apakah penyelesaian 'peningkatan jumlah bujang terlajak'?

pagi tadi time sarapan abah tetiba buka topik ni, aku hanya jadi tukang dengar, dan apa yg abah cakap, aku mahu share dengan readers. sama ada mahu bersetuju or bangkang. boleh bg pendapat di ruangan komen.

umo abah tahun ni dah 54 tahun. lagi 4 tahun abah akan pencen. abah dan hampir tiga dekad bekerja dengan Felda, as government officer, memang tak nafi bahawa pengalaman abah bersama 'orang ramai' cukup banyak. abah dah kenal banyak orang. memang kebanyakannya peneroka Felda, dan ada juga orang atasan, pengarah itu pengarah ini. abah beri pendapat bahwa untuk atasi masalah peningkatan bujang terlajak ni, ada dua perkara penting.

yang pertama, kena usaha. ada dua aspek usaha, pertamanya usaha dengan doa, doa itu senjata mukmin. Allah Maha Mendengar doa hamba2Nya. doa setiap jam pun takpe, bila dah berdoa kena yakin dengan doa kita. bila yakin dengan Allah, maka jalan akan dipermudahkan InsyaAllah.  keduanya berusaha dengan mencari, anak kena usaha cari calon pasangan, kalau still tak dapat maka mak bapak dia pun kena usaha juga cari calon menantu, parents jgn biar saja jika anak dia tak kawin. itu adalah tanggungjawab sebagai mak bapak. macam kawan aku Nadia, abg sulung dia yg adakan kenduri cukur jambul 2 bulan lepas, dijodohkan oleh ibunya. bagus betul abg dia skit pun tak bantah. jgn kata cara ni dah lapuk.ini adalah cara evergreen.

yang kedua, mak bapak dan anak kena ubah mind set. jgn pentingkan sangat 'status'. sama ada dari segi kewangan mahupun pendidikan pasangan/menantu, kalau ada pilihan yang baik, syukur alhamdulillah. tapi kalau umur dah makin meningkat, menghampiri 30an, bertimbang rasa lah dengan masa depan diri sendiri/anak.berkawin dan berzuriat adalah sunnah nabi. takkan lah hanya kerana jaga status, sanggup juga tidak berkeluarga sampai ke tua?

penting ke berkeluarga?

sangat penting, Rasulullah saw bersabda bahawa di akhir zaman nanti, Baginda berbangga dengan ramainya umat manusia yang mengamalkan Islam. nak dapat 'ramai' dari mana?  ( lu pikirla sendiri ).


ini adalah pandangan dari abah, pandangan dari aku sebagai orang yang masih tiada calon dan belum berlayak untuk kawin berbunyi begini.

"banyakkan kenalan, banyakkan berkawan, jalinkan silaturrahim dan bersosial lah dengan baik, joinlah gathering bloggers, kita sebenarnya punya banyak pilihan, so janganlah pilih untuk berskandal, bercinta baik-baik, kalau berjodoh sila jemput aku ke majlis kawin anda, sekian".






ini kawan sekolej kediaman aku 07-08, dia dah graduate bulan Ogos lalu, baru saja berkahwin Syawal yg lepas.


p/s: esok UTM dah start kuliah. erm. ada apa dgn UTM? ada Fakulti Kejuruteraan Elektrik.


Comments

myQza said…
kita hanya berusaha..

jodoh pertemuan ketentuan Allah
This comment has been removed by the author.
ku rasa
gathering sumer tu
boleh dikira
utk dpt jumlah kenalan yg ramai
jodoh pun mungkin
bergantung pd kehendak Dia di atas sana..
Syima Syaz said…
status...hmm...tak semestinya org yg pelajaran tinggi tuh bijak nak handle life n duit... caye lah..
org yg balajar setakat spm kdg2 hidup dia lbh senang sbb TIADA BEBAN HUTANG!jadi,cari lelaki yg tak byk hutang merepek...(hutang kredit kad, installment laptop/gile gadget atau kereta...)
Seimura said…
adehh sarah. ko msh citer bab kawen lg. aku sungguh terasa bab 'bujang terlajak' 2 ok?? hahahah...

p/s :- suruh abah carikn calon utk aku. wawawawawaw...
Seimura said…
This comment has been removed by the author.
fndrocka said…
aku suka post ni...especially pandangan abah kau dan gambar tu,dah mcm nur kasih pulak
sharamli said…
ad fkm jugzk...heee
Wanie-san said…
btl...kite kne b'usaha utk m'cari
jodoh yg t'baek utk diri kita..
tp ape yg wani tgk...
ppuan klu yg b'kerjaya pas2
kelulusan sampai PHD susah nak
dpt jodoh...byk kwn wani kakak diorg
mcm 2..myb laki tkt kot ngan ppuan yg
b'pelajaran tinggi...
jejaka anggun said…
apa keistimewaan dah pakai baju pengantin pastuh duk kat lumpur berumput tuh? cuba huraikan sikit...
¶A.K.I¶ said…
hurmmm~
kt hot fm ari ni cete psl mas kawen yg mahal~
so... (aki xtaw nk ckp ap~~)
Ibu Ammar said…
# si Tedi
benar2, tapi kena usaha dgn cara yg betul.

# NuR
sekurang2nya kita usaha..Allah akan nilai usaha kita..

# Syima sHaz
betul2. lelaki suka membazir ntah apa2..

# seimura
mmg musim kawin, kena wat entry ikut musim, haa, macam tulah.

# fndrocka
gambar hiasan..hehe

# sharamli
apa yg ko komen ni tak fahamla..=p

# Wanie-san
bukan laki takut, tapi egois..begitulah

# meniti senja
org yg berpengalaman mmg byk benarnya..

# itu bukan rumput berlumpur, tapi kat tepi kolam, biasala pengantin zaman skang byk bergambar camtu, dramatis!
zella y said…
kita hanya merancang
tuhan yg menentukan...

jd tunggulah...
sama ada cpt atau lmbat hehe
Ibu Ammar said…
# zella
tunggu di samping usaha, yg bulat takkan dtg tergolek-golek

# YanTz
err, siapa yg Uitm?..aku UM..haha

# si Budak Aboi
apa kau meraban ni? aku mmg tak abis study lagi..sambung apanya?...
Solehah said…
cantik la pengantin n gambar ppengantin tu..
iyllienaz said…
awalnya utm start kuliah..haha..tersedak bile dgr FKE..haha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S