selamat sampai rumah dan sambungan lagi....

selepas seharian berada di rumah kawan di putrajaya. akhirnya aku decide untuk pulang ke rumah sewa pada hari ini juga..disebabkan tak biasa menaiki kenderaan awam di sana, maka terpaksa menunggu kawan ku abis kerja barulah bergerak dengan bas awam ke Putrajaya Central. tambang bas sekitar putrajaya hanya 50 sen sahaja. menaiki ERL Transit dari Putrajaya Central ke K.L Central dengan tambang RM 9.50, disebabkan lapar, singgah McD K.L central melahap prosperity beef burger.. kemudiannya barulah menaiki LRT Putra ke stesen U dan berjalan ke rumah..


CONTEZ? YA atau TIDAK.


dah kata sebelum ni, ada hadiah untuk pembaca setia, maka teruskan saja membaca.. ada contest atau tidak, masih 'misteri'.. selepas baca, komen adalah dialu2kan, mungkin komen kalian juga dikira sebagai markah.. jengjengjeng...oklah, readers ku tercinta, dengan sukacitanya mempersembahkan siri sambungan...enjoy reading..


......................................................................................................


Setelah beberapa bulan belajar di sekolah ini, aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan kesemua rakan-rakan. Malah kehadiran aku di sini semakin mendapat tempat di hati mereka. Walaupun pada mulanya ramai di antara mereka yang menganggap aku sebagai murid yang sombong. Mungkin kerana aku sukar sekali untuk melemparkan senyuman, malah selalu saja moody dan bertindak tidak mempedulikan orang lain. Dan lagi, aku juga dianggap tidak bersopan kerana selalu berbahasa dengan cara yang kasar. Tapi ada bagusnya juga apabila sesekali aku dikritik sebegitu, at least aku dapat improve diri aku supaya menjadi lebih baik.


Diam tak diam, aku kini sudah pun melangkah ke darjah 6. Sejak dari itu, aku jadi sukakan perhimpunan pagi di sekolah. Walaupun aku hanya murid biasa yang berdiri di belakang, tapi aku tidak pernah jemu memerhatikan pentas tapak perhimpunan. Kenapa? Sebab S berdiri di situ setiap pagi. Sebenarnya aku sendiri tidak sedar, sejak bila aku mula suka padanya. Apa yang aku tahu, aku rasa sangat gembira setiap kali melihat wajahnya. Dan yang pasti, aku yakin dia masih tidak tahu bahawa ada seorang budak sombong yang meminatinya dalam diam.


Dalam kelas, aku duduk di tepi tingkap, barisan hadapan sekali setentang dengan meja guru. S pula duduk di barisan paling hadapan di bahagian tepi pintu kelas, kami berada di barisan yang sama. Aku berasa seronok duduk di meja paling hadapan, kerana ia memudahkan aku untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh cikgu. Terutamanya subjek matematik, Cikgu Shah Bani gemar menyoal siapa antara kami yang dapat menjawab soalan yang tertera di papan hitam. Selalunya kami di barisan hadapan akan berebut-rebut menyelesaikan masalah matematik dan akan terus mengangkat tangan sejurus mendapat jawapan. Selalunya murid yang dapat menjawab dengan pantas adalah S dan teman sebelah mejanya, Aliff. Tapi kadangkala mereka juga dapat ditewaskan oleh aku.


Oleh sebab aku dan Aliff selalu fight secara sihat dalam pelajaran, maka ianya sedikit sebanyak mengakrabkan hubungan kami sebagai kawan. Dan di mana juga adanya Aliff, di situ juga akan adanya S. tetapi aku dan S tetap juga tidak bertegur. Cuma sekiranya S kebetulan ada sama ketika Aliff berbual dengan aku, maka kami hanya akan berbalas senyuman. Walaupun sekadar senyuman, bagiku ianya adalah sangat mahal kerana senyumannya itu boleh buat mood aku happy sepanjang hari.



bersambung lagi daaa.....

Comments

bulan pun suka duk tepi tingkap...
tapi ..nape ye??
sharamli said…
suka jgk time perhimpunan...leh usha2 0rg...hu3
PuanPepel said…
terkenang lak zaman skola....

ahh..makan dalam kelas gk paling best..hahaha

time perhimpunan malas giler...sbb kena duty angkat bndera.... :)
myQza said…
darjah 6 dah pandai senyum2 yek?
Rara said…
prosprity sgt sdap..ske giler.. :)
faiq said…
beli dinamo basikl buat mesin masa..kembali ke zmn dulu
Seroja Jingga said…
zaman skolah? paling best.akak dulu bukn blajar pon..banyak main je! :)
bulan n ko suka dok tepi tingkap sebab korang suka berangan...
hehehehehe...
Anonymous said…
hmmm
lama citer ko neh
aku slalu x msok phimpunan..
takot spotcek..
haaha
Solehah said…
wah..cinta zaman kanak2 ye..
Si budak Aboi said…
feh gitue sekali ..=)
fara said…
Sbab dok tepi tingkap, aku jadik rabun smpi skggg!!!!

Bila nak smpi cite ko bercenta ngan en. S? Tak saba dah ni

:P

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..