Posts

Showing posts from February, 2010

Kisah Paling Seram~ GengBlogger.com

Arghh. Penatnya. Lepas kelas prep nak kena attend mesyuarat asrama pulak. Kacau je orang nak tido. kenapalah diorang ni buat rules macam ni. Diorang ingat student ni robot ke apa. memang celaka punya rules. Asyik-asyik buat mesyuarat. Orang nak tido pun tak senang. “Weh sara! Ko tak pergi meeting ke, surau dah nak penuh dah tu?” “Aku pergi kejap lagi, aku nak ke tandas dulu. Sakit perut. Kau orang pergi la dulu.” Memang aku sengaja pergi tandas lewat sikit dari orang lain. Sebenarnya aku berniat nak skip dari mesyuarat asrama puteri. Malas dowh. Sumpah malas. Nak menghadap muka senior-senior yang berlagak bagus memang rasa nak muntah hijau. Lepak kat toilet lagi bagus. Huh! Takde orang dah dalam toilet, semua pintu toilet terbuka luas. pheww! Aku memasuki salah satu dari 7 toilet yang ada. Dan terus mengunci pintu. Ermm. bila aku fikir-fikir, aku macam tertanya-tanya. aku ni degil ke?. Nak attend meeting aspuri pun malas. Dah tu sanggup melepak dalam toilet sorang-sorang mac...

kadang-kadang~tak perlu skema sangat.

Image
selamat sejahtera semua. walaupun penulis macam tak sejahtera sangat di waktu ini, tapi masih juga berkeinginan untuk post entry. mungkin inilah yang dinamakan blogger tegar. pheww! baru saja selesai membersihkan diri selepas bertungkus lumus menyediakan hidangan makan malam. lepas memasak memang berpeluh-peluh macam baru lepas tamat larian sejauh 5 kilometer. eh, tiba-tiba teringat acara merentas desa di sekolah rendah. lalu teringat kan juga 'lelaki pujaan zaman sekolah' yang tidak hebat acara merentas desa, tetapi hebat dalam acara pecut 100meter. #@%$^%&$ ! kenapalah peristiwa sekolah rendah selalu saja terimbau di ingatan. =p ok. hari ini kita masak menu ayam goreng dan sambal. mulanya plan nak masak ayam masak merah. tapi ayam goreng dan sambal tersebut tidak menjalani upacara bergabung di episod akhir. maka tak terhasil lah ayam masak merah. tetapi hanya menjadi ayam goreng dan sambal sahaja. sebenarnya aku dah lama tak memasak. macam malas gila. sejak 3 har...

GengBlogger~komuniti blogger anda.

Image
kalau cerita tentang tarikh, aku memang tak ingat. tapi ianya start sekitar awal Januari lalu. dimana aku membaca blog si Tedi  dan ternampak banner Geng Blogger di side bar blog beliau. aku pun macam tertarik nak klik. dan sejak itulah. aku mula menyertai Geng Blogger~'komuniti blogger anda'. musim-musim perkenalan:- sebagai freshie, aku ini malu-malu. so aku tidaklah datang ke 'rumah' ini dengan membuat bising. walaupun banyak benda yang aku tak tau, tapi aku 'explore' sendiri satu-persatu. tetapi kehadiranku disini tetap dihidu oleh rakan blogger lain seperti ezany-kun  dan melz . mereka berdua ini sudah lama ku kenali dalam dunia blog.  dan mereka berdua antara yang terawal melawat profile ku di GB dan mengalu-alukan kedatanganku disini. pergh. memang terharu! dan hingga setakat ini, lebih 110 blogger di GB yang telah melawat profile ku di sini. aku sendiri pun tak sempat nak melawat kembali mereka yang melawat profile aku. profile orang lain yang ak...

Sunway Pyramid.

