Posts

Showing posts from December, 2009

selamat tinggal 2009.

Image
ini adalah entry terakhir di tahun 2009..tapi aku tidak berminat untuk buat entry yang panjang. kerana tidak ada apa2 yang nak diceritakan. kesimpulan tentang life aku sepanjang 2009, memang ada pahit dan manisnya, malas nak cerita,  biar aku saja yang tahu. sebagai penutup entry, silalah tatap foto aku di bawah. . . . . . . . . . nampak tak muka aku?. entry tamat, see u next year.=p

sebesar manakah?

sudah bergaji tetap beribu-ribu sebulan, masih lagi tamak memilih untuk 'makan suapan'. sudah mempunyai isteri/suami yang baik hati dan setia, masih mahu pasang 'kekasih gelap'. sudah dikurniakan rupa paras yang elok tiada cacat cela, masih lagi mahu 'cucuk2 sana sini'. sudah begitu kaya, harta dan wang ringgit berjuta-juta, masih juga 'kedekut' untuk menderma. seorang manusia itu, sekalipun dianugerahkan untuknya dapat memiliki separuh daripada dunia ini, dia masih akan bertanya, 'bagaimana pula dengan yang separuh lagi'? betapa besarnya nafsu manusia . masih juga tidak merasa cukup dengan apa yang ada. semakin banyak yg dimiliki, semakin nafsunya bertambah besar.

CONTESTO de LOUR

Image
mintak maaf, tuan blog post entry ni semata2 kerana satu contest yg simple, jom masuk ramai2..ini adalah contez dari seorang blogger yang bermurah hati nak belanja topup sebagai hadiah kemenangan. oleh sebab aku mmg ngah sengkek untuk topup kredit maka aku pun teruja untuk join.haha. syarat contest sangat mudah, pertamanya, hanya perlu copy gambar di atas dan paste dalam sebuah entry khas anda join this contest. keduanya, upload sebarang gambar yang dirasakan menarik dan pertaruhkan gambar tersebut untuk pertandingan ni. gambar dari apa jua sumber. syarat ketiga, letakkan caption yang menarik dan bersesuian dengan gambar mengikut kreativiti masing2. gambar yang aku pertaruhkan adalah.. . . . . . . ini gambar from internet.wink! syarat keempat, sila link kan entry ke http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/giveaway.html . Iaitu yang berhormat tuan penganjur Contest. dan akhir sekali, publish entry dengan meletakkan tajuk CONTESTO de LOUR. ok, senang...

dah sejuk hati gara-gara...

Image
dalam panas2 hati petang tadi, teringat plak nak transfer gambar dari digital cam..gambar tak banyak pun. tapi ade la sket2..buat penyejuk hati..haha. bukan gambar makanan ok..(err, rindu giler nak publish gambar makanan macam masa bulan2 ramadhan dulu..hikhik).. penyejuk hati ialah si kucen comel. kucen ku di rumah abah yg namanya Oren. nama dia siapa yg bagi kalau bukan aku. haha, padahal masa baby nak bagi nama Miko. sebab lahirnya kembar tiga, kononnya nak bagi nama Miko, Niko n Chiko. tapi salah satu mati. dan yang satu lagi pulak lari dari rumah, maka tinggallah kucen ini besendirian tanpa adik beradik. tapi takpa dia masih ada emak dia si Hinata. pandai dia posing..seperti teruja tengok org yg snap gambar.. maybe comel sangat si tukang snap..=p ok, tengok apa ntah dia, tak pandang kamera dah. penat aku ngurat2 panggil ngan cara manja.. tak layan.huh tengok, dia malas dah nak layan si tukang snap gambar. hah, ni lagi..dia terus paling tak mau kaw...

bila last time kau dapat penumbuk?!

masih dalam minggu add n drop. sakit jiwa dan sakit otak fikirkan waktu subjek yang clash n tak da gap. minta dirombak, orang lain tak setuju.. waktu subjek yg dah sedia ok untuk jadual aku, mahu dirombak oleh pelajar lain pula..malah mahu ditukar tarikh peperiksaan.. nak tak nak aku consider bersetuju juga. semua tak seperti yg aku mahukan, semua tidak menyebelahi aku. boleh tak..aku nak bagi penumbuk biar berterabur gigi mereka semua yg menyusahkan aku?! mangkuk jamban betul! ...................................................................................................... aku memang....macam nak menyumpah!

pengalaman pertama..

