Monday, December 28, 2009

pengalaman pertama..

menaiki kenderaan-> pengangkutan awam.


pertama kali naik bas henti-henti adalah di usia 13 tahun. masa tu aku duk asrama. nak keluar ngan kawan2 pi pekan berhampiran. on the way tidaklah jauh, tapi kalau jalan kaki dalam 20 minit la jugak..tambang nya masa tu sangat murah cuma 50 sen.  and now bas henti-henti tanpa air cond tu still lagi ada tak jugak tukar2..cuma tambangnya mungkin dah naik kot. rasanya 1.20sen.

pertama kali naik bas exprez adalah di usia 17 tahun (berseorangan). dari shahab perdana alor setar ke segamat. itupun hampir ketinggalan bas, sampai kena marah dengan pakcik driver. bukan sebab aku yang terlambat, tapi sebab akak kaunter tu salah bagi no platform bas. nasib baik aku ni rajin merayau-rayau tengok platform lain, kalau tak sia-sia je burn tiket bas rm52.00. perjalanan waktu malam, memakan masa selama 8 jam. naik bas malam lampu tutup, so tido memang nyenyak.

pertama kali naik train adalah di usia 18 tahun, dari wakaf baru kelantan ke labis johor. berdua dengan kawan. perjalanan makan masa 10 jam. memang teruja naik train kali pertama, macam terbayang filem hindustan yang ditonton sejak kecik. tapi sebenarnya tak sama. sebab train kat malaysia lagi lawa daripada train kat india. haha. walaupun ontheway time malam, lampu tetap dibuka. so, tido dalam keadaan terang benderang.

pertama kali naik lrt, ketika usia aku 19 tahun. lrt putra dari stesen U ke KLcc,  petang lepas asar @ waktu puncak dimana gerabak lrt sesak giler ngan manusia yang pulang dari kerja. bertiga dengan kawan UM, jihan n wanie. masa tue just nak tengok pameran kesenian tamadun Islam. itu adalah pertama kali juga aku ke KLcc. jalan-jalan cari port pameran tapi sesat. asyik turun naik eskalator dalam KLcc, padahal tempat pameran berdekatan dengan area Aquaria.

pertama kali naik komuter, di usia 20 tahun, berseorangan, dari kl central ke seremban. haha, lawak sebab tersalah turun eskalator. kena naik balik then turun kat eskalator yang satu lagi. tersilap sebab nak elakkan diri daripada jurujual celcom, malu je muka aku kena naik balik guna lif and turun jugak kat eskalator yang ada jurujual tuh..haha.!

pertama kali naik ERL klia transit di usia 22 tahun..senang kata baru je minggu lepas aku naik. juga berseorangan, dari putrajaya ke kl central. walaupun mahal, tapi puas hati sebab laju, senyap dan tak sesak.

kalau dihitung berapa kali aku naik pengangkutan awam, tentu saja sudah ratusan kali. setakat silap naik tu cam dah biasa dan tak malu dah. walaupun pengangkutan awam kat malaysia ni tidak sebagus seperti di negara jepun dan korea, tetapi still jugak dapat membantu golongan yang tidak berkenderaan sendiri macam aku. dan ramai juga di kalangan mereka yg berkenderaan sendiri, juga memilih menaiki pengangkutan awam seperti lrt dan komuter untuk ke tempat kerja. mungkin kerana  mereka tak sanggup mengalami proses ketersangkutan dalam jam agaknya.





pemandangan dalam lrt star.



p/s: kelas today belum start juga. malah ramai student belum juga pulang ke kampus.



17 comments:

Uruchimaru @ kf said...

org kate try n error, x gitu sarah karin !

Ms.Independant said...

Aku lebey selesa naek lrt dr ktm.
sbab lagi on time/ punctual dr ktm.

pling seksa naek ktm mase harge minyak naek mase tu.
Bru tahu jadek ikan sardin tu cane.
Huhu

:)

Mr PenyuBiru said...

mmg lucu jika dikenang kembali saat² 1st time kita mencuba sesuatu. mmg rasa inesen btul masa tu.hehe

ezzati said...

bus henti2 tu...waaa..lme gila x naik...

Shahrul Azry said...

malam pertama?

hans said...

wah,semua pertama kali
hahaha

kawie2020 said...

hahahahaha.. semua nya pertama kali... malam pertama je blom lagi kan.. hahahahahaha

yoro okino said...

aku suke g cuti guna pengankutan awam nie..bru betul rasa mcm travel
ader cabaran
huhuh

anN said...

hye! plz vote me kat

http://shawlsayucinta.blogspot.com/search/label/contest

no.3 ANNURAIN tq!

anN said...

hye! plz vote me kat

http://shawlsayucinta.blogspot.com/search/label/contest

no.3 ANNURAIN tq!

HonEyBuNNy said...

waahhh..masih d egt lagi kan kngan2 dlu...hiih..ila xegt dah bila pertama kali nek bus..ihhi

Zuewairy said...

semua pertama kali ya.. gud job;)
sedap didengar setiap perenggan tuh;)

Bija said...

hmm Bija pening naik bus benti-benti :)

Eazy Izzuddin said...

da lame x naik bus...
lrt pun ok juga..
tp ktm lembab...
huhu
xD

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pegalaman mematangkan ko...

i'msosupernotcool said...

gud..
sahut seruan kerajaan..

~@k1 is @utuMn!~ said...

huhuh...
bes ap lyn lrt, ktm.. kn3?