contezz lumut!

wah, panas tol la hari ni, dahla cuaca panas, menunggu bas UM sampai lebih 40 minit ni lagi bikin hati panas. mana lah bas ni. driver mogok ke hapa?. aku nak balik rumah cepat ni, nak on internet. tak sabar gila nak bukak blog LUMUT. tak best la kalau aku jadi tukang komen terakhir dalam blog dia. asyik2 cik sayu=pilu ja yg pegang takhta 1st komentator entry dia mana boleh jadi camni..aish! memangla pakcik bas ni nak kena!lempang kang! ceh aku pun cam dah terikut-ikut LUMUT asyik nak sebut 'lempang kang'. apalah hebat betol penangan minah tue.

weh, ni dah dekat sejam aku tunggu nih, kalau LUMUT wat entry dah berbakul komen dah. aku still lagi menangok kat sini. argh! aku tension tahap gaban nih. tension ah! dalam pd stress menunggu bas, tetiba aku terdengar suara sumbang budak2 junior hingusan bersembang.

"aku dengar ada persatuan anak negeri nak buat lawatan pelancongan ke NEW ZEALAND."

"ye ke?..berapa tu kos kalau nak join?"

"900 USD je, pakej dah katanya."

"alah, Malaysia ni pun tak abis round lagi, tetiba nak melancong sampai New Zealand apa jadah."


aku menggaru kepala yg tidak gatal. 900 USD tu banyak mana ye?..dalam rm 3k++ kot...New Zealand tu kan besar, aish, kalau pakej tu termasuk pergi Auckland nak gak aku join. bleh la aku jumpa LUMUT jap. teringin nak tengok LUMUT main bola keranjang. muahaha. sumpah comel la perempuan main bola keranjang. macam Anjali dalam filem Kuch2 Hota Hai. comel kan?..kan??

hah. sampai gak bas ni ha. letih tol aku menunggu. rasa macam dah 7 tahun menunggu bas. ceh, nak jugak angka 7 tu tak boleh blah betul la aku ni. LUMUT mana boleh dengar sebutan 7 tahun nanti dia terus rasa sentap. kang tak pasal2 dia simbah air dalam nugget lagi kang. aish apa aku ni asyik teringatkan LUMUT ja, angau ke apa. aik takkan la angau kat pempuan mana boleh nanti orang kata BISEX plak sapa nak jawab. weh ada la kategori angau tp bukan angau cinta! ini angau blogger ni. macam aku angau kan blogger Puan Chika sem lepas. online je trus google Nurulism.com, kalau tak baca cerita Puan Chika rasa cam hari yg dilalui jadi tak best. skang ni angau kat blogger LUMUT plak. aish, bilalah aku nak angau dekat blog berjantinakan lelaki nih.

bebel2 dalam hati, rupanya aku dah ada depan rumah, err, sejak bila plak mamat sebelah rumah aku ni main GITAR petang2 cam gini. nyanyi lagu Iklim plak tue. ni kalau si LUMUT tengok ada org main gitar camni mesti dia terduduk statik kat sini..tapi aku tak bleh la nak menangok tengok mamat tue petik gitar, nanti dia perasan plak yg aku minat kat dia..wakaka! hari ni betul2 pelik lah..apsal ntah aku asyik ingat kat LUMUT je. baik aku online sekarang gak. ntah2 LUMUT announce something important kat ESOKSEMALAM.

weh, memang betul la tekaan aku, rupanya memang LUMUT announce sesuatu yg penting la dalam blog dia. wah, ada  CONTEZZ! (wajib klik!).. patutlah aku cam angau terlebih kat dia hari ni. rupanya aku ditakdirkan untuk join simple contezz blog LUMUT.

aku memang tak pernah join mana2 contezz blogger. ini adalah yg pertama kali. cayalah LUMUT boleh wat aku mencuba benda baru. muahaha.



...................................................................................


"blog esoksemalam best kerana entry dlm dia macam lain macam seakan berhantu gitu"
"blog esoksemalam tak best kerana adanya anasir jahat yg suka mencarut kat ruangan komen, lempang kang!"





inilah dia blogger yg aku angau kan..cun kan?..


p/s: jom sertai contezz ni..yeah!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..