Image
menaiki kenderaan-> pengangkutan awam. pertama kali naik bas henti-henti adalah di usia 13 tahun. masa tu aku duk asrama. nak keluar ngan kawan2 pi pekan berhampiran. on the way tidaklah jauh, tapi kalau jalan kaki dalam 20 minit la jugak..tambang nya masa tu sangat murah cuma 50 sen.  and now bas henti-henti tanpa air cond tu still lagi ada tak jugak tukar2..cuma tambangnya mungkin dah naik kot. rasanya 1.20sen. pertama kali naik bas exprez adalah di usia 17 tahun (berseorangan). dari shahab perdana alor setar ke segamat. itupun hampir ketinggalan bas, sampai kena marah dengan pakcik driver. bukan sebab aku yang terlambat, tapi sebab akak kaunter tu salah bagi no platform bas. nasib baik aku ni rajin merayau-rayau tengok platform lain, kalau tak sia-sia je burn tiket bas rm52.00. perjalanan waktu malam, memakan masa selama 8 jam. naik bas malam lampu tutup, so tido memang nyenyak. pertama kali naik train adalah di usia 18 tahun, dari wakaf baru kelantan ke labis joh...

conteng-conteng cakar ayam.

p/s: ini mmg blog aku, sedikit sudah bertukar wajah, kenapa?..tak percaya? kenaikan harga rokok, adakah berkesan untuk mengurangkan jumlah perokok tegar? . ok, just now dgr berita nih. harga rokok naik sebanyak rm1.40 sen..si pemberita kata ia adalah usaha kerajaan supaya ramai perokok tidak lagi ghairah membeli rokok. seyes kelakar.! padahal agenda sebenar adalah sambil menyelam minum air. senangkata, sambil kurangkan perokok, sambil juga dapat untung. kalau nak kasi naik harga supaya perokok tidak lagi membeli, naik la banyak2 terus. rm1 sebatang ke. barulah berkesan. sengal ! kajian terhadap kemalangan Bas Ekspres. bukan hanya salah pemandu. memang betul, pemandu bas juga manusia, manusia ni secara normalnya tidur di waktu malam. walaupun dah tido siang berjam-jam, tetap juga akan mengantuk. so ada baiknya juga mansuhkan saja trip lepas jam 12 tengah malam. selain itu, tentang struktur besi pembahagi jalan. kemalangan Sani Expres ni lain dari yg lain, bas tidak ter...

apa aku nak taip nih?

serius, aku tak malu nak mengaku yg aku bangun jam 10 pagi sejak 3 hari weekend ni. bangun je tido aku terus pi mandi. jam 10.30 aku on laptop..blogging sambil minum segelas air suam. sejak balik kl nih, bangun tido je badan sakit2..masih mengalami kejutan sebab tido atas toto.. maklum la kat umah abah tido atas tilam empuk queen size...zaman belajar memang begini. bersusah-susahan. serius, 3 hari bercuti umum ni aku tak ke mana-mana pun. hanya terperuk dalam rumah. dah macam seorang suri rumah tangga. cuma tak ada suami je.haha. aku main masak-masak, main sabun basuh2 baju, then bila dah settle tugas suri rumah aku on TV, sumer drama aku tengok. pastu aku mulalah emosi dengan watak2 dlm drama tv nih.. serius, walaupun esok aku dah start kuliah.tapi aku belum juga rasa bersemangat nak masuk semester baru. dan oleh sebab bila hadir ke kuliah boleh jumpa ramai kengkawan, maka mood seronok terus datang. tapi....dah2, aku tak boleh bertapi-tapian..esok tetap kena masuk ku...

mood-------> &^*%@#%*!^$%&#*@!^?/&

bila hati rasa sakit ,  aku berdiam diri. cari port tiada orang, sunyi sepi. aku ketap gigi. genggam penumbuk. aku tahankan mata aku supaya tidak berkelip. hingga mata aku sakit dan berair. akhirnya, kelopak mata terpejam dan pipi aku terasa hangat. ya. aku menangis. lepas menangis, aku tidak juga berasa lega. maka aku ambik bantal dan lelapkan mata. bestnya tido. mimpi jumpa Naruto di Kampung Daun. dan bersahabat baik dengannya. kalau boleh, aku nak terus tido. supaya boleh berada di sisi Naruto selama2nya. kerana Naruto sanggup pertaruhkan nyawa demi temannya. tapi realitinya, aku bukan seorang yang akan membebankan teman. apepun, terima kasih. aku sayang kamu semua. p/s: aku okey je. ngah senyum nih..=)

apa yang kau rasa bila.....

