tentang cinta.....dunia

“ mereka meragui, wujudnya cinta yang sejati. Tidak hati ini, semenjak dari mula, ku yakin ada cinta….”




Entah kenapa aku dah mula suka dengan lagu terbaru Datuk Siti Nurhaliza nih. Hari-hari kat radio pasang lagu ni sampai aku dah terhafal, tak hafal semua tapi kalau nyanyi sket2 tu boleh la sedap gak. (ayat perasan). Jujurnya aku tak minat pada penyanyi lagu ni, tapi nak buat macam mana kalau aku dah terminat lagu yang dia nyanyi. Haa, begitulah. Tak semestinya apa yg menjadi kesukaan aku maka aku akan totally jatuh suka. No, No, No (tiru nada Fafau).

Begitulah juga kalau aku sukakan seseorang, tak mungkin aku akan suka dia secara total. Maksudnya tak mungkin segala perkara tentang dia akan jadi kesukaan aku. Kalau tak ada 14 ciri, mungkin sekurang-kurangnya ada 7 ciri yang aku tak suka. Dan apabila kita menyukai seseorang, walaupun dia punya ciri yang kita tak suka, it does’nt matter. Sebab dah suka, maka kita akan mahu juga. Haa, macam tulah.

Bercerita bab SUKA. Akankah seseorang yg benar-benar suka pada seseorang, boleh STOP menyukainya sesuka hati? Contoh macam entry Ah Fatt semalam. Refer pada SINI. Boleh ke seseorang berasa RAGU-RAGU @ KONFIUS dengan cintanya apabila membayangkan OBJEK yg dicintainya bakal berubah wajah. mungkin kalau wanita, akan berubah jadi tak langsing spare tyre sana sini. kalau lelaki plak, mungkin berubah jadi BOROI dan BOTAK.

Adil kah kalau kita menyukai seseorang dengan syarat seseorang itu mesti CANTIK secara fizikal sepanjang hayat?

Memang bodoh la kalau kita bercinta dengan manusia, tapi kita anggap ia seperti OBJEK. Kalau kita beli kasut, kita akan pilih kasut yang cantik dan selesa dipakai. tetapi kasut itu (jenama Adidas ke apa) tidak selamanya akan cantik, ia akan lusuh dan sudah pasti kita akan gantinya dengan yg baru. Macam tulah manusia, kalau kita menganggap pasangan kita sebagai OBJEK, yang suatu hari akan LUSUH, maka dari situlah datangnya kerisauan tak bertempat. (kononnya bimbang membayangkan kedut-kedut pasangan di hari tua, bajet macam dia tu takkan berkedut, perasan sungguh!).

Kecantikan di usia muda memang takkan kekal, sebab ianya hanya pinjaman Allah Taala. Malahan kalau Allah nak tarik balik apa yg dipinjamkan masa muda lagi pun boleh. (melalui kemalangan/ kebakaran). memang apa jua di dunia ini tiada yg kekal. semuanya akan musnah. Satu-satunya yang kekal adalah amalan kita yg akan kita bawa ke alam akhirat. Siapa yang banyak beramal baik, InsyaAllah akan masuk syurga.

So, tak payah sibuk kejar yang everlasting ke apa ke, tak boleh beli tiket syurga pun semua tu.


p/s: selamat hari jumaat.

Comments

myQza said…
sebab.. manusia ini tiada yg sempurna.. jika dia sempurna..pasti kita suka semua tentang dia.. :)
Ibu Ammar said…
# si Tedi
betul2, tp still ada kat dunia ni spesis 'perasan sempurna'.. itu yg susah tu..huuhuu
ezzati said…
heyhey..aku x percaya cinta..lalala..hehe (nyanyi gaya liyana jasmay) :)..siyes
fara said…
Tepuk dada tanye selera...
Tapi aku sokong cakap si tedi tu!

:)
chah~ said…
sokong sama si tedu juga... ;)
Ibu Ammar said…
# im sosupernotcool
bagus, trimas atas sokongan

# ezzati
haha, aku hanya suka ja lagu tu, percaya tu ntahlah..haha

# Ms. Independant
tak payah tepuk2, sendiri mau ingat..haha

# chah
wei, sokong la aku, huu
PuanPepel said…
selama mana kecantikan nak kekal??
tapi selagi cinta tu ada... insyaAllah...kedut mana pon..boroi mana..ttap cantik dipandang mata...

“You don't love a woman because she is beautiful, but she is beautiful because you love her”.
Anonymous said…
btul tu xsemesti suka kena 100 pratus kan..lg 1 lagu citi mmg best2 tp xsuke tuannyer.hehe
dimana cinta sempurna???
hanya pada-Nya...
Seroja Jingga said…
nak cari yang sempurna memang tak kan jumpa
akak dah lalui bnyak bende dlm hidup.
alam bercinta..alam pertunangan..berkahwin dan bercerai..
semua pengalaman bnhyak mengajar..tidak perlu kita memaksa diri kita berubah kerana seseorang..kita tak boleh paksa seseorang berubah hanya kerana kita.
menjaga kecantikan itu perlu sebagai pmpuan.walau pun kita gemuk ke terlalu kurus ke..semua itu adalah kecantikan diri kita..yang penting kalo hati kene cantik..

ape yang ade pada kita hanya tuhan pnjamkan sekejap je
jgn lupa itu
lel said…
tajuk lagu tu?
tajuk entri ni ke?
nak cari
Anisa said…
aku pon suke lagu siti
sume lagu die aku suka suka
hehehe
Seimura said…
cari pasangn yg dpt menerima kita seadanya... bkn menjadi seperti yg dia inginkan.. wah aku bermadah gitu..
chokio_nia said…
hurmmm..aku ckp yg benar ne..aku pon tatau nape aku ske bf aku..yg pasti aku senang dgn die..huhu

bg aku, kalo ske bersebab, bek tak yah..=)
PN[asam]pedas said…
betul tu chikio_nia:..
takde sebab kiter sukekan seseorang:..

yang penting bahagia milik bersama :.. wacehhhh :)
Ibu Ammar said…
# mier@ merr
setuju ngan kamu..!

# amyliana
yes, samalah kita..haha

# meniti senja
tapi cinta sesama insan itu fitrah kan?..

# serojajingga
kagum ngan akak, mesti byk sejarah hidup yg macam2...

# Noorlaila
ku percaya ada cinta, begitulah tajuknya..

# Anisa
ko minat siti ke?..huu

# seimura
haa, macam tulah

# chokio_nia
ko suka dia sebab dia suka ko kot..haha

# asampedas
tp mesti ada ciri si dia yg disukai..kalau tak takkan la jd bf..kan.kan
Anonymous said…
hehe
berjaya gak entri aku
serampang dua mata tu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..