Sunway Pyramid.


disebabkan my sister masih berada di KL, jadinya si kakaknya yang comel ini sungguh tak sampai hati membiarkan dia terperap saja di rumah. walaupun ekonomi aku macam tak stabil, tapi tak apa. perjalanan 'jalan-jalan' harus diteruskan. phew!





oleh kerana ekonomi aku agak merudum, maka perjalanan yang dipilih haruslah berbaloi, maka kita tidak akan berjalan-jalan di tempat yang biasa. so tolong lah jangan sebut MidValley, aku dah muak sama sekali. kali ini kita pergi Sunway Pyramid. oleh sebab aku tidak punya kenderaan sendiri, maka kita naiklah bas Rapid KL.

macam biasa, aku cuba memandai-mandai menunggu bas di KL Central. owh! nampak bas U63 tulis sunway maka terus saja tahan bas tersebut. haa. memandai-mandai bukanlah susah mana pun. tambang bas 2.50sen per person. ok. nak kenal Sunway Pyramid, senang saja. sebab ia adalah satu-satunya mall yang di bahagian luarnya ada ukiran sang Singa yang besar punya. aik! semalam ada singa, hari ini pun still ada singa juga. biarkan sajalah sang singa ini tersergam disitu, kita snap lah gambar dan teruskanlah perjalanan.

.
.
.
.




masuk saja pintu utama, terus nampak customer service. tapi hari ini kita tak perlukan service dia, explore sendiri lagi bagus dan lagi fun. walaupun baru kali pertama ke sini, kita mesti buat muka macam tau sangat. padahal sebenarnya taktau apa-apa pun. hahaha!

.
.
.
.




eh! benda alah ini pun ada kat Sunway. ingatkan kat Genting je ada. ok. I tak naik. malu dowh dah besar-besar camni nak naik benda tergantung pusing-pusing ni. kalau you all nak try, boleh ja. tapi kena bayar la dulu. 5ringgit setiap seorang.

.
.
.
.



ok. benda ni sangat menarik perhatian aku. kat sunway ada tempat memanah. rasanya kat MV tak ada. aku minat sebenarnya aktiviti memanah. dulu pernah wakil kolej 11 untuk sukan UM tapi tak menang pun. tangan menggeletar tapi ada hati nak join memanah. kalau dalam pertandingan, jarak memanah adalah 100 meter. tapi kat sunway ni kita memanah jarak dekat je, tak sampai pun 50 meter. sangat sesuai untuk yang baru nak belajar or have fun. satu game di caj 9 ringgit. tapi aku tak pasti plak berapa arrow dia bagi shoot.

.
.
.
.


ok. ini tempat games! game lumba kereta, game bola, game tembak-tembak, dan macam-macam ada. tapi aku tak minat nak duduk sini lama-lama. bingit tahap gaban. kat sini memang ramai budak-budak sekolah, siap ada yang nak ushar aku. mungkin sebab aku ini masih kelihatan macam budak sekolah. padahal aku ni lebih tua sedekad dari depa semua. hahaha!


.
.
.
.


.
.
.
.


.
.
.
.


.
.
.
.



sunway pyramid memang cun! dari luaran hingga kedalaman memang cantik di pandangan mata. senang di explore. tak pening even pertama kali jejak sini, terus boleh ingat mana jalan masuk keluar naik turun. restoran yang sangat banyak. bukan sekadar ada fast food tapi memang macam-macam restoran ada kat sini. selain itu, ada juga jusco, parkson, giant as pasaraya besar.
.
.
.
.



aku makan kat food court Jusco. cerita pasal Jusco, hari Sabtu merupakan hari NO beg plastic untuk negeri Selangor. so kalau beli barang, dia bagi paper bag. (yang macam envelope besar kaler coklat di staple), kalau nak guna plastik jugak, kena bayar 20sen.

.
.
.
.

.

Nasi Goreng Paprik~ rm5.30 sen.

.
.
.
.


nasi putih + tomyam ayam~ rm6.00.

.
.
.
.


ok, yang paling best kat Sunway Pyramid ini dah tentunya Ice Skating. dari pengamatan yang dibuat, kebanyakan 'peserta' yang main kat sini mesti jatuh then basah-basah. yang tahap profesional pun jatuh tergolek-golek. biasalah, ramai sangat orang, so kalau nak main better bawak la baju spare ke apa. dan aku suka tengok semua orang saling menolong bila nampak other person jatuh. bila jatuh memang susah nak bangun sendiri, so akan ada yang hulurkan tangan untuk tolong. jangan risaukan pasal 'bersentuhan' bukan muhrim, sebab kat dalam ni you all wajib pakai glove.

.
.
.
.


ok. tempat ice skating dah kosong, maknanya entry pun dah tamat. =)



Comments

fik-autoz said…
favourite sy nasi goreng paprik...sedap...fuhh
honeyaliena said…
hehehe.

dh lama x g sunway pyramid.

sorang2 mls nk g,dulu waktu kapel rjn g tgk movie kt sana.

:)

btw blogwalking here.
lame aku tak g situ...
uhuhuhuhu...
beautiful_rose said…
owh studnt UM ker...
huhuuh msh tgl di kolej lg kah?
Cik Akma said…
heee. g sunway try pergi restoran ayam penyet. bestt gilee okay :D
Syima Syaz said…
eh since bila laks sunway pyramid ade merry go round tuh?eh bkn merry go round...big wheel.haa big wheel?
Seumur hidup aku 23 tahun.. Sekali jek aku penah pegi.. Hahaha.. Best gak ek jalan2 ngan ko.. Heehee..
Azureen Halim said…
wa.....da lama x g sunway piramid
laz pegi tahon 1996
huhu...da lama siot!!
hisham said…
salam,,,,nasi goreang paprik tu xde isi pun,,,huhu
Ibu Ammar said…
fik
itu favret my sis. ahaha

honey
tadi ramai giler beratur beli tiket wayang. uhu

meniti senja
aku lak baru 1st time gi. haha

beautiful rose
dah duk luar sejak tahun lepas, yuran kolej mahal. hahah

cik akma
yeker?..adei. next time la try.

shima
haha, dulu2 tak de ke kak?

farhana
mehla dating ngan aku. tapi aku ni jenis jalan laju..haha!

izryn
akak baru ni pertama kali pergi..=p

hisham
tak pasti ada isi ke tak, sebab menu I adalah tomyam. =p
Seimura said…
ohh aku xpernah sampai lagi tempat ini.. bila agaknya??
dah lama tak main atas padang ais itu
deus X machina said…
ko main ice skating x
Anonymous said…
penat kan !
Nadiene said…
yup!

tp jrg pegi, xbes sunway,,huhu
Ariff Shah said…
sunway pyramid. dekat sangat ngan rumah
Ibu Ammar said…
seimura
bila ko balik m'sia kot.=p

moon
aku pun tak pernah main

deusx
kalau aku main dah lama aku letak gambar aku yg begitu bergaya. haha

uruchimaru
tak penat, best!

fiD
sunway best! ramai melayu. kalau MV ramai cina. haha

ariffshah
yela dekat, umah ko kan kat subangjaya. =p
Anonymous said…
Hello there! This post could not be written much better!
Looking through this article reminds me of
my previous roommate! He continually kept talking about this.
I'll send this information to him. Pretty sure he's going to have a very good read.
Many thanks for sharing!
Here is my web blog : how to download movies

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..