di putrajaya, dan sambungan cerpen..
p/s: belum ada idea/ belum rajin nak jawab TAG..mungkin esok lusa baru ada kerajinan...hehehehe
bertolak ke k.l malam tadi, bukan naik pengangkutan awam, tetapi ditumpangkan oleh bos kawanku..jadi, my tambang is free, kepada En.Mok, thanks ya kerana menjadi pemandu berhemah malam tadi...(buat aku bleh tido nyenyak di belakang)..tapi tidaklah sampai ke k.l juga kerana sudah lewat malam (12.30 am), maka terus saja ke putrajaya,aku menumpang di kediaman kawan. ada sesiapa blogger yg tinggal di putrajaya? aku bagi peluang supaya belanja aku makan untuk hari ini..kalau taknak belanja, tak payah jumpa.=p
kenapa cerpen tersebut dikatakan sebagai hadiah? kerana siapa yang membacanya dengan teliti, mungkin akan mendapat hadiah di hari kemudian. aku tak nak jelaskan lanjut, sila pandai-pandai memahami maksud yang tersirat..
sambungan cerpen....
...............................................................................................................
Aku ke sekolah setiap hari dengan menaiki basikal, tempoh perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dalam perjalanan, aku yang menaiki basikal akan memintas S yang berjalan kaki. Rumah dia agak dekat dengan sekolah, dan setiap hari dia akan berjalan kaki berdua dengan jirannya. Walaupun jirannya itu bukan sekelas kami, tapi mereka nampak agak akrab juga.
Walaupun satu kelas, tapi aku tak pernah bertegur sapa dengan S. Dia pun tak pernah nak tegur aku. Aku sebenarnya takda modal nak tegur dia terlebih dulu. Mungkin dia juga sama. Pada satu hari, tiba-tiba saja guru kelas kami membuat rombakan kedudukan meja, dan entah macam mana, aku boleh ditempatkan disebelah S. Baru saja duduk beberapa ketika, sudah ada di kalangan kawan sekelas yang mengusik dengan berdehem-dehem apabila lalu di depan meja kami.
Aku cuma tersenyum tawar dan berkata dalam hati, “diorang ni kalau jeles cakap jelah, cis!”. Sebenarnya aku rasa tak selesa ditempatkan di sebelah S kerana aku rasa seperti diperhatikan, walhal orang yang menjadi perhatian sebenarnya adalah S. Bukannya aku.
........................................................................................................
Walaupun duduk bersebelahan, aku dan S sama-sama membisukan diri, aku hanya bercakap dengan kawan perempuan yang duduk di sebelahku yang satu lagi. S juga sama, hanya berbual dengan kawan lelaki yang duduk disebelahnya yang satu lagi. Entah kenapa aku rasa segan dengan dia, tapi dia, takkanla rasa segan juga dengan aku. Dan hati aku berkata "kan best kalau dia ajak aku berbual"..
Duduk dekat dengan dia, macam satu peluang juga untuk aku ‘selidik’ dia secara diam-diam. Walaupun tidak bertegur, tapi aku sempat menjeling dia juga sekali-sekala. Dan aku berkata dalam hati, “putihnya tangan dia, kemasnya tulisan, dan boleh tahan wangi juga dia ni, pakai minyak rambut apa ya?”. Namun proses selidik tidakla terlalu obvious, sebab takut juga kalau terkantoi dengan murid-murid lain. Malulah aku nanti.
Selepas waktu rehat, aku mengambil keputusan mengubah tempat duduk. Aku berpindah ke belakang, di tempat duduk Mastura, murid yang tidak hadir pada hari itu. Senang kata, aku berpindah tempat kerana berasa janggal untuk duduk di sebelah S. Maka aku bertindak mahu menjauhinya secara sementara.
Keesokkannya, aku sampai lewat dari biasa, pada mulanya aku ingin meletakkan beg di mejaku yang disebelah S, tapi aku tengok meja tersebut sudah ada beg. Aku diberitahu bahawa Mastura telah mengambil tempat itu. Walaupun rasa sebal, aku hanya membiarkan saja. Dan hati aku berkata, “ bila masa pula aku kata nak bertukar tempat duduk dengan Mastura? Tak sangka dia begitu teruja sekali tanpa bertanya pada aku terlebih dahulu, menyesal aku duduk di tempat dia semalam, cis!”
Waktu subjek pendidikan seni, kami semua dikehendaki menghasilkan cerapan daripada warna air. Dari jauh aku dapat melihat S dan Mastura berkongsi warna air sambil bergelak tawa. Entah kenapa aku rasa tidak senang hati melihatnya. Aku terfikir-fikir, kenapa S tidak pula semesra itu dengan aku. Cis!
bersambung......
Comments
Mastura bukan watak penting pun..lgpun citer lum abis daaa.. bersambung tu..
sila angguk gelengx2 klu salah ea !
mencintai mu~~
tapi segan?
cik sarah mkin syok plak bce cerpen ni hehehe =)
thumb up 4 u cik sarah !
romantik gitu bila si M dan si S berkongsi warna air...
kekekekek
saja bg bakar hati..
ok ok
smabung2..
saye tggu sambungannye
makin menarik kisah benar ko ni
Klo tak nape die nak segan-segan ngan ko kan??
Malu tapi mahu...
Huhuhu :P
hahaha
sangat menarik kisah ini.
kisah yg betul2 berlaku pada saya dulu jugak ni..
malu2 dok sebelah pompuan..tu dulu..skrg tak lagi..hehehe.
erkk
xsempat baca abes
lepas pgrm ku baca
;)