Image
disebabkan my sister masih berada di KL, jadinya si kakaknya yang comel ini sungguh tak sampai hati membiarkan dia terperap saja di rumah. walaupun ekonomi aku macam tak stabil, tapi tak apa. perjalanan 'jalan-jalan' harus diteruskan. phew! oleh kerana ekonomi aku agak merudum, maka perjalanan yang dipilih haruslah berbaloi, maka kita tidak akan berjalan-jalan di tempat yang biasa. so tolong lah jangan sebut MidValley, aku dah muak sama sekali. kali ini kita pergi Sunway Pyramid. oleh sebab aku tidak punya kenderaan sendiri, maka kita naiklah bas Rapid KL. macam biasa, aku cuba memandai-mandai menunggu bas di KL Central. owh! nampak bas U63 tulis sunway maka terus saja tahan bas tersebut. haa. memandai-mandai bukanlah susah mana pun. tambang bas 2.50sen per person. ok. nak kenal Sunway Pyramid, senang saja. sebab ia adalah satu-satunya mall yang di bahagian luarnya ada ukiran sang Singa yang besar punya. aik! semalam ada singa, hari ini pu...

central market at Pasar Seni

Image
sudah hampir 3 tahun menetap di kuala lumpur. baru kali ini tergerak hati nak pergi central market yang terletak di Pasar Seni. jujurnya. sudah berpuluh kali aku menjejaki pasar seni, tapi tak pernah berminat nak ushar Central Market. padahal yang paling glamer kat pasar seni adalah central market. weeee! Petaling Street pun glamer apa?.. hahah. pasal petaling street kita cerita lain kali, sebab entry ini adalah entry khas untuk central market sahaja. pintu utama Central Market. . . . . sebaik sahaja kami masuk, dengan tak semena-mena, terus diserang oleh sang singa. terkejut beruk aku dibuatnya. aish. belum habis lagi ke sambutan raya cina?. sang singa dan pengunjung cina memenuhi ruangan pintu utama. sambil bergendang-gendang. ok. baiklah. kita snap lah gambar sang singa. buat kenangan-kenangan. lebih  la sikit modal nak cerita dalam blog. weeeeee! . . . . . . . . kat central market ni, hampir  98.88% barang yang dijual adalah h...

percintaan~ apabila penasihat menjadi perampas.

Image
p/s: anda dinasihatkan tidak emosi apabila membaca entry ini. =)   watak 'penasihat' selalunya dimainkan oleh perempuan. so watak 'perampas' dah tentu juga perempuan. tiba-tiba ada pembaca nak bidas. oklah. demi untuk tidak ada bias jantina, kita anggap la lelaki dan perempuan bernisbah sama dalam memegang watak 2P ini. mana ada percintaan yang tidak bermasalah. orang kata, salah faham itu biasa. sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula suami isteri. bukan senang bagi dua jiwa nak get along. yang sini kaler biru, yang sana kaler hijau. yang sini pemalu, yang sana buat tak hirau. ~penulis merepek, jangan layan~ episod bercinta, memang macam-macam. kadang-kadang ceria. kadang-kadang suram. sudah memilih untuk bercinta, maka hadapilah apa jua cabarannya. sama ada kau menangis atau ketawa. bukankah si dia itu pilihan kau juga? ~penulis bebel panjang, bila entah nak sentuh point sebenar!~   seiya sekata sehati sejiwa menghadapi cabaran, kami setia. kami sedia be...

jangan demand dalam persahabatan.

Image
orang kata, dalam apa jua situasi, hati kena ikhlas. cuba untuk feel free dan  berlapang dada. mungkin susah. tapi sebenarnya itulah yang terbaik. memang menyusahkan kalau kita asyik 'ambil hati' dalam setiap perkara. perasaan kita jadi tak best, perasaan orang lain pada kita pun jadi tak best jugak. selalu saja kita nak orang lain memahami kita. tapi sebenarnya kita sendiri tidak pernah memudahkan mereka untuk memahami kita. lebih teruk lagi, jika kita pun tak faham dengan diri sendiri. memang mustahil kalau semua orang nakkan kemenangan. sebab persahabatan bukan satu pertandingan.  apa-apa pun, teruskan mengukir senyum. kerana......... ianya bukanlah susah pun.

jom heboh TV3..

