bila kita memilih untuk berkata2 dari berdiam.

salam sejahtera kepada semua, sama ada anda sedang berbahagia atau derita, anda telah pun klik ke sini, maka sila baca juga entry ini.

sebenarnya malas nak wat entry pasal nih, tapi sebagai salah seorang dari ahli komuniti bloggers, maka rasa terpanggil untuk berkata-kata juga.

tumpang tanya, ada ke bloggers yg create blog sebab terpaksa? mesti takda kan. mestilah buat blog dengan kerelaan diri sendiri. bila kita ada blog , dan kita set blog itu public, maka kita sebenarnya dah masuk ke dalam komuniti bloggers. senang kata, jangan fikir macam kau sorang ja ada blog. ok, bila seorang blogger publish satu2 entry, memang dia tak suruh orang baca, tapi orang tetap baca juga. kenapa? sebab kau tulis blog, bukan tulis email. so, apa juga isi kandungan entry kau, kau harus bayangkan bahawa, "aku sedang berkata2". walaupun sebenarnya kau hanya menulis.

apabila readers ambil peduli dengan apa yang kau tulis, maksudnya entry kau 'terkesan' di hati mereka. sama ada yg kau tulis tu baik atau buruk, berfaedah atau lagho, readers akan ada tanggapan tersendiri terhadap diri kau. dan kau tak boleh halang tanggapan mereka.

memang kita tak dapat kenal seseorang hanya dengan 'kata2 dia dalam blog'. tapi hakikatnya manusia memang akan judge manusia lain melalui ekspresi yg terpamer, bila kau tulis blog, orang akan judge kau melalui penulisan kau, sama ada positif or negatif, kau kena terima juga.

ok, masuk plak bab 'judge blogger'. ada dua jenis, judges yg senyap dan judges yg berkata-kata, kalau jenis yg berkata2 ni ikhlas, dia akan tonjolkan diri sebenar, kalau dia adalah Anon, maka dia adalah pengecut. bila kau judge orang lain, sila lakukannya dengan berhemah, jangan judge dengan cara yg bodoh. kutuk-kutuk secara kaw-kaw siap bagi ayat pedas bercili macam nak gaduh sememangnya menonjolkan yang diri kau tu tak cerdik malah boleh dikatakan sebagai bodoh.

sebab apa dikatakan bodoh?..

meh aku tanya kau balik, apa untungnya kau mengutuk orang/blogger lain secara kaw2? apa untungnya kau membenci? kau dapat pahala ke? dapat emas? or rasa kenyang bila mengutuk?

kalau kau baca blog orang lain hanya kerana kau nak semai rasa benci, baik kau pi baca Quran lagi bagus. 

sebenarnya aku rasa annoying bila komuniti bloggers saling berbalas kutukan tak henti-henti.hentam sana, hentam sini. sungguh kebudak-budakan. dan macam tak berkesudahan. kan ke lagi bagus kalau berblog untuk share benda2 yg baik, yg ada manfaat dan berinformasi. malah kalau kau buat entry pasal kucing bergaduh dengan anjing juga lebih baik daripada kau buat entry pasal nak mengutuk bloggers lain.

aku bukan buat entry ini untuk buat sesiapa terasa atau niat mahu bergaduh. aku cuma mahukan keamanan dan kesejahteraan dalam dunia blogging. maka sila anggap entry ini sebagai teguran untuk membetulkan, memang aku pun bukanlah bagus sangat. tapi at least aku usaha juga ke arah masa depan dunia blogging yang lebih baik. InsyaAllah.



p/s: yg baik datang dr Allah, yg buruk datang dr kelemahan hambaNya ini. sekian


Comments

Wanie-san said…
kagum dgn sarah..=]
ape yg sarah katakn 2 ade benarnye..
ape2 pon..buang yg keruh ambil yg jenih..
¶A.K.I¶ said…
btl la sara.. mmg fade up bl kte berblogging.. rupa2 nyer ad blogger yg cm x puas ati dan berbalah.. memang pelik. aki plak ad post cete psl sumthg... relationship... yg mnyebabkan perpisahan hny kerana BLOG?? ap la nk jadi.. konpius.. pelik.. sedangkn kte sume hny menaip. tp taw x mereka ap yg mereka taip 2 sbnrnyer datang dr akal fikiran mereka. kemudian... mereka luah dlm hati.. selepas tu tgn la yg menggerakkan kn nyer untk menjadi sesuatu yg laen. jd...??? bl nk sudah??
miszgarfien said…
hurm..mcm2 skrg ni...wat blog tulis ikut sedap bahasa, kena sound...letak pic byk2, kena komen...adeeiii...mau berblogging dgn aman pun susah...
Beruwang said…
berblog kena ada etika.. kena ingat blog di baca oleh beribu ribu orang yang kita tak kenali dan kita tak tahu.. kita kena sanggup terima kritikan sebab tu kita beri kebenaran sesiapa membaca blog kita.. kalau takut kena kritikan jangan benarkan umum membaca blog kita..
myQza said…
dalam blog ni semua orang boleh berdrama dah meraih simpati..

siang tadi leka juga membaca acara debat berdebat .. macam berbalas pantan..
ramai yang membacking dari yang berkata benar. si A marah2.. semua pengomen setuju!! ..
cuma ada 2-3 yg bercakap dr hati .

ada yg sembunyi tiada identiti.

masing2 ingin tunjuk jagoan mungkin!
lumut said…
thanks untuk entry ni.izinkan aku link..