KAU MENIPU... -> rasa sesak dada? -> sedih -> macam diri tidak berguna ATAU KAU RASA -> happy -> puas hati -> nak menipu lagi dan lagi kau bagi alasan..kau menipu demi jaga hati orang .. tapi ternyata  kau salah ..kau sebenarnya menipu, demi menjaga air muka kau.. orang yang ditipu, akan lebih rela jika kau  berkata benar meskipun mengabaikan hatinya. ia jauh lebih baik daripada kau menyakitinya dengan penipuan. p/s: aku ingin lari ke tempat yang jauh.

wanita dan kemeja lelaki.

Image
p/s: ari ni jumaat ada pasar malam.yea! nak beli nasi kerabu..yes! rindu giler nak makan nasi kerabu.=p sempoi, dan punya gaya. dulu time skola menengah, aku suka tengok senior2 pempuan dress up tshirt lengan pendek ( bhgn dlm) n sarung pula kemeja lelaki ( di luar). jenis yg kotak2 byk kaler.  biasanya pakai pergi dewan makan, or pi prep.. lagi besar kemeja lagi sempoi. walaupun sempoi tetap nampak cantik dan cool. kenapa kemeja lelaki? sebab dulu2 time skola menengah, kemeja perempuan yang ada semua fit (ikut body). dan tak nampak sempoi malah nampak kasual. macam nak masuk ofis. budak skolah pakai macam tak sesuai kot. tapi now dah banyak kemeja perempuan yang agak longgar dan selesa. aku memang sedang mencari-cari kemeja perempuan yang sesuai supaya nampak matured n tak ladies sangat.  mungkin macam kemeja di bawah.. jenis yang labuh dan bercorak abstrak. tapi lengan singkat pulak. tapi takpe, boleh tutup dengan stonga...

ciri-ciri blog yang aku suka..

ceh, sila teruja wahai para blogger sekalian.. ini adalah senarai kepada ciri blog yang aku suka (yg mesra pengguna), tapi yang tiada ciri-ciri berikut, bukanlah bermakna aku tak suka dengan blog tersebut. cuma bererti ia mungkin akan menjatuhkan keseronokan aku untuk terus membacanya..haa, macam tulah. 1) font yg menyelesakan.  font size yang sederhana (tak kecik sangat tak besar sangat) dan seragam, bukan kejap kecik kejap besar. (sampai ada 3, 4 saiz font yg diguna pakai). mungkin blogger tersebut begitu rajin sekali membesar-mengkecikkan font. sampai dia lupa kerajinannya itu sama sekali tidak menseronokkan pembaca. dan lagi dalam bab ni, font yang tak kalerful. melainkan kalau ada dialog nak bagi beza kata-kata siapa memang ok la nak kalerkan. 2) blog yang ringan  rasanya dah banyak blogger lain yang mention cam mana nak timbang blog. blog yg ringan adalah yg bawah 200kb..sapa yg overdose mmg la berat blog dia..pen...

reaksi terbaik apabila tersalah orang..

entah kenapa tetiba aku teringatkan peristiwa ini, peristiwa yang berlaku pada hari terakhir aku exam semester lepas, sedang aku duduk di koridor sambil baca2 nota, tetiba ada sorang mamat ni dengan konfidennya menegur aku sambil melempar senyum.. " hai Zati.." aku nampak mamat tu pandang aku, tapi oleh sebab nama aku bukan Zati, aku pun wat bodoh je. senyum tidak, ape pun tidak. agaknya disebabkan mamat tu perasan bahawa dia dah tersalah orang, dia terus jalan tak pandang aku lagi..then kawan yang duduk kat sebelah aku masa tu terus tanya.. " mamat tu tadi panggil nama Zati tapi pandang ko, dia salah orang ek?" "haha, agaknyalah tu. biarlah dia. mesti dia tengah malu tuh.kahkah". sebenarnya memang itulah reaksi aku bila ada orang tersalah ingat aku kawan dia padahal bukan. sebenarnya aku tak sampai hati nak tengok orang tu mengalami kejatuhan air muka, so bila dia dah blah barulah aku akan gelakkan..hahahaha pelik juga kerana sebenarnya ke...

