baca jelah, entry ikhlas nih..

yg namanya manusia..akan sentiasa melakukan kesilapan..my dad selalu cakap 'jgn amalkan sikap tak apa'. sikap 'tak apa' ni akan membuahkan sikap 'degil'..contoh. bila anak buat silap, biasanya golongan emak akan back up anak..'tak apa lah bang. budak ni kan kecik lagi'.. dan tanpa sedar, si emak akan selalu ulang ayat begitu setiap kali si anak buat salah..sampaila anak dah besar panjang, nak jentik pun tak sampai hati.. sebenarnya sy bukan nak kata kedegilan anak berpunca dr emak dia..ini hanya sekadar contoh sahaja...apa yg nak ditekankan adalah kedegilan kita semua adalah berpunca dr sikap 'tak apa'.. contoh lagi.. bab gf/is3 pakai seksi-meksi, bila ditegur akan menjawab 'baju ni tak sendat la bang / ala, skirt ni labuh la bang, still bawah lutut'..ok, kalau dengan diri sendiri pun, kita bermonolog 'takpela solat lewat sikit. selagi belum abis waktu kira sah apa solat / takpela masuk ofis lambat sikit hari ni, bukannya selalu pun wat camni / takpela miss solat jumaat hari ni, baru sekali je miss'.. sikap 'tak apa' yg pertama biasanya akan dilanjutkan pada 'tak apa' yg kedua dan seterusnya..

jika kita adalah mangsa kepada sikap 'tak apa' nie, 1st kena bolehlah kita bersabar..contohnya 'tak pe kan aku pinjam kereta kau kali ni?' kawan pinjam kereta sekali mmg la mulanya kita rasa kita sedang menolong dia, tapi kalau dia duk ulang ayat 'tak apa kan?..kita kan kawan?' sampai sepuluh kali. kita pun hangin juga. ok..contoh seterusnya.. bila time raya..jiran2 yg ada anak kecik skola rendah, main mercun sakan, dentam-dentum..bingit tu bolehlah tahan lagi..kita akan kata, 'tak apalah. raya setahun sekali je'..tup2..tetiba mercun yg bebudak tu main dibalingnya kat baju raya kau yg tengah tersidai di ampaian..abis berlubang baju kau yg baru dipakai sekali..(ni pengalaman aku sendiri). masihkah kau akan kata 'tak apa'?

mari kita lihat contoh yg lebih besar lagi, bila kita guna jalanraya..kita ni punyalah berhati2 drive..tetiba ada pemandu lain yg tak ada hati memandu laju nak potong kereta kita, sekali tak sempat, trailer laju di arah bertentangan, trailer tu nak mengelak kereta dia, tp melanggar kereta kita..akankah kau katakan 'tak apa'?

contoh lg..pasal stadium bukit jalil, (belum basi lg cerita nih..) kau tu tengok kat tv ja mmg kau tak rasa yg 'manusia mulia' yg main bakar2 tu mensusahkan engkau. tapi petugas cam polis n security kat sana siap dibaling dengan mercun sehingga membahayakan nyawa..(weh mercun tu kalau kena mata boleh buta tau!).. kau yg duduk rumah boleh plak rasa sentap bila 'manusia mulia' yg main bakar2 tu digelar beruk..padahal kalau engkau yg jadi petugas yg dibaling mercun pada malam kejadian sudah pasti engkau juga akan mengeluarkan caci maki taraf handalan kepada 'manusia mulia' yg main bakar2 tue..

ok..yg namanya manusia..(bukan beruk) secara normalnya akan berperangai tidak mensusahkan org lain.. akan tetapi yg namanya beruk (bukan manusia) sentiasa mahu buat kacau/ buat huru-hara/ buat sepah.. tak caya cuba datang UM ni ha..tanya budak kolej kediaman 8 dan 10..betapa beruk2 suka mensusahkan diorang..beruk ini suka betul menterbalikkan tongsampah lalu mensampahkan koridor dan tangga kolej..tapi macam beruk tersebut lagi mulia la plak sebab beruk2 ini tidak bertindak membaling mercun kat pelajar UM..(tetiba ada sesi pujian terhadap beruk di UM, maklum saja beruk2 ni terpelajar juga).

yg namanya manusia, mmg selalu mengamalkan 'tak apa'...

"tak apalah diorg tue main bakar2, jgn lah kita panggil diorg tue beruk.. kesian kat mak bapak diorang..mehla kita manja2kan lagi si pemain mercun ni ha.. biar diorang ni rasa disayangi walaupun diorg ni dah mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit, maafkanlah diorang ni.."

kita mmg akan kata tak apa, jika bukan kita mangsanya, kita akan kata tak apa, jika bukan kita yang tanggung kerugiannya, dan  kita mmg akan kata 'orang yg menggelarkan manusia lain sebagai beruk adalah beruk juga' jika kita tak selami kenapa orang itu memberi gelaran beruk kepada golongan berkenaan.

pernah tak tengok cerita p.ramlee seniman bujang lapok?

 "kamu tiga ekor, nampak itu pintu besar?..dengan perintah aku, berambus sekarang"...

kalau kau selami, kenapa director ahmad nisfu tu menghalau 3 ekor manusia tu, tentu kau takkan kisah kenapa mereka digelar 3 ekor.

apa ntah entry ni melalut sampai cerita p.ramlee..muahaha!

nak tau berita beruk lagi?..wajib klik

p/s: apa lg tak puas hati? aku tutup blog ni kang baru tau!

Comments

Kamsiah yusoff said…
akak pantang anak2jawab
"sat lagi la...sat lg la.."
bila disuruh buat sesuatu...geram...
suruh basuh kasut sekolah pukul 7 pg..
dia org jawab sat lagi la..
pukul 9 ssuruh lagi..
last2 smp ptg dok tang tu la..
CIKGU NAMAN said…
This comment has been removed by a blog administrator.
let it be... let it be...
fadh ^_^ said…
mai la datang siar2 lagi...
huhu~
salam blogger!!!!
kawie2020 said…
kalau beruk kite bleh terima tapi kalau manusia perangai beruk tu yg buat kita marah....kalau kita kata dia beruk..dia marah walaupon dia berperangai cam beruk...
Solehah said…
tak apa kan nak komen ni..hehe..btl tu sara jangan amalkan tak apa untuk melengah2kan sesuatu perkara atau nak simpan benda yang buruk..
PuanPepel said…
gedebuk...sentap..hehe....
Anonymous said…
tersentap sikit baca
aku selalu jer kata tak apa
Ibu Ammar said…
# kamsiah
biasalah kak, bebudak mmg liat bila disuruh,hehe

# imsosupernotcool
huuuu

# fadh
aik, mana ko punyer komen berkenaan ngan entry nih?..huu

# kawie2020
tulah masalahnya manusia keberukkan ni..

# Solehah
huhu, sokong2!

# mier@merr
sentap ke?...haha

# Fatt Chin Choy
ha, baguslah kalau kau sentap..muahaha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S