sedekad itu sudah berlalu.


gambar hiasan.


dalam sakit2 nilah, hati teringatkan benda2 sedih, nostalgia dan segala bagai perasaan sensitif. bukan mahu berada di alam jiwang, sumpah bukan. ini hanyalah sekadar coretan.

setelah sedekad, sy kini. benar2 melepaskannya pergi. sy sudah berhenti berharap. malah sy sudah benar2 redha kini. dan baru sy tahu, apabila kita benar2 redha, kita tidak lagi berada dalam 'kesakitan'.

meletakkan harapan selama sedekad, adalah satu perkara yg sangat sukar, kerana dalam tempoh itu, sy seperti terkekang dalam penjara ciptaan sy sendiri. sy seperti tidak nampak 'peluang-peluang' lain yg hadir dalam hidup sy. sesungguhnya dalam tempoh itu, sy seakan 'buta'.

susah nak percaya, bahawa sy telah harungi sedekad itu dengan penantian penuh harapan, susah nak percaya, bahwa sy begitu tabah hati menanti, sedekad itu, sy seperti tidak penat berada dalam daerah 'penantian'.

sedekad itu, sy menjadi seorang pemuja. sy gembira walau dgn hanya menerima sms dr dia, sy gembira walau hanya dgn mendengar kisah dia, sy gembira kerana sy ada dalam hidup dia walau hanya sebagai kawan, semua tentangnya, buat sy gembira, sy masih gembira walau hati sy sakit. sy begitu tidak kisah jika dia bercerita tentang kisah cintanya, sekurang2nya sy tahu tentang dia, dan itu membuatkan sy gembira.

cukuplah sedekad.

sy tidak akan lg berada dalam 'penjara'. sy kini bebas dan berlapang dada. buang jauh2 segala 'kesakitan' sedekad itu.

sy benar2 redha, sy rasakan kelegaan macam melepaskan satu beban, sy ceria sekarang. sy benar2 gembira sekarang. dan sy tetap akan percaya pd happy ending. pasti akan ada happy ending dalam hidup sy suatu hari nanti.


p/s: anda akan faham entry ini jika anda mengikuti entry2 sy pd bulan oktober.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S