Friday, November 13, 2009

saya budak baru belajar..

important reminder: entry ni bakal buat mata kau letih membacanya, tapi kau tetap kena baca sampai abis!

ok..ni bukan lagi entry pasal beruk, aiseh..nak mention jugak perkataan beruk, macam tak boleh blah saja.. baiklah..selamat pagi semua..dah puas senyum?..sila teruskan senyuman menawan anda tu, dan teruskan baca entry ini..muahaha! tetiba aku bajet diva kat sini..kahkah..tak lawak pun sebenarnya..baiklah..teruskan saja..

aku nak kembali kepada tajuk..tajuk entry macam budak baik, guna perkataan 'saya'..tapi dalam entry guna perkataan 'aku'.. tak apalah..janji selesa..

ermm..ok.apa yg aku baru belajar nih?

"baru belajar berblog.."

untuk pengetahuan, umo blog ni adalah seusia bayi yg matang di dalam kandungan ibu iaitu 9 bulan..maka kau anggap sajalah blog ini seperti baru dilahirkan, blog ini baru saja mahu melihat dunia 'bloggers'..

blog ini adalah blog aku yg pertama..dan aku tak pasti kalau lepas ni aku akan 'melahirkan' blog yg kedua atau tidak..setakat ini, ini lah satu2nya blog yg aku ada..dan blog ini sahajalah yg bertuankan aku..

ok, teruskan saja..

bab design blog, ni dah masuk kali ketiga aku mencorakkan blog, mula2 dulu kaler putih, then kaler biru, now kaler hijau..bukanlah aku minat kaler hijau, tp tak semestinya kaler blog kena sama dgn kaler favret aku, jd biarlah blog aku menghijau begini, suka tak suka, terimalah kaler blog ini seadanya..

kalau you all perasan, b4 ni aku guna disqus komen, tapi disebabkan kejahilan dalam mengedit html untuk meletakkan iklan nuffnang, maka aku telah merosakkan segala2nya..dan disebabkan kejadian kerosakan berlaku time mggu exam, maka aku malas nak baiki kerosakan tersebut, dan terus saja menukar ruangan komen seperti asalnya..dan terus malas mahu susah2 letak code nuffnang..lgpun bape sen sangat lah nuffnang tu boleh bagi..dan aku pun bukan rajin mahu klik iklan nuffnang orang lain..maka.. jgn lagi kau bertanya pasal nuffnang..aku dah fed up! kalau kau rasa nak jenguk blog aku semata2 supaya aku  akan menjenguk blog kau kembali dgn misi klik nuffnang, maka lebih baik kau tak payah susah2 datang sini..sekian untuk tajuk nuffnang..

teruskan..

ok, bab ruangan komen, aku taktau mana satu yg memudahkan readers untuk post komen, jadinya b4 ni aku guna embedded below post.. oleh sebab internet streamix rumah aku ni laju saja, maka tiap kali aku post komen kat blog org, aku takda masalah langsung sama ada orang tu guna, embedded below post, pop up window or full page..tapi semalam, ada seorang blogger ni wat permintaan..suruh aku guna pop up window, katanya lagi mudah dia nak post komen..permintaan dia berbunyi begini..


"p/s : weih...susah ar nak komen kat kau pnye entry...asik hang jer..kau tukar pd pop up window ah...



fed up aku tau nk kna log masuk byk2 kali blog kau sbb nak komen je putus...huahauhauhauah


tukar pd pop up window tau..."


baiklah, thanks kepada blogger jane, aku dah tunaikan permintaan kau. dan aku harap org lain pun tak mengalami sebarang kesusahan pasni bila nak komen kat entry aku..ok..full stop bab komen.

teruskan..

ini plak bab penulisan aku di dalam blog.. aku mmg tak pernah hadiri sebarang kelas tutorial 'menjadi blogger terbaik'. aku juga tak pernah mempunyai 'mentor' dalam berblog.. aku menulis blog ikut sesuka suki aku.. blog aku ni, adalah tulisan mengenai apa2 saja..tentang peribadi, famili, kawan2,malahan tentang orang awam juga.. dan aku selalu menulis dr dalam hati aku.. itu pasal la header blog ni adalah 'deep in my heart'.. maka segala yg tercoret bukan diciplak dr mana2 surat khabar, majalah, atau blog engkau.. semuanya adalah dr dalam hati aku... kalau hati aku kata tak suka, maka aku akan tulis aku tak suka, kalau hati aku kata nak mem'beruk'kan mereka yg layak, maka aku akan tulis juga.. aku mmg takkan guna istilah 'mulia' kepada mereka yg tidak layak dimuliakan.. itu adalah diri aku yg sebenar.. aku tak mahu jadi penulis yg hipokrit, ataupun penulis yg cover cara penulisan supaya readers jd respect pada aku.. im not that type of person.. kalau aku menulis dengan cara berpura2, dan tidak menjadi diri aku yg sebenar, maka aku tidak akan mencapai klimaks dalam berblog..(tiru ayat Ah Fatt ).

