Wednesday, November 4, 2009

deep in my heart!

izinkan sy menulis disini, sila baca kalau nak.

sy ym dengan seorang kawan sebentar tadi, kawan satu kampus dgn sy, dan dia juga kawan skola menengah sy..sy ucapkan terima kasih kerana dia sudi mendengar luahan hati sy..thanks shera!

luahan hati sy tentang sesuatu..

sesuatu yg sy tidak senang..malah menggeramkan sampai nak membunuh mereka yg terlibat.

sy sedar, sy bukan sesiapa untuk menganalisa dan mengkritik episod kehidupan org lain. sy juga tahu bahawa sy tak berhak memberi komen tentang perilaku mereka.tetapi, izinkanlah sy mencoretkan sesuatu.dan terimalah coretan ini seadanya. nobody is perfect, ceh tetiba!

terdapat segolongan dr lelaki yg memberikan cinta, meyakinkan cinta, mencambahkan cinta, sehingga wanita yg pada mulanya hatinya 'kosong', akhirnya telah dipenuhi dengan taman cinta yg indah (macam taman bunga dlm lagu2 cerita hindustan).menyemai cinta yg kelihatan seperti cintanya sejernih air laut di New Caledonia (sapa tak tau sila rujuk drama korea Boys Over Flower/or search google image). org kata bila bercinta semua indah belaka.kentut pun wangi tu tipula!

menyuburkan cinta sehingga bertahun-tahun.kalau kawin dah ada 4 org anak. punya sweet percintaan sampai letak status 'married' dalam friendster sbg tanda diri dah tak available lg. malah letak friendster gf kat featured friends,supaya kengkawan semua boleh view, paling hebat lagi letak gmbr gf kat primary photo. seperti mahu canangkan pada dunia. bahawa si gadis adalah 'satu2nya kekasih awal dan akhir'. cam romantik gila boleh blah!

(sorry i mention about friendster sebab laman sosial nilah yg paling meletup zaman dulu! sila setuju semua!)

apa yg sy nak sampaikan? apa nih? apaaaa?!

sebenarnya sy kuciwa jika hubungan 'hangat' sebegitu rupanya cuma seketika, bak kata pepatah 'ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, maka baik aku tido time hujan best siot'.

akhirnya segala keromantisan kejiwangan kewangian bunga-bunga cinta yg dulunya mekar kini berguguran. malah berterbangan ditiup angin ribut ombak tsunami.

lebih menyedihkan apabila cinta yg bertahun2 itu seakan tidak berharga langsung macam kain buruk apabila dengan mudahnya engkau! (yg berkenaan, siapa makan coklat dia rasa kesedapannya) mendapatkan cinta baru..betapa mudahnya macam cinta itu dibeli di jualan mega sale jaya jusco!

dan sekali lagi, engkau! (kalau bukan engkau janganlah ko rasa sentap) menyemai benih cinta palsu dengan madah berhelah. tergamak engkau ( ha! engkaulah sapa lagi!) mempermainkan perasaan wanita.

ini bukan kisah yg berlaku pada sy..sumpah bukan..( kalau tak percaya sila berhenti baca now! i said now ).

ini adalah kisah seorang kawan yg dulunya satu skola ngan sy..dan sy mengenali perempuan yg ditinggalkan itu..mereka berpisah kerana ketidakserasian, ceh dah kapel 7 tahun baru engkau rasa tak serasi! betapa basi punya alasan mahu mintak penerajang kah?

sy tumpang bersedih...kerana sy juga seorang perempuan.

bukan sy nak tunjuk sy bagus untuk komen situasi ini. tapi sekurang2nya sy sejenis yg akan mereject hubungan cinta sekiranya sy sedar bahawa sy tidak mampu mengharungi apatah lagi mempertahan kan cinta itu selama2lamanya.

sy pohonkan, kepada lelaki yg membaca entry ini..plez im begging u!

jgn engkau meluahkan cinta sekiranya suatu hari nanti engkau akan meninggalkan cinta itu. dan sekiranya engkau sedang dalam percintaan, maka jgn kau janjikan seribu kemanisan andai satu hari engkau hanya mampu memberi kesakitan.

p/s: aku bukan doktor cinta. dan aku sendiri pun masih belum arif tentangnya.dan aku bukan emosi.ini cuma sekadar coretan dr dalam hati aku!