hukuman kepada kesilapan.

p/s:- begitu byk feedback dari entry lepas, terima kasih aku ucapkan kepada maklum balas anda semua. anda boleh anggap entry ini sebagai kesinambungan. semuga kita semua (aku dan kamu) lebih mengerti dan bukan setakat apply dalam dunia blogging, tetapi in real life juga.



Sedangkan lidah lagi tergigit.


Peribahasa yg simple tapi penuh makna, bukan ke si lidah dan si gigi sudah begitu lama hidup berjiran dibawah satu bumbung (rongga mulut), dan keduanya saling memerlukan untuk bekerjasama menjalankan tugas ‘makan dan bercakap’. Namun, biar betapa akrabnya si gigi dan si lidah, kadangkala si lidah tergigit juga. Biarpun tergigit sehingga luka, ia akan sembuh kembali. Dan rutin kehidupan tetap diteruskan seperti biasa.

Mesti kau akan kata,

“ Aku ni manusia, ada hati dan perasaan. Mana sama dengan si gigi dan si lidah. “



Buang yang keruh ambil yang jernih.

Selama mana kau nak rasa ‘sentap’? selama mana kau nak simpan ‘amarah’? selama mana kau nak berdendam kesumat? tak rugi kalau berlapang dada. Kalau kau rasa teraniaya, jangan kau risau, Allah Taala dah berjanji bahwa Dia tidak akan sesekali mensia-siakan doa hambaNya yang dianiaya. Tapi tak perlu la kau minta doa supaya si penganiaya itu mati digilis lori, jangan kau berdoa sekejam itu kerana doa kau itu akan termakbul sebab ianya akan naik ke langit tanpa hijab. senang kata 'Allah akan bayar cash di dunia lagi kepada si penganiaya itu'.

Cukup jika kau berdoa begini :-

“ Ya Allah, jika benarlah hambamu ini insan yang dianiaya, maka kau berilah balasan setimpal kepada orang yang menganiaya aku. dan jadikanlah pembalasan itu sebagai pengajaran kepada dirinya.”



Aku sendiri pernah teraniaya, walaupun perkara tu tak besar mana (setakat mengalami kerugian RM150), tapi oleh sebab hati aku sakit, maka aku minta juga supaya Allah balas penganiayaan itu. Lepas beberapa bulan, doa aku makbul. Seriously aku tak happy pun bila si penganiaya tu rugi RM 900. Malah aku turut rasa simpati. kenapa? sebab aku ni masih ada sifat ehsan pada orang lain.



Tak ada manusia yang tidak pernah buat silap- nobody’s perfect.

Semua dari kita, mereka , engkau , dan aku , tiada yang terkecuali daripada membuat kesilapan.  Sama ada kau buat silap pada orang, atau orang lain buat silap pada engkau. Nisbahnya adalah sama. Apa yang penting bukan hukuman kepada kesilapan, tetapi pengajaran daripada kesilapan. Moga ia tak terulang lagi.


Jika kita silap, jangan kita berbangga diri dan bersifat egois, kalau kita menganiaya orang lain, dan kita tidak meminta maaf kepadanya, maka kita sebenarnya 'berhutang' dengan dia, satu hari nanti, sama ada di dunia atau akhirat, kita wajib 'langsaikan' juga hutang itu.



p/s:  memohon maaf adalah sesuatu yang mulia, tetapi memaafkan adalah jauh lebih mulia.

Comments

sharamli said…
0k2..sy maafkan...

masing2 salah...
ILA HonEyBuNNy said…
ok..marilah kita sama2 bermaafkan......buang y keruh amik yg jernih agar aman n damai..ngeh3
hisham said…
let 4get n 4give n bygones be bygones...tk cre
lel said…
terus rasa nak nyanyi lagu p.ramlee tu
sedangkan lidah lagi tergigit
:)
terimakasih untuk semangat yg diberi kat hitamputih
aku sgt menghargainya :)
ezzati said…
suka ayat2 dlm ni..membina minda :)
PuanPepel said…
tangan yang memberi lebey baek dari yang menerima...


hati pon camtu..

memberi kemaafan lebey baek dari berdendam...


menerima kemaafan sebagai tanda tiada permusuhan...


cari kawan..jangan buat lawan~
myQza said…
kadang2 di mulut terlafaz maaf. di hati masih dendam!
ayat² yg baek untuk semua...
tahniah...
Si budak Aboi said…
ok cik sarah saye fhm..terima kasih !
¶A.K.I¶ said…
sedang kan lidah lagi tergigit
sedangkan gusi pon boleh sakit
inikan pulak bila menaip..
mst ad tersalah kn3?

[ap aki melalut??]


miss u sara! muahh!
Anonymous said…
betul tu..nobody perfect..
chokio_nia said…
ayat bawah tu cun..huhu..btollah ape ko ckp..da besar panjang ne, tak manis dok gaduh2..chill lah semua..=)
Anonymous said…
entry ko ni sungguh mengkagumkan
hehe

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..