Image
pengaruh iklan. pengaruh hiburan. inilah dia. hari jumaat ini kita bakal meraikan Maulidur Rasul, keesokkannya ada pula karnival jom heboh tv3 di Bukit Jalil. ada apa dengan Jom Heboh? katanya ada artis. alahai. macam best sangat jumpa artis. tak tau la best ke tak, aku tak pernah jumpa artis then gedik-gedik nak bergambar ke apa. well, aku pernah jumpa Rosma AF (bini Khai) and Shaari AF pada tahun 2008. diorg datang rumah terbuka my uncle yang kerja as fotografer. aku pulak boleh je wat bodoh ngan diorang. tapi masa tu kan, aku memang kagum dengan Rosma. slim giler! sebenarnya tak nak cakap lebih-lebih tentang jom Heboh. tak sokong,  tak bantah. yang penting. aku tak join. weeeeeeeeeeee! anak bongsu pakcik aku. nak jadi fotografer cam ayah dia agaknya. haha! sebenarnya aku pun minat dunia fotografi. macam best. income pun masyuk. dalam 2 hari boleh dapat ribu-riban. eh. tapi itu kalau profesional la. kalau setakat pakai kamera compact macam aku sekarang siapa pul...

curang dengan nuffnang.

blog berubah lagi.. ini semua gara-gara kegagalan meletakkan nuffnang ads di side bar, dah tukar template baru still bermasalah jugak! geramnya. geramnya. sampai template pun terus jadi bertaburan dalam sungai kekecewaan. dan sekarang blog sudah bertukar. dah jadi seperti minah jiwang yang sedang menagih cinta sang jejaka korea. jang geun suk plez come to me.! dan now, aku telah mendaftar ads yang lain. kuciwa dengan nuffnang yang &^%*&*@%$! ini bukan simbol maki, tapi itu simbol nak minta izin curang. aku terus jadi pening. perut pun sakit. pinggang pun macam nak patah.(ish macam org mengandung lak). hei. esok nak jalan2 la. haish, apa ntah aku merapek kat sini. blah ar dulu. bye semua!

tak macho la kalau.......

tadi masa kuliah, pensyarah aku bagi 'taklimat free'. then now aku nak cilok kata-kata dia. kehidupan ini sebenarnya satu trend. time zaman sekolah trend nya lain, time zaman belajar kat U trend nya lain. selalu saja bila kita ini masih budak-budak, kita macam berlagak nak jadi matang. rasa macam, 'apa barang nampak childish'. kita selalu tertanya-tanya, "bilalah aku nak besar ni. bosannya jadi budak-budak, kena pi kelas mengaji lah, tusyenlah, bosannya!". then apabila kita dah meningkat dewasa. rupanya kita masih belum puas menjadi budak-budak. rasa macam nak hentikan masa. taknak lagi bertambah usia saban tahun. demi untuk menyedapkan hati yang nak bajet nampak muda, maka kita pun menjadi seorang dewasa yang sedikit kebudak-budakan. kononnya nak nampak comel. sebenarnya kita hanya perlu 'enjoy' dengan zaman yang kita lalui. kalau kita masih lagi budak sekolah, maka enjoy la dengan kehidupan sebagai seorang budak sekolah. tak perlu 'tergesa-ge...

blog oh blog!

'kita memang dijodohkan bersama. sehati serta sejiwa, walau esok, atau akhir nanti, kita tetap berblog'. aku pernah dengar orang kata. blogger ni takde life. kejenye ngadap PC 24 jam. makan blog. tido blog. minum coca cola. haha! dulu-dulu aku memang ada sindrom sedemikian, nape ntah aku macam excited giler dengan blog. best giler jalan-jalan blog orang then tinggal jejak. kengkadang sehari sampai cecah 70-80 blog aku terjah. dahsyat tak? namun demikian, sejak tahun ini. segalanya mula berubah. aku sudah tidak lagi menjalankan blogwalking secara konsisten. aku hanya terjah secara random. secara suka hati. kalau rasa macam nak klik kat blog tu aku klik je. kalau malas, maka malas lah. aku juga jarang melawat kembali blog-blog yang meninggalkan jejak komen mahupun mesej di shoutbox. so aku nak mintak maaf sangat-sangat pada you all. sebenarnya aku macam pening juga. adakah aku bersalah jika aku tak melawat update blog kalian. memang sebenarnya masa aku sangat terhad. kalau ...

