ku sangkakan ia rumput, rupanya sayur kucai. pengajaran terbaik!
Sempena bercuti semester. Aku mmg duduk di rumah saja. Rumah ku di mana?..di johor. Aku mmg akan berada lama di sini. Mungkin hanya akan balik k.l b4 krismas nnti, so aku tak dapat la nak jumpa Lumut yg akan turun KL pada hari esok. Sedih sekali but aku akan usahakan jumpa Lumut sebelum dia terbang ke Auckland. Mungkin di KLia end of diz month.
Keberadaan di rumah, memang aku dilarang duduk goyang kaki. Di pagi hari aku akan bertugas sebagai pekebun tak bertauliah. (as I mention b4). Aku di suruh oleh abah untuk mencabut rumput-rumput yg tumbuh berhampiran tanaman sayuran yg abah tanam di kawasan keliling rumah. Bukan senang sebenarnya tugas mencabut rumput ni, kena mencangkung berjam-jam rasa mahu patah pinggang.
kenapa mesti cabut rumput?..jawapannya adalah untuk elakkan kan persaingan..rumput ni kecil, kalau kita siram tanaman dgn air, of coz rumput yg akan serap air dulu..camtu gak kalau kita letak baja, maka rumput yg ada sekitar tanaman akan makan baja tu,maka ia akan merugikan kita si penanamnya. dan rumput2 ni pula tak boleh disembur dgn racun kerana ianya terletak sangat dekat dgn tanaman, kalau diracun juga maka tanah yg beracun akan bg effect dekat sayuran yg ditanam, mungkin akan membantutkan pertumbuhan pokok.haa, begitulah.tak senang juga jadi pekebun ni.
Hari ketiga aku mencabut rumput, aku telah melakukan perbuatan sengal. Rupanya bukan rumput yg ku cabut, tetapi aku mencabut sayur kucai. Memang benar2 sayur kucai ini kelihatan seperti rumput, maka aku dengan konfiden mencabutnya tanpa ragu2. Nasib baik abah tak marah. Abah kata ambil ia sebagai pengajaran, dan pelajaran seperti ini tiada dalam silibus university.
So, walaupun kita belajar macam-macam benda sejak zaman sekolah, kita sebenarnya hanya banyak belajar tentang teori semata-mata. Banyak benda tentang kehidupan yg kita takkan ketahui selagi kita tak lakukannya secara praktikal. Dan kita takkan mahir tentangnya selagi kita tak lakukannya secara banyak kali. Org kampung kata ‘practice make perfect’. Haa. Macam tulah.
Contoh paling mudah, kemahiran memasak. Ianya bukan boleh belajar bulat2 daripada buku, kita tetap kena belajar dari mereka yang tahu. Buku resipi hanya ajar tentang bahan-bahan dan cara menghasilkan hidangan, tapi cara siang ikan, siang sotong dan siang udang tidak mungkin ada dalam buku resipi.
Bila sebut hal masak, jgn kau kata memasak ni hanya tugas wanita. Kemahiran memasak ni bukan hanya kemestian kaum perempuan tetapi juga kewajipan bagi kaum lelaki. Kalau dah dua2 suami dan isteri seharian bekerja cari rezeki maka mestilah dua2 juga harus tahu sediakan makan malam. Kalau boleh gilir2 turn memasak baru adil. Takkan la suami dan isteri sama2 penat balik dari kerja si isteri sahaja yg kena masak di dapur? Mana aci..(siapa jwb aci kat india memang nak kena tumbuk!)
Oklah, malas mahu bebel panjang.( sebenarnya dah panjang dah sampai melalut dr tajuk).
p/s: ada beberapa bloggers yg ku rindu...........................siapa yea?
Comments
apa mksud aci kt india?
tak dapat jumpa lumut~
sedih woo~~
dr kesilapan ko wat entri motivasi plak yer
bila org tanya "mana aci?"
mestila jawapnya kat india.
tak gitu cik sarah.he3...
kalo salah betulkan ye
kucai? aboi sgt2 suke sayur tue mkn dgn kicap owh mebeles !
hehe, macam Lumut artis plak..muahaha
# Boneka
baiklah, aku percaya statement ko tiada unsur bodek..huu
# Hisham
biasa nampak dia dah digoreng..muahaha
mmg sedap bau dia harum..hehe
# blackSkin
mmg lain tp kat tanah ia nampak sama, aci kat india?..try la nyanyi "aci, aci, buka pintu. nana balik pukul 1,......"
# Solehah
itulah, bila dah cabut baru terbau sayur kucai...haha
# Zara
jom bersedih sesama
huhu