=)
Anonymous said…
amin
ambillah pengajaran
ILA HonEyBuNNy said…
tol tu sarah..ila setuju...coz ila pn da bca gk...kalo leh nak la berblog cra aman n damai kn ;-)
hisham said…
salam..harap sumenya okay..sume yg bersgeseran luperkn kita mulekan hidup baru..cewahhh...hehe
amirah said…
w/pon sy blogger baru.sy selalu blogwalking n penahla jmpa blog yg kutuk2la,yg tulis psl bnda xelok pon ad...
byk betul kata2 sarah nih.
kata2 dr seorang yg matang. huhuh.
semoga semua bertambah matang termasuk sy.
chokio_nia said…
btol..niat penting dlm berblog..heh..sabar ye..chill..=)
sharamli said…
k..taknak gad0h2..
mungkin entri ditaip time em0si..
tp perlu dikawal..

kite xpenah gad0..kan3..heee
Yuki Yusuf said…
bagus sarah
senyum oki
senyum~
min said…
betul xde gune nk kutuk2 kan
xde manusia yg sempurna
beautiful_rose said…
ermm nieh mst kes pasal ketidak puasan hati...aku rse aku dh bce beberape entry dr blogger2 tuh sume.dn kesimpulannye aku x nak sokong sape2 x nak salahkan sape2...

senang cite,aku x nak komen pape just jd pemerhati bebas jerk.sbb aku rse gado2 nieh x de faedah dlm erti kte len,mende y dok di gempar gempurkn ini adalah remeh.so,dok gado2 mende remeh bg aku adelh 1 mende y sgt merugikan...so,terpulag pd dr masing2 nak menilai.
lel said…
aku jadi takut nak blogging
sampai aku pikir banyak kali sebelum buat entri
sebab tu entri aku bosan gila asyik cerita pasai hidup sniri
takut menyinggung org lain
PuanPepel said…
yeay..aku sokong sarah!!!

hidup sarah!!!


sila blnja aku mekdi...prosperity satu!!ekeke
Seroja Jingga said…
salam sarah
maaaf lama tak jenguk
akak terlalu bz..

kamu memang otak best! betul cakap kamu.lately bnyak bena blogger sentap2..ape lah jadahnye nak sentap2..

kita membloging nak fun..cari kawan..meluahkan komen kene ade gaya nye..berterus terang dan jujur tu memang bagus. bak kata kamu..nampak sangat diri tu bodoh..u sholud know which button to press lah kan!

ok sarah..
akak nak sambung keje
nite shift ni
aku pon sokong sarah...
sarah...
sarah...
sarah...
hehehehehe...
Anonymous said…
Good day !.
might , perhaps curious to know how one can reach 2000 per day of income .
There is no need to invest much at first. You may begin to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
The company represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with structures around the world.
Do you want to become an affluent person?
That`s your choice That`s what you wish in the long run!

I`m happy and lucky, I began to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to choose a proper partner utilizes your money in a right way - that`s the AimTrust!.
I make 2G daily, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to join , just click this link http://xirawuza.s-enterprize.com/hyqiba.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to get rid of nastiness of the life
gua amek undi berkecuali la..
Anisa said…
yeh
aku suka yg ni
anda memang berfikiran matang
:)
Si budak Aboi said…
oic..yup setuju dgn kamu cik sarah..!
Unknown said…
entri yang bagus :)
Pisey said…
nice thot of urs.
datang nak senyum =)
fara said…
btol tu!
bukan senang nak puaskan ati sume org!

:)
bagus entry nih...
hope sentiasa aman semua komuniti blogger...
=)
Syida Shu said…
boleh diambil pengajaran dari sini (:
Nurul Harun said…
thanks sarah! :) utk kata2 ini.
kawie2020 said…
bila bercakap banyak.. akan terjadi perbohongan...

bila x bercakap... susah la plak...

bersederhanalah dalam berbicara...
Jalaks said…
betul..aku juga pernah wat begini 1x..tapi ape yang aku dapat..seolah2 meraih simpati jek..so..aku sendiri meminta maap kat mangsa..

tak gune betengkar..kite dok mengutuk orang..silap2 orang lagi ramai benci kite..sape tau..


nway..hebat nasihat nih..tabik lu..

semoga tiada sengketa antara bloggers..amin..
Lady E said…
Salam..Sarah..Lama x nmpk
Sarah d Blog Ieda..
Sarah..betul apa yg Sarah ckp..
Saya paling x suka bila ada blogger
yg saling bertikam lidah & bergado
sesama sendiri..Act childish la derang nie..Pe salah nye kalo kite
berkawan bek2..Engkau kutuk aku,aku kutuk engkau..Apa dapat???

p/s: X suka jika ada yang suka bikin kecoh & x suka diprovokasi!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S