blog sedang di renovate..

haa, datang sini lagi ya korang. then nak tanya. ada nampak something new tak kat blog aku nih? jangan pelik sangat. ini memang blog aku. sila-sila duduk. dan baca entry ini diam-diam. ok. mintak maaf. blog ini sedang dalam proses renovation. tapi bukan aku yang renovate. ada orang lain yang sangat baik hati hulurkan tangan membantu aku pasang template n design blog ini. dan terima kasih kepada laman Geng Blogger kerana menghimpunkan bloggers yang pakar bab design blog. aku just chat kat GB then ada blogger yang pantas nak hulurkan tangan ringankan beban. sebenarnya template aku bermasalah sejak 3 hari lepas. tapi aku tak perasan pun. aku view nampak elok je. bila aku view blog aku guna laptop kawan aku barulah perasan yang template blog berterabur bersepah-sepah. hahah! nuffnang ads pun takde skang. nanti bila dah siap semua baru akan letak balik nuffnang ads beserta poll. then kalau ada apa2 tak kena, boleh la bagi komen kat entry ni. chow!

YM dan FB membosankan

jangan panik ok. aku bukan nak ajak you all HATE ym and fb. haha, ada ke orang buat group hate FB. nak kena banned profile fb try la buat.YM dan FB keduanya berguna. tapi sekarang aku macam serabut gila. so semua benda pun aku rasa serabut. nak balas ym org pun rasa serabut. tengok wall fb penuh dengan gift yang entah apa-apa pun rasa semak. sudahlah send gift then mintak send back. what the fun. siapa tau macam mana nak off application send gift/smile/pillow segala bagai tu? cerita kedua. aku geram dengan orang atasan bisnes yang tunjukkan muka berlagak. mentang-mentang kau berjawatan (bukan kuli), kau ingat aku heran?. macam bagus sangat! ok. siapa dah siap baca, sila jawab poll nuffnang terbaru di side bar. 2 minggu lepas aku pasang poll survey readers cuma 90 orang je yang jawab. sekarang I paksa you all jawab poll tu. I paksa!

rekod kenaikan earning nuffnang terpaling sedikit.

macam biasa, menjelang Isnin, kita akan cek earning nuffnang. oleh sebab sepanjang minggu lepas, nuffnang ads 'demam cuti raya cina'. so kita memang dah boleh agak dah. pastinya pendapatan nuffnang kali ini pun demam juga. tapi tetap tidak boleh nak bermuram durja, terimalah ia apa adanya. syukur! saya memang tak pernah bagitau anda tentang pendapatan nuffnang saya. walaupun banyak blogger lain yang kongsikan jumlah earning masing-masing, tapi saya tetap berahsia. so ini kira 1st time lah saya nak bocorkan rahsia. jengjengjeng.! bila saja buat entry tentang jumlah earning, ramai lah yang pakat-pakat menyibuk nak tau. maybe nak buat perbandingan. or nak buat analisa. walaupun macam takda effect pun kat diri you all. tapi tetap sibuk-sibuk nak tau. kenapa ya?.. ekekeke! oklah. saya pun tak punya banyak masa. dan kenaikan earning nuffnang saya pada minggu lalu adalah berjumlah:- RM0.25 sen jumlah terpaling sedikit setakat 7 minggu saya bersama nuffnang.! ...

ok. sambung berblog..

maaf ya, tadi saya ada hal mendadak. sekarang saya sambung balik update blog. sebenarnya dah terlupa nak buat sambungan dari entry sebelum ini. so sekarang kita sambung dengan cerita lain sajalah. hahaha! ok. tadi saya ke putrajaya. sebelum ini pernah ke putrajaya sendirian, tapi b4 ni saya ke sana menaiki perkhidmatan ERL. tapi tadi saya memilih untuk naik bas Rapid. kalau naik ERL tambangnya 9.50sen, kalau naik bas, tambang cuma 3.80sen. jimat 5.70sen! saya naik bas dari Pasar Seni. dalam jam 5pm. hujan wo! lepas 10 minit perjalanan, mata saya terus mengantuk. dan saya tertidur dalam bas. bangun saja dari tidur, seorang lelaki India menghulurkan tiket bas dan not seringgit kepada saya. malunya! saya tertidur nyenyak hingga terlepas not seringgit n tiket bas dari tangan. nasib baik mamat tu India, kalau melayu manalah saya nak letak muka. adei! saya sebenarnya ke putrajaya untuk menjemput adik perempuan yang cuti panjang (lepas SPM). dia datang dari johor tumpang kereta kawan saya...

sirih pulang ke gagang.

p/s: terima kasih kepada semua yang wish goodluck untuk contest blog joegrimjow, dan terima kasih juga kepada anda yang wish congrats sempena ulangtahun pertama blog ini. sebenarnya tak pandai sangat guna peribahasa, entah betul ke tidak ejaan, tapi tak apa, kita memandai-mandai pun kira oklah juga. saya telah pulang ke rumah sewa, setelah menumpang di bilik kawan di kolej 11 selama 4 hari 3 malam. cerita pasal rumah, streamix sudah dibaiki sejak semalam. nasib baik servis ini dibaikpulih dalam masa 3 hari walaupun pada mulanya janji boleh setel 2 hari. oleh sebab dah baikpulih, jangan bebel lagi, mari kita bagi TM sedikit pujian, Bagusnya servis TM. weeeee! jom tepuk-tepuk semangat. maaf, saya ada hal secara tiba-tiba. nak kena pi putrajaya sekarang, bye!

selamat ulangtahun sayang....

Image
21 February 2010, genap setahun blog 'deep in my heart' @ http://dihatisara.blogspot.com/ bersama saya. dan entah sejak bila, ia juga berada bersama anda. blog yang pada mulanya hanya dibaca oleh diri sendiri, kini mempunyai sekurang-kurangnya 130 pembaca dalam sehari. jika saya tidak update selama 5 hari, masih lagi blog ini masih menerima at least 40 orang pengunjung. this is statistic without 'blogwalking', then about this statistic, what more can I say? terima kasih, thank u, arigato gozaimas, kumawo! saya mahu mengucapkan terima kasih yang tersangat-sangat kepada anda semua, terutama kepada 'followers', pengunjung tetap dan pengkomen tegar. tak lupa juga, pengklik nuffnang, my silent readers and anonymous commentators.  juga yang singgah secara kadang-kadang or random or yang sesat terklik my page. anda semua begitu berharga, thank u again and again. sepanjang setahun ini. andai saya pernah mengasari anda, terlajak kata, terover bicara...

true meaning of love

Image
~ ini adalah entry contest ~ ok, semalam joe invite me to join this contest. baiklah. I join. I join. demi joegrimjow , oh silap. demi 50 pound. hahahaha! mempersembahkan entry sempena contest  weekend @ sheffield   " true meaning of love ". true love. bullshit. it doesn't exist . - bila saya kata begini,ada yang sound, " kalau kau tak percaya ia wujud, maka kau takkan jumpa ". i believe, there is true love for me, someone in this world which is my destiny partner. - bila saya kata begini, ada yang sound,  " ur life partner pun belum tentu your true love " apa jua yang kita percaya tentang cinta, akan ada pula pendapat lain yang sentiasa argue dengan kita. bila kita bercakap tentang cinta sejati manusia, orang mula argue bahawa cinta sejati hanya kepada Allah Taala. Allah yang menciptakan manusia, dan menganugerahkan cinta. kalau tiada cinta sejati sesama manusia, untuk apa dianugerahkan rasa cinta di hati kita. " Allah tidak menci...