bile lelaki kelihatan cute..
jalan-jalan di MV lagi hari ni. minggu ni sampai 3 kali pergi MV. nak sebut pun macam nak muntah. asyik MV saja macam takda tempat lain lagi dah. cerita tentang hari ini simple saja. pergi MV untuk tengok wayang. tengok lelaki cute berlakon. taktau pun lelaki ini bakal kelihatan cute dalam lakonannya kali ini. lelaki akan kelihatan cute, apabila mereka sedaya mungkin melayan kerenah anak kecil dengan sehabis baik. lelaki akan kelihatan lebih cute semasa mendukung kanak-kanak? haruslah menjadi lebih cute demi seorang wanita. filem ni sangat kelakar. bikin aku tergelak lebih banyak daripada biasa. kebanyakan scene adalah sangat lucu. tapi ada scene yang touching juga. sampai kami berdua mengalirkan airmata. sob.sob. lepas makan, time to isi perut. McD, Pizza, KFC, semua pun tak lalu. macam dah bosan. erk! sebenarnya dah bosan memilih tempat makan di MV. semua pun bosan. serius! sebenarnya minggu ini memang tiada nafsu terhadap makan...