entry kawin tamat.

sudah-sudahla cerita pasal kawin untuk tahun ni, tahun depan baru buka lagi topik kawin (walhal lg 15 hari je nak melangkah ke tahun depan). takpe, memang topik kawin ni takkan habis, tiap2 hari pasti ada kisah perkahwinan, walaupun bukan kisah aku.

baiklah, nak cakap sket pasal komen2 you all di entry2 aku, semua komen anda amat aku hargai, malah rasa mahu cium ja semua pengkomen2 di entry ku.(I bohong je jgn perasan). setiap komen yang memberi info juga amatlah dialu2kan, terima kasih daun keladi, jangan segan2 datang komen lagi.

ok, cumanya ada sikit perkara yg aku nak terangkan..aku tau ada di kalangan readers yg mungkin 'masih baru' di sini dan mungkin tak baca tentang life aku yg sebelum ni. maka mereka macam ada salah faham juga dengan isi entry ku, bila aku cakap pasal gelang tangan putih purple ada yg ingat ia ada kaitan ngan blogger putih purple, padahal itu adalah gelang pemberian seseorang, (aku siap wat entry pasal ni). sebenarnya memang kengkadang entry aku ni selalu je ada kaitan dengan entry yg lepas2, (macam berangkai juga).

contoh lain, 'pembaca setia' aku mesti perasan juga kengkadang pesanan terakhir ( p/s ) yg aku tulis di ruangan bawah entry ada mention about mr.S, siapa yg dah 'lama' kat sini cam takkan pelik sangat kalau ruangan 'p/s' aku mention pasal dia. tapi bila aku buat satu2 entry, point utama adalah isi entry, 'p/s' ku itu adalah suka-suki dan sekadar 'aksesori' sahaja, janganlah you all terlampau tertarik dengan 'p/s' ku itu lagipun (bagi pengunjung baru), mesti cam tak faham sangat dgn pesanan 'p/s' aku yg biasanya tiada kaitan dengan entry.

ok, biar aku terangkan untuk kali terakhir, kini mr.S itu bukan siapa2 dalam hidup aku, dia cumalah kisah lama yang belum mampu aku delete, now kami cuma kawan biasa. kalau aku mention pasal dia, ianya sekadar memuaskan hati aku saja (sementara belum ada pengganti). lagi pula, blog aku ni juga dibaca oleh kengkawan sekolah, dan kawan sekampus, bukan hanya kawan alam maya semata-mata. kebanyakan kengkawan rapat aku juga tau pasal mr.S, so bila aku mention pasal dia, macam aku sebenarnya more kepada memberitahu kawan2 aku tentang dia juga.

dan untuk pertama kalinya, dan terakhir kali juga, (no more after this) aku kasi you all tengok pic mr.S.( suka lah tu boleh tau taste aku cam mana, cis! )..silalah tatap puas2..dan kalau nak komen pic dia ni pun boleh, haha..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



sh*********n.




tetiba I boleh nampak muka u all yg cam tak puas hati, maaf ya gambar sebenar tak boleh di publish, kot la mr.S sudah ada 'org baru' nanti habis la aku kena saman sebab letak gambar pakwe orang dalam blog, muahaha!





p/s: kali ni bukan pasal mr.S, pasal bola, tahniah Malaysia menang 3-1 ke atas LAOS dan berjaya ke Final Sukan SEA ke 25!


Comments

hoo yaka..
nmpk sgt ku baru mengomen di sini
hehehe..

tetiba cek rasa malu..
hahaha
sharamli said…
eleh..baek xyah tujuk
ILA HonEyBuNNy said…
xpa...mmg amik masa ckit tok kita lupakan some1.......bgs la dpt jd kwn biasa jgk after clash..ila..fuhhh..perang besar la...hiihihi...skrg sjk ila da dpt lupakan dia..baru leh tima dia as my frenz...ngeh3
¶A.K.I¶ said…
sara~~
xadil!!
gmba kne real laa..
huhuh..
ley aki tekel dia!!
keh3~
nur earna said…
mmg best malaysia menang 3-1 malam tadi.tetiba cam smgt patriotik bangkit bila malaysia menang.
to cik sara,besala.manusia ni mcm2.yg patah kan tumbuh yg hilang kan berganti.wp x sama dgn apa yg ada sblm ni
norhaizan said…
cepat cepat sara cari penganti baru..akak doakan...amin...kisah lama jgn di kenang kay..
Si budak Aboi said…
ehem3....!

i be proud malaysian..!

malaysia boleh!
Anonymous said…
biarkan ia berlalu..hehe..kt trus hadapi dgn senyuman..
Ibu Ammar said…
# NuR
takpe je, jgn la rasa malu..small matter sebenarnya,=)

# sharamli
nak tunjuk gak..=p

# HoneyBunny
sebab dah saling kenal, buat apa nak bermusuh..tak baik putus silaturrahim,hehe

# meniti senja
tulah, belum berhenti berharap juga..=p

# ~@k1
huhu, gambar real mahal wo! kena caj ni kalau nak tengok, erh.. ngurat le, tak kisah pown.=p

# safina aisyah
biar tak sama, janji lebih baik..hehe

# norhaizan
tq sis!

# si budak aboi
apa ehem3?

# Amyliana
aku tetap terus senyum, non stop nih.hehe
fara said…
Sarah,
Memg tak puas ati nih!!!
nak tgk gambar sebenar!!!

ps jugak : Yay2~ Msia bolehhh!!!

:P
Anonymous said…
yeye!!

msia menang!!!
itu kah gerangan nye..
hehe

p/s: nak new year da...
makin tua den
ekeke
Anisa said…
ala..
nape gmbr tu diedit2
nak tgok yg real
hehehehe
Anonymous said…
p/s ko selalu ganggu konsentrasi ler tu pasal. kalau aku selalu letak p/s kat atas sebab x nak ganggu entri kat bawah... hehe

tahun depan cerita lagi pasal kawen lah. tak salah berharap. masih banyak masa lagi mencari

mr.s tu citarasa ko ek? jangan ler buat kriteria ketat cam tu... tgk2 ler kriteria lain plak
lel said…
hai mr S!
boleh berkenalan?
hahaha

ampunnn
memain je!
:p
Lady E said…
Ummm..okey la nmpk jugak la sikit2 rope parasnye..Quite handsome..Tp nnt Sarah akan jumpe yg most handsome lg kn & baik..Dun weri..Agakye Sarah x boleh lupe Mr S nie sbb die pnh baik dgn Sarah kut kn..

p/s: Congrats to team Futball Mesia juge coz sbb dpt masuk final!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S