aku tak boikot, so what?!

semalam, tetiba ada seorang kenalan ym BUZZ aku. aku macam terkujat jugak sebab sebelum ni tak pernah empunya ID tersebut berym dengan aku melainkan aku yang tegur dia terlebih dahulu. lagipun empunya ID tersebut merupakan blogger tegar yang sangat fames dan berstatus OtaI, malah punya follower beribu. aku layankan saja chat dengan dia. "hi!" "=)" "ada pic tak wak?" "biar betul en.B nak tengok pic saya? macam tak caya je" "kenapa plak?" " kan ke en.B ni blogger fames, tak sesuai kot" "eh, haha.yeker? sebenarnya saya orang lain, empunya PC ni kuar jap. saya tumpang guna saje2." "owh..mmg tau dah mesti kamu bukan en.B" "eh, mana tau?" "saya ada kuasa psikik. err, kalau nak tengok pic, ni url bog, http://dihatisara.blogspot.com , banyak kot gambar" "ok, tak banyak pun gambar?" "try cari kat entry NOV". "banyaknya entry, b...

selamat sampai rumah dan sambungan lagi....

selepas seharian berada di rumah kawan di putrajaya. akhirnya aku decide untuk pulang ke rumah sewa pada hari ini juga..disebabkan tak biasa menaiki kenderaan awam di sana, maka terpaksa menunggu kawan ku abis kerja barulah bergerak dengan bas awam ke Putrajaya Central. tambang bas sekitar putrajaya hanya 50 sen sahaja. menaiki ERL Transit dari Putrajaya Central ke K.L Central dengan tambang RM 9.50, disebabkan lapar, singgah McD K.L central melahap prosperity beef burger.. kemudiannya barulah menaiki LRT Putra ke stesen U dan berjalan ke rumah.. CONTEZ? YA atau TIDAK. dah kata sebelum ni, ada hadiah untuk pembaca setia, maka teruskan saja membaca.. ada contest atau tidak, masih 'misteri'.. selepas baca, komen adalah dialu2kan, mungkin komen kalian juga dikira sebagai markah.. jengjengjeng...oklah, readers ku tercinta, dengan sukacitanya mempersembahkan siri sambungan...enjoy reading.. .................................................................................

di putrajaya, dan sambungan cerpen..

p/s: belum ada idea/ belum rajin nak jawab TAG..mungkin esok lusa baru ada kerajinan...hehehehe bertolak ke k.l malam tadi, bukan naik pengangkutan awam, tetapi ditumpangkan oleh bos kawanku..jadi, my tambang is free, kepada En.Mok, thanks ya kerana menjadi pemandu berhemah malam tadi...(buat aku bleh tido nyenyak di belakang)..tapi tidaklah sampai ke k.l juga kerana sudah lewat malam (12.30 am), maka terus saja ke putrajaya,aku menumpang di kediaman kawan. ada sesiapa blogger yg tinggal di putrajaya? aku bagi peluang supaya belanja aku makan untuk hari ini..kalau taknak belanja, tak payah jumpa.=p kenapa cerpen tersebut dikatakan sebagai hadiah? kerana siapa yang membacanya dengan teliti, mungkin akan mendapat hadiah di hari kemudian. aku tak nak jelaskan lanjut, sila pandai-pandai memahami maksud yang tersirat.. sambungan cerpen.... ............................................................................................................... Aku ke sekolah setiap h...

aku ketinggalan..dan (hadiah kepada pembaca setia).

