaksa diakhiri dengan demo
kerana mereka langsung tak peduli dgn aduan
bila ada demo n bantahan barulah mereka sedar n baru nak ambik tindakan
Ibu Ammar said…
# hans
nasib baik kau mintak maaf, biasenya aku mmg tak suka komen suruh vote tertera disini. bile tarikh akhir vote? aku bz skang. nanti aku free aku bacalah penyertaan ko tu. haha

# hanafi
itulah point aku..aku benci bila orang yg kata diorang berjuang dgn berdemo tapi sebenarnya cuma buat kelakar.

# deusX
haa, itulah aku kata.takde plak org berdemo demi hak bersolat, tapi sibuk berdemo untuk hal yg tak tentu hala. kelakar kan
Ibu Ammar said…
# solehah
I tetap rasa berdemo tak tentu hala adalah kelakar, memang kesian kat kawan aku tu. adei,

# farihin
sorang je kawan aku yg kerja situ, then die pun nak berhenti bulan 3 ni. kalau diorg berdemo mestilah kena pecat..
Syima Syaz said…
btl sara..nak berdemo kalau demo cam gini kita setuju la....
tapi kan sara..kalau kat tmpt keje mcm ni,sbnrnye masalah ni dtg dari staff sendiri.cuba kalau ramai yg mtk nak sembahyang.bos terpaksa gak buat jadual rotate.masalahnye ramai2 tuh, 2-3 ketul je mtk gi solat....yg lain...terasa solat tuh tak berat kan!dulu kakak pn keje kat kilang tmpt lama dia...bila dia tanya diorg..'tak semayang jumaat?'diorg ckp...'alah...bos tak bagi..ape blh buat?'.camtu je...

saya keje dari dulu smp skrg...masing2 jenis jaga solat.alhamdulillah...sendiri pn rasa malu kalau tak buat.
N said…
Nak buat macam mana kita kuli , mana melayu yang kita agungkan? duduk melepak kedai kopi boleh la.Bila orang bukan islam buka kedai sana sini,kita jadi kuli dah2 tu solat pun tak boleh.Entah lah nak cakap apa dah.
Kalau demo untuk dpatkan waktu sembahyang lagi bagus kot kan.. Hmmmm.. Tapi solat skang org mcm amik ringan.. Entahlah..
aku ak mintak maaf kat ko...
aku mintak maaf kat pihak yg terasa...
hehehehe...
beautiful_rose said…
aku pnh alami keadaan spt ini dlu mse keje part time kt kedai buku dulu...
dan aku hanya dpt bertahan untuk 1 hari sje.dn keesokkan harinye aku x masuk keje (berhenti) cr keje lain.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S