aku ketinggalan..dan (hadiah kepada pembaca setia).


p/s: tentang entry lepas (gambar yg di delete), siapa yg dapat view memang sangat bertuah. dan siapa yg tak dapat, mungkin next time akan diberi peluang sekali lagi, tapi seperti yg disyaratkan, ia hanya akan dipublish secara sementara sahaja.=p


3 hari tak online sudah ketinggalan berbakul-bakul cerita dari blog rakan-rakan. sangat tak sempat nak cover baca kesemua update entry you all, sorry ya..biasalah hidup menumpang streamix jiran sebelah memang begini.. tapi now aku bukan lagi berada di rumah, tetapi menyinggah rumah kawan sebelum kami sama2 pulang ke k.l petang nanti. so aku meminjam Maxis Berukband milik kawan. tapi line 3G disini sangat mangkuk hayun, dan aku gagal mem'view' blog kalian apatah lagi yang berat2 bila loading asyik gagal saja. jadi aku hanya mampu melihat tajuk entry yang terpapar di blog list sahaja, kebanyakannya tentang gathering di genting..

lagi satu, aku sebenarnya memang ketinggalan bab TAG. kalau you all perasan dekat blog aku ni tak pernah ada entry jawab TAG, aku sebenarnya tidak pernah di TAG, jadi aku tak faham la tag-tag nih, so disebabkan tetiba aku tengok kat shout box cik merr kata dia telah TAG aku maka aku macam bingung2, siapa yg pakar bab ni boleh tak terangkan dengan jelas macam mana nak jawab TAG ni..hehe

nanti malam bila aku sampai k.l baru aku akan menjenguk kembali blog anda semua ya. dan sebenarnya aku ada hadiah untuk pembaca setia. hadiahnya berupa cerpen khas tentang aku, dia dan dot.dot... di bawah ini aku letakkan intro kepada cerpen tersebut... siapa yang bersetuju supaya sambungannya dipublish sila tinggalkan komen..


...............................................................................................


Pagi itu, pada tarikh 16 Mac 1998, aku mendaftarkan diri di Sek.Keb.Felda Maokil 1, rasa berdebar-debar juga mahu masuk ke sekolah baru. Agaknya budak-budak sekolah ni baik-baik tak ya? Darjah 5 kesemuanya ada 4 kelas, kelas di bahagikan mengikut tahap kecerdasan murid. Tak sangka aku dapat masuk kelas yang pertama. Mungkin cikgu menilai kecerdasan aku berdasarkan buku rekod pencapaian aku di sekolah lama.

Sebagai budak baru, aku agak segan dan takut-takut untuk memulakan perbualan dengan kawan sekelas. Untung saja ada murid sekelas yang peramah. Aku masih ingat lagi nama si mulut becok ini. Berwajah matang berkulit kuning langsat, namanya Idayu. Begitu ramah sekali Idayu memberitahu aku nama murid-murid sekelas kami satu-persatu. Dan nama yang paling aku ingat adalah nama S, kerana itulah kali pertama aku mendengar nama yang begitu unik dan istimewa. Idayu membebel tentang S secara panjang lebar, sedangkan murid yang lain hanya disebutkan nama sahaja.

“ Budak yang tinggi pakai baju pengawas tu nama penuhnya S, tapi semua orang panggil dia M, dia adalah budak lelaki yang paling handsome dan pandai dalam kelas ni. Birthday dia 4 Jun, dia tu anak bongsu ”.

Aku hanya senyum mendengar celoteh Idayu. Dan anehnya, biarpun itu kali pertama aku mendengar butiran tentang S, otak aku terus dapat mengingatinya secara automatik. Aku memandang S,dan hati aku berkata,“ tengok saja dah tahu, mesti dia ni anak manja ”.



........................................................................................


cerita sambungan akan dipublish sekiranya permintaan adalah memberangsangkan...

Comments

chentaMAYA said…
sokey la~ nnti da bley on dgn smpurna bley belogwlking lagi!~
hee~

urm! macam besh cite bawah tuh~
Si budak Aboi said…
tag? hee buat task yg suh & n3 post dlm blog cik sarah..!

plzx3 kamu jgn lupe smbg cerpen nie! ahaks......
ku pun kdg2 x sempat juga nak online
tp bkn menumpang jiran sebelah...
sendiri punye lorh..
hehe
gurau2 aja
=P
xD

btw
Vote For Me

http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/

Thanks so much
hehe
xD
¶A.K.I¶ said…
hahah~
sarah aboi da bgtaw 2 cara2 tag~

tp dia pon x pnh wat kn2??
hheheh
norhaizan said…
hihi..rasanya tag senang jer..kan dlm tag tu dia ada panduan nak jwb tag..jus copy and paste pada entri sendiri..hee
NS said…
tag...aku pun x pernah wat hoho
aku lah yg tak bertuah tue...
huhuhuhuh...
Wanie-san said…
hihi tag 2 senang jew sarah..
nnt nengok tag 2 paham le kamu....=]

S 2 ehem2 kamu erk??=p
fara said…
ooo...
camtu la ko 1st time kenal Encek S ye???
Hehehe

:P
PuanPepel said…
jawab gne jwpn sniri..hehe...



http://lightofdaprincess.blogspot.com/2009/12/jangan-baca.html
imHepPie said…
skang m single lgi x winkwink
joegrimjow said…
sambung2
erkk
nak buat jugak la part2 bersambung ni
mamai said…
pakcik pun ada tag yang tertinggal nie terlupa sib baik baca kat sini
myQza said…
cerpen?
sila sambung....
kerjaseni said…
hmmm... menarik. cerpen bersiri? teruskan. :)
Anonymous said…
sambunggggggg
ILA HonEyBuNNy said…
bz btol neh..ihih..sama la ila..da bbrapa hari xon9..ok2 nak bca cerpen lak..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S