p/s: tentang entry lepas (gambar yg di delete), siapa yg dapat view memang sangat bertuah. dan siapa yg tak dapat, mungkin next time akan diberi peluang sekali lagi, tapi seperti yg disyaratkan, ia hanya akan dipublish secara sementara sahaja.=p 3 hari tak online sudah ketinggalan berbakul-bakul cerita dari blog rakan-rakan. sangat tak sempat nak cover baca kesemua update entry you all, sorry ya..biasalah hidup menumpang streamix jiran sebelah memang begini.. tapi now aku bukan lagi berada di rumah, tetapi menyinggah rumah kawan sebelum kami sama2 pulang ke k.l petang nanti. so aku meminjam Maxis Berukband milik kawan. tapi line 3G disini sangat mangkuk hayun, dan aku gagal mem'view' blog kalian apatah lagi yang berat2 bila loading asyik gagal saja. jadi aku hanya mampu melihat tajuk entry yang terpapar di blog list sahaja, kebanyakannya tentang gathering di genting.. lagi satu, aku sebenarnya memang ketinggalan bab TAG. kalau you all perasan dekat blog aku ni tak pernah ...

gambar di entry ini akan di delete, sapa cepat dia dapat...

ok, siapa yg lambat view, aku dah delete gambar tersebut, haha! tapi keji juga ya Boneka bertindak mengcopy nya cis! sudah aku duga akan ada yg bertindak demikian.huh! Boneka, aku tak halalkan ko sebarkan gambar tersebut. jika tidak, see u in court! (ini seyes). ok, semalam aku siap membagitau yg aku nak mimpikan dia, rupanya betul2 aku mimpikan dia, mimpi aku tengok dia dari jauh..dan dia tak nampak pun aku..(jenis mimpi yg macam takde jodoh je, =p ) tapi nape aku cam bangun pagi dengan mood yg baik hari ini?..hanya kerana bermimpi mood juga boleh jadi baik sebegini..(kalau jumpa betul2 mesti mood lagi baik..=p)

sedar tak sedar...

p/s: walaupun masalah datang melanda, ku yakin pada Allah. pasti akan ada jalan keluar untuk aku hadapi semua ini. dalam keadaan mood yg tidak gembira, tidak gembira kerana gagal menggembirakan orang lain. di usia 22 tahun, apa yg boleh dibanggakan dengan diri sendiri? azam tahun baru kali ini, aku mahu lebih gagah berdiri di atas kaki sendiri. ya Allah, naungi hambaMu ini agar aku terus kuat menghadapi ujianMu. rupanya hari ini adalah hari terakhir untuk tahun ini, esok kita semua akan sambut Awal Muharram di tahun baru kalendar hijriah. pada petang ini, walaupun mungkin ada di kalangan kita sedang menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Laos ke 25, pasukan Malaysia vs Vietnam, jangan kita lupa untuk membaca doa akhir tahun hijriah sebelum terbenamnya matahari (b4 azan maghrib). sepanjang setahun ini, mungkin begitu banyak dosa dan kealpaan yang kita lakukan. jika kita baca doa akhir tahun, maka syaitan akan berkata "sia-sialah usaha aku menggoda manusia s...

hukuman kepada kesilapan.

p/s:- begitu byk feedback dari entry lepas, terima kasih aku ucapkan kepada maklum balas anda semua. anda boleh anggap entry ini sebagai kesinambungan. semuga kita semua (aku dan kamu) lebih mengerti dan bukan setakat apply dalam dunia blogging, tetapi in real life juga. Sedangkan lidah lagi tergigit. Peribahasa yg simple tapi penuh makna, bukan ke si lidah dan si gigi sudah begitu lama hidup berjiran dibawah satu bumbung (rongga mulut), dan keduanya saling memerlukan untuk bekerjasama menjalankan tugas ‘makan dan bercakap’. Namun, biar betapa akrabnya si gigi dan si lidah, kadangkala si lidah tergigit juga. Biarpun tergigit sehingga luka, ia akan sembuh kembali. Dan rutin kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Mesti kau akan kata, “ Aku ni manusia, ada hati dan perasaan. Mana sama dengan si gigi dan si lidah. “ Buang yang keruh ambil yang jernih. Selama mana kau nak rasa ‘sentap’? selama mana kau nak simpan ‘amarah’? selama mana kau nak berdendam kesumat? tak ...

bila kita memilih untuk berkata2 dari berdiam.

