Sunday, November 22, 2009

al-Fatihah buat Allahyarham datuk tercinta..

baru maghrib tadi aku menerima panggilan telefon dari emak.. memang emak tak pernah call time maghrib.. rupanya mak nak sampaikan berita yg atuk abah dah meninggal dunia.. rasanya raya aidilfitri baru2 ni atuk nampak sihat2 ja.. malah aku dan abah sempat urut kaki atuk, dan sapukan minyak angin pada perut dia.. rupanya itu adalah kali terakhir kenangan antara aku dan atuk.. dan kini atuk telah pergi selama-lamanya menerima jemputan Ilahi..

sebelum bulan puasa tahun lepas atuk jatuh sakit lepas atuk cuba buat kerja berat.. masa tue kondisi atuk tenat sangat, sampai kami semua rasa atuk dah nak pergi... tapi alhamdulillah time raya atuk kembali sihat, cuma atuk tak dapat lagi berdiri, cuma boleh duduk dan bergerak guna kerusi roda.. atuk nampak sihat sepanjang setahun berlalu.. atuk boleh mengengsot untuk ke bilik air.. atuk masih kuat untuk uruskan diri sendiri..walaupun usia atuk sudah mencecah 80 tahun..

aku on status 'al-fatihah buat atuk' dalam ym..  dengan harapan my elder sis kat mesir akan perasan status tersebut.. tak lama lepas tu my sis terus tanya.. bila bagitahu kakak tentang atuk dalam ym airmata aku terus jatuh berjurai-jurai..entah kenapa aku sebak sesangat...benar2 tak sangka atuk dah pergi buat selama2nya..

aku memang tak dapat balik malam ni.. aku tak reti nak balik tergesa-gesa malam-malam macam ni.. lagipun abah dan mak pun terus balik muar.. tentu kedaan kat sana sibuk dan kalut, maka aku taknak susahkan abah time2 camni.. lagipun abah adalah anak sulung dalam adik-beradik.. abah pesan mintak aku doa dari sini saja. dan aku akan balik esok pagi..

mesti you all tertanya-tanya kenapa aku tak balik lagi sedangkan aku dah habis exam..aku sebenarnya plan balik esok sebab esok adalah harinya pendaftaran awal subjek untuk semester depan.. kat rumah takda kemudahan internet so susah aku nak daftar online.. semester lepas aku lambat daftar sehari terus full kuota subjek.. bila full aku kena bersusah payah merayu kat lecturer untuk bukak lagi kuota subjek time minggu 'add n drop'.. UM ni lain sket, kuota dibuka bukan ikut jumlah student.. tapi ikut suka diorang ja..

ok.aku kena stop by now..aku nak solat isyak.. dan nak sedekah yasin buat arwah atuk..aku sedih sebab tak dapat tengok atuk buat kali terakhir, tapi tak apa..wajah atuk tetap terbayang di mata aku.. dan kini, aku hanya punya nenek di sebelah emak, dan nenek di sebelah abah..muga Allah panjangkan usia nenek berdua.. Amin.




p/s: sama2 sedekahkan al-Fatihah buat arwah atuk aku..al-Fatihah..


-----------------------------------------------------------------

update,

aku bergegas pulang malam ni jugak..berjaya contact kazen di kajang, maka bersetuju balik dgn beliau dengan kereta..alhamdulillah dapat gak balik..doakan kami balik dengan selamat..amin.

26 comments:

enuLwanie said...

al fatihah buat atok awk..
moga dia ditempatkan di kalangan org yg beriman.

Boneka tak sakit said...

OWH takziyah la buat korang! susah bina nak terima kehilangan someone serius aku tau!

rasa mcm mimpi pown ada! apa2 kita kena terima lah hakikat kita nie dlm duna memang tak lama..!

hidup untuk beribadat bukan untuk enjoy!

life pown bukan diukur pada masa ia diukur pada quality!

Al- fatihah buat korang harap pasrah menerima dugaan Allah

Si budak Aboi said...

Salam takziah !

..::..ein..::.. said...

salam takziah....al-fatihah
moga arwah atuk kamu di tempat di kalangan org2 yg beriman

seroja jingga said...

setiap yang hidup pasti kan mati
sabar ye
alfatihah untuk arwah

Wanie-san said...

takziah..Al-fatihah...Sy paham ape yg sara alami..Sy dah kehilangan 2org atuk...

cik EPAL said...

Al-Fatihah~

fik-autoz^^ said...

alfatihah....smga slmt smpai ke destinasi,amin.

kawie2020 said...

bersabarlah...

semua manusia pasti merasai mati..

relakan kepemergian ini..

alfatihah..

HonEyBuNNy said...

al-fatihah...

i'msosupernotcool said...

mnangis la kalo itu akn buat kau feel btter..

al fatihah..

~@k1 is @utuMn!~ said...

salam takziah..
hati2..
smoga sgalanyer berjln lncar k!

ifti said...

takziah...al-fatihah

Solehah said...

inallillah..Al-FAtihah..takziah ya sara..

sI tEDI said...

Al-Fatihah!!

takziah!

niEna hailani said...

al fatihah...
bnykkn baca quran k

Fatt Chin Choy said...

al fatihah

Hisham Sheikh said...

takziah n alfatihah...moge rohnye dicucuri rahmat...amin

seimura said...

mudah-mudahan roh atuk ditempatkn di kalangan org2 yg soleh... amiiinnn..

Ieda the Rainbow Princess said...

Salam..Sara..Al-Fatihah utk Allahyarham Atuk Sara..Ieda pun penah rs kehilangan Atuk tersayang yg dh pergi menemui Illahi 13thn yg lalu..So kite fhm perasaan Sara mcmana..sedih sngt,kn..Takziah utk Sara sekeluarga..Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka2 yg beriman..Amin..Be strong,okey Sara..

Hanida Lavida said...

al-fatihah..

joegrimjow said...

alfatihah

sayu plak tetibe...

joegrimjow said...

al fatihah....
sayu sayu

(tadi da komen...)

Syima Nohara said...

Alfatihah sara...
sedih gak...

meo188 said...

al-fatihah..

Sham Ummi Echa said...

alfatihah buat arwah atok
semoga dia ditempatkan di kalangan org yg beriman..amin