so. apa point aku sebenarnya?..

baiklah, kau ni mmg takkan faham selagi aku tak jelaskan..mari sini aku explain, biar lepas ni kau lebih jelas!

membaca blog orang adalah hak milik setiap insan..

tak faham jugak?

ok..kau tidak dipaksa untuk membaca entry satu2 blog..kalau kau suka, kau baca, kalau kau tak suka kau blah.

tak faham lagi?

baiklah, yg ni kau pasti faham..

yg sebenarnya dragon ball ada tujuh biji kesemuanya. eh, bukan, yg sebenarnya kau tak layak untuk tentukan cara penulisan blog yg kau nak baca. kau tak berhak untuk bagi perintah "tulisla guna perkataan berlapik, lagi elok didengar".. atau "jgnla guna perkataan lushah, tak manisla", atau lagi "bleh tak jgn guna gua lu dlm blog"..

selagi penulisan seorang blogger tu tak menyebabkan kematian si pesakit jantung..atau juga tak menyebabkan keguguran si ibu yg hamil, dan juga tak menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan undang2 negara, maka penulisan seseorang blogger itu adalah sah disisi undang2..

baiklah..penat weh tulis panjang2 cam ni...kalau kau tak faham jugak baik kau pi masuk tadika semula..

so, apa yg penting..........bukan kerjasama lah..kau ingat ini cerita wonderpet ke?..apa yg penting, dah baca kau kena fahamkan..ok! kalau dah faham, semua org boleh buat kerja masing2 sekarang..


p/s: pasar malam hari ni aku nak beli jagung rebus..eh, cam takda kaitan ngan entry..eh, suka akulah. ni kan blog aku...muahaha!

13 comments:

jane said...

hauahuahuahua..sbut nama aku kah itu...

maceh cik sarah....!!!wakkaak

eh...amalkan saja konsep ini...

"blog ini aku yg punya...ade aku kesah kau tak puas hati ke haper???"

sekian...

hikhik

nurain said...

hehe..berblog sampai klimaks

i loike!

teruskan memblog!!!
yeay~

Fatt Chin Choy said...

ko baca ker p/s aku yg ke3

ada org tak suka style aku... terperasan dr komen dia tempat lain

kenal sebab pembaca asal blog lama.

kalau x suka blah jer mcm ko ckap sebab ko x blh nak tentukan camana org nak menulis kan

aku pun blah kalau aku x masuk dalam blog tu

dah un-follow org tu... malas nak jadi stalker dengan org yg x suka aku.

haha

ninim said...

hahhaa..baru bleh komen

HonEyBuNNy said...

tu dia..pnjgnya entry ne....hiihihih.yala..kdg2 msalah ckit...behsa la tu..tp ttp jgk dpt koment kn..ihihihi

..::..ein..::.. said...

panjang sguh entry kali ni ye..wahaha..tp sgt suka...kenapa...kerana kamu menjadi diri kamu...blog kt, hak kt..terpulang pd kt nak tulis camne..klo x suka, sng je..tekan 'alt+f4'..kih3...klo asyk nak jaga ati pembaca je, susah la...

*sokong dgn kata2 ah fatt

**arini di kwn rumah ein pun ade pasar..mahu beli jagung rebus juga la...kih3

i'msosupernotcool said...

my blog was just 8 days old..
so what?

and i take no writing lesson..
but who care..


huhu..

sueda said...

jagung rebus sedap maaaa....hrmmm

nursarah87 said...

# jane
aku dah wat entry khas sebut nama kau..happy tak?..kehkeh

# nurain
haha, klimaks tu ayat ciplak dr ah fatt..

# Fatt Chin Choy
mmg aku ada baca p/s ko yg ketiga..dan mmg aku mengalami kejadian yg sama pd hari semalam..

# ninim
b4 ni tak bleh komen erk?..huuu

nursarah87 said...

# HoneyBunny
taknak susahkan readers..hehe

# ein
hehe, meh makan jagung!

# i'msosupernotcool
just be urself

# sueda
mari membaham jagung rebus!

sharamli said...

uish...da jadik cntik da bl0g..
xkisah la pasal k0tak k0men..
tp kal0 b0leh jgn wat w0rd verificti0n....hu3

seimura said...

aku pun budak baru dlm berblogger nih. kwn2 aku yg kt mesir tanya gak 'ko xde blog ke?'. aku jwb 'blog aku poyo2 n gila2.. xsesuai utk bacaan azhari azhariyah (penuntut u al-azhar).' best x alasan aku xnk bg diorg bace blog aku? huahahah...

suri said...

hahah..suri suka cara kamu..sempoi jer tak skema..barulah hduo be haapy yer tak..

pasal nuff tu?huhu...masuk blog jer dah ukup ok..bt apa nak klik2 nyusahkan tagan jer..yang penting ilmu..dan kita suka berblog sudahle..hdup jgn kacau org sudah le..huhu..