salam sejahtera kepada semua, sama ada anda sedang berbahagia atau derita, anda telah pun klik ke sini, maka sila baca juga entry ini. sebenarnya malas nak wat entry pasal nih, tapi sebagai salah seorang dari ahli komuniti bloggers, maka rasa terpanggil untuk berkata-kata juga. tumpang tanya, ada ke bloggers yg create blog sebab terpaksa? mesti takda kan. mestilah buat blog dengan kerelaan diri sendiri. bila kita ada blog , dan kita set blog itu public, maka kita sebenarnya dah masuk ke dalam komuniti bloggers. senang kata, jangan fikir macam kau sorang ja ada blog. ok, bila seorang blogger publish satu2 entry, memang dia tak suruh orang baca, tapi orang tetap baca juga. kenapa? sebab kau tulis blog, bukan tulis email. so, apa juga isi kandungan entry kau, kau harus bayangkan bahawa, "aku sedang berkata2". walaupun sebenarnya kau hanya menulis. apabila readers ambil peduli dengan apa yang kau tulis, maksudnya entry kau 'terkesan' di hati mereka. sama ...

entry kawin tamat.

Image
sudah-sudahla cerita pasal kawin untuk tahun ni, tahun depan baru buka lagi topik kawin (walhal lg 15 hari je nak melangkah ke tahun depan). takpe, memang topik kawin ni takkan habis, tiap2 hari pasti ada kisah perkahwinan, walaupun bukan kisah aku. baiklah, nak cakap sket pasal komen2 you all di entry2 aku, semua komen anda amat aku hargai, malah rasa mahu cium ja semua pengkomen2 di entry ku.(I bohong je jgn perasan). setiap komen yang memberi info juga amatlah dialu2kan, terima kasih daun keladi, jangan segan2 datang komen lagi. ok, cumanya ada sikit perkara yg aku nak terangkan..aku tau ada di kalangan readers yg mungkin 'masih baru' di sini dan mungkin tak baca tentang life aku yg sebelum ni. maka mereka macam ada salah faham juga dengan isi entry ku, bila aku cakap pasal gelang tangan putih purple ada yg ingat ia ada kaitan ngan blogger putih purple, padahal itu adalah gelang pemberian seseorang, (aku siap wat entry pasal ni). sebenarnya memang kengkadang entry ...

cuma RM22.50, maskawin termurah di......

Image
salam, selamat pagi semua, muga sihat2 sejahtera di hari isnin, jagalah keselamatan diri walau dimana anda berada. akhir2 ini banyak sangat tragedi yg tragis berlaku, pasal KB mall, pasal pengantin accident, pasal mati lemas, pasal rumah terbakar dirempuh lori tangki, memang malang tak berbau, kalau malang tu bleh dihidu pasti kita dapat mengelakkannya. berbalik pada tajuk entry, rupanya belum abis lagi entry tentang kawin, harap2 readers belum jemu dengan cerita kawin-kawin ni. siapa yg tinggal di johor, pasti sedia tahu berkenaan maskahwin yg negeri johor tetapkan. siapa yg dari negeri lain mungkin taktau, ok, take note ya, maskahwin di negeri johor hanya rm22.50 sahaja. entahla kenapa murah sangat, malah mungkin yang termurah di dunia. tapi di johor, maskahwin dan wang hantaran adalah berasingan sama sekali. walaupun maskahwin dah tetap, tapi wang hantaran terpulang kepada keluarga pihak perempuan, mungkin RM 10,000, dan mungkin lagi murah, or lagi mahal....

apakah penyelesaian 'peningkatan jumlah bujang terlajak'?

Image
pagi tadi time sarapan abah tetiba buka topik ni, aku hanya jadi tukang dengar, dan apa yg abah cakap, aku mahu share dengan readers. sama ada mahu bersetuju or bangkang. boleh bg pendapat di ruangan komen. umo abah tahun ni dah 54 tahun. lagi 4 tahun abah akan pencen. abah dan hampir tiga dekad bekerja dengan Felda, as government officer, memang tak nafi bahawa pengalaman abah bersama 'orang ramai' cukup banyak. abah dah kenal banyak orang. memang kebanyakannya peneroka Felda, dan ada juga orang atasan, pengarah itu pengarah ini. abah beri pendapat bahwa untuk atasi masalah peningkatan bujang terlajak ni, ada dua perkara penting. yang pertama, kena usaha. ada dua aspek usaha, pertamanya usaha dengan doa, doa itu senjata mukmin. Allah Maha Mendengar doa hamba2Nya. doa setiap jam pun takpe, bila dah berdoa kena yakin dengan doa kita. bila yakin dengan Allah, maka jalan akan dipermudahkan InsyaAllah.  keduanya berusaha dengan mencari, anak kena usaha cari calo...

setelah kemas kini. apa lg yg tak kena sila komen.

di malam ahad, aku hanya blog walking sket2 ja. cam malas ntah la nape..siapa yg tak tervisit tu, akan ku visit esok lusa okay..malam ni, aku hanya mengemas blog. blog pun kena kemas, kasi hilang segala sawang dan kotoran degil. kasi polish sampai readers silau..haha..ok.serius sekarang. aku bukan blogger baru, dan bukan blogger lama juga. haa, pandaila nilai sendiri.. aku baru saja mengemas blog selepas membaca entry kat blog MELZ.sori malas mahu link..tapi entry tu memberi teguran kepada bloggers mengenai blog masing2 lah. siapa nak ikut dipersilakan. Melz tgur pasal gajet jam, tak payah ada. so aku delete. dia tegur gak pasal lagu dalam blog, patutnya tak payah,  tapi aku tetap nak ada lagu..sebab lagu blog adalah lagu jiwa yg mahu dikongsi bersama readers, kalau readers taknak dengar, boleh la tekan pause dekat gajet lagu di blog ku ini. tak susah. klik sekali je. macam kau org klik iklan nuffnang tu, haa, macam tulah. ada gak readers komen chatbox aku kenapa di ba...

entry ni tak best..tapi ada gambar pengantin,

Image
selamat hari Sabtu yang bertarikh 12/12/09. apa yg anda lakukan di hujung minggu begini? gathering blogger? dating ngan bf/gf?? pi kenduri kawin? hari ni. bangun pagi-pagi. (6.20 a.m) gosok gigi (macam tak payah bagitau). cuci muka, ambik wudhuk, solat subuh.( macam tak yah mention juga). eh, tak mandi pagi ke? . .mmg tak mandi pagi, I mandi tengah hari.haha . . pukul 6.45 pagi dah masuk dapur. sediakan sarapan bertajuk mee goreng kicap.( tiada lagi mee goreng anggur ). bukan memasak sendirian, tetapi memasak sambil dipantau oleh emak. skit-skit tanya emak. (mak, garam cam ni dah cukup kan?) ok, sebab macam dah pakar juga, maka emak always angguk saja. yes! maka aku sebenarnya macam dah pandai memasak juga. (bukan masuk bakul angkat sendiri, tp ada org angkatkan bakul tu, hahaha). so aku dah berlayak untuk kawin. (ceh tak abis lagi bab nak kawin.muahaha). . . . . jom tengok gambar pengantin comel.bukan pengantin baru tetapi pengantin lama.semalam dah ada ...

rasa nak kawin.

Image
p/s: perasan tak blog ni dah lama sepi tanpa gambar?. huhu, maka aku pun cari gambar yg seswai dan muncul la idea nak wat entry ni, haa. macam tulah. 3 perkara tentang  aku sebagai pengguna Maxis prepaid:- 1. aku last topup credit hp pada 23/11/09 dgn nilai RM10. 2. aku tak wat call sejak seminggu yg lalu. 3. credit hp skang tinggal 8 sen. 5 perkara tentang diz semester break:- 1. 'mood' happy sebab dapat blogging di rumah dgn adanya streamix sesat. trimas kpd owner, I mintak halal yea. 2. 1/6 dari masa seharian dihabiskan untuk berblog/blog jumping. 3. dah 10 hari skip makan malam. sampai adik aku gelar 'si pen'diet'. whatever. 4. tugas sebagai pekebun tak bertauliah berjalan cam biasa, tapi hari ni tetiba abah bagi cuti.haha 5. tiap2 petang weekdays tengok cerita dongeng indon. malam tak tengok tv sebab suka tido awal. tetiba ada readers sound penulis... . . . . . " orang datang sini nak baca entry yg ada kaitan dengan tajuