Dragon Ball vs Naruto

kalaulah Kg.Konoha tu wujud di alam nyata, dah lama sy tempah tiket Air Asia untuk terbang ke sana..tapi apa kan daya, itu cuma angan-angan sy setiap kali sy menelaah siri manga naruto.. dan bila tonton anime naruto di tv3, sekali lagi sy terus tenggelam di dunia animasi ciptaan Masashi Kishimoto nie..
siri anime Jepun, hanya dua yg paling sy cinta dan setia terhadap keduanya!
Dragon Ball & Naruto
sejak usia 7thn, sy mmg sudah sebati dgn segala komik dan anime. tindakan abah membelikan komik Gila-gila dan Ujang setiap bulan demi memupuk semangat membaca benar2 mendatangkan kesan, bila balik rumah nenek, tak boleh tahan tengok deretan siri Dragon Ball dlm almari kepunyaan pakcik, (beza umo ngn pakcik cuma 3thn)..maka sy makan dan tido dengan Dragon Ball.
bila Dragon Ball disiarkan di TV, tak pernah miss walau satu episod, punyalah lama citer Dragon Ball ditayang kat TV. sampai dah duduk asrama masih gila Dragon Ball, tapi kat asrama tak ramai budak pempuan yg gila ngan cerita nih, adalah beberapa org je yg se'spesis'..hehehehe..watak dalam Dragon Ball yg paling diminati adalah watak GoHan. comel giler berkawan ngan anak En.Satan, Videl.
"yang sebenarnya, dragon ball, ada tujuh biji kesemuanya"
nostalgia betul iklan Dragon Ball ni..isk.isk.
sejak lepas SPM, berbulan-bulan jadi penganggur kehormat di rumah, selain layan cerita korea, ntah cam mana boleh jatuh minat dengan manga Naruto..tak silap sejak thn 2006, baru start tonton Naruto di tv3. masa tue dah terlepas episod2 awal Naruto di Akademi Ninja.
siri Naruto di tv mmg banyak ketinggalan disebabkan ianya disiarkan pada waktu maghrib..
dulu jam 7.00pm, skang jam 7.30pm. kalau kat umah dapat tengok beberapa minit je..bila Abah balik dr masjid terus matikan tv! nak kena beduk dgn abah tengok tv time maghrib??!!
"sebelum bergelar Hokage, sy..Uzumaki Naruto tidak akan mati"
Naruto sangat macho bila melafazkan ayat tersebut, (scene sebelum Naruto melepaskan Rasengan pertama beliau kepada Kabuto)..mmg touching habis bila Tsunade akhirnya memakaikan kalung pusakanya di leher Naruto..uhuk!
"sy hanya punya satu ambisi, sy nak bunuh lelaki itu dgn tangan sy sendiri"
kata-kata Uchiha Sasuke yang penuh dendam, dan dendamnya itu sedang memusnahkan dia perlahan-lahan. pd sy, watak Sasuke adalah watak yg paling kasihan, dr awal hgga akhir cerita mmg watak dia amat kasihan, kehilangan parents dan seluruh keturunan, memusuhi dan membunuh satu2nya abg kandung..dipergunakan oleh Uchiha Madara..isk!
dan tambah sedih bila kedudukan Sasuke sekarang dalam keadaan bahaya. Sasuke sedang diburu dan akan dibunuh?..tidak..! plez!..sy taknak Sasuke mati dalam anime ini. rayuan sy macam rayuan Naruto supaya majlis tertinggi kampung2 memaafkan Sasuke..isk! percayalah bahawa Sasuke bukan pembelot, tapi dia adalah mangsa keadaan..uhuk!
alamak, dah terpanjang plak entry ni, sapa yg tak ikuti anime nie mmg akan blur dan memaki bila baca..sy mintak maaf ea..tersyok sendiri gara2 menonton Naruto jam 7.30mlm tadi..hehe..
baiklah, berhenti menaip sekarang, sy perlu bergegas makan mee Ramen bersama naruto..(tak abis mengarut lagi..)..ok.ok.sy nak stop la nie..!
p/s: tahukah anda bahawa Jambatan Naruto benar2 wujud di Jepun..?

Comments

nmEsfie said…
hehehe... aku agak paham, aku agak paham... aku agak hntu dragonball jgk, tp komik jela, x thn tggu tv.. hehe..

ko sehati sejiwa ngn abg aku minat naruto... haha
sharamli said…
hu3..xtw ap2 psl ni..
Anonymous said…
yeyeye aku suke 2-2 citer nie..

aku sgt2 setuju dgn ulasan ttg sasuke tue ..klu aku boleh masuk dunia anime naruto tue aku ..aku ajak ko sekali pi bunuh uchiha madara tue ..

erkk agak2 ko nk ikut ke?

ps:-isk2 berangan aje..
apan lee said…
haha.aku pun minat naruto.tapi aku lebih suka gara. ;P
Anonymous said…
aku dulu follow
sekarang tak dah

anime dia tak best
slow nak mampus
Mr. Cuz said…
mmg dh bnyak sgt tgok anime awk ni...
tp anime pn ok pe..(aku pn minat gak 2 citer ni..haha)
iamredranger said…
dragon ball n naruto.
dh lame xtgok cite ni.
due2 pon syok gle lyn..huhu.
Anonymous said…
sallam,
wah wah mmg minat gila ni~
oraik gak tu ..kira hiburan yg tak memenatkan minda... baca... tgk.... dah... tak yah nak penat2 nak pikio....
Unknown said…
kalo kg konoha tue wujud adakah ko akan jadi hokagenye???hahahhaha
ezanykun said…
dua2 pun sy tgk.. tp dbz tu dulu la.. naruto sampai skang masih layan manga dan anime..

nak mkn ramen sila pergi kat one utama.. hehe.. sy dah g mkn hr tu..

sy juga akan jd hokage suatu hr nnt.. hahaha..
kamu nie umo brpe sekrg??
agak2 knpe nme saya momosukie??
Ibu Ammar said…
*Mazeed*
bukan aku je minat naruto, naruto pun minat aku gak..huahuahua

*sharamli*
xpe klu taktau, thanks sudi gak baca..heh

*Uruchimaru @ kf*
pi bunuh Uchiha Madara?..aku mana ada skill ninja nak bunuh dia...kang tak pasal2 jadi tawanan sapa nak selamatkan aku?...huhu

*arque*
jangankan gaara, kankurou pun aku minat, senang kata aku minat semualah!

*Fatt Chin Choy*
ko ni mmg tak reti menilai keindahan sebuah manga..punya byk action dalam citer naruto ni ko kata slow?..

*Mr.Cuz*
mmg banyak sangat tp setiap scene aku boleh hafal..huahua

*Adjla Hafizin*
mmg syok giler rasa macam nak wujudkan kg.konoha dlm dunia..boleh ke gitu?

*Abcdeftyyhahh*
mmg gila punya minat,smpi terbabas-babas ke kg.konoha..

*dotblogspotdotkom*
sejenis hiburan yg melapangkan minda..idup Naruto!

*~o~*
manalah aku layak jadi hokage, jadi genin kawan ngan Konohamaru boleh la kot..huhu

*ezany*
ramen di one utama?...bg nama spesifik nnti aku singgah makan bawak naruto sekali..

*M[o]M[o]S[u]K[i]E*
br 21 thn 11 bulan, muda lagi la..
tak dapat jawab la soalan tue..huhuhu
FR said…
ana pon gila dragon ball jugakk !!
mnt gilak pnyer !
:):)
Ibu Ammar said…
*fathiahRAIHANA*
huhu, apa kita kita mintak tv3 tayangkan lagi dragon ball?..
wan2911 said…
wah2...naruto fan jugak ye...
jom g konoha, kite sekeh donzou ngan madara ramai2,
sasuke pon nk kene lukuk jugak, ati batu...huahua
Anonymous said…
dihatisara.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading dihatisara.blogspot.com every day.
payday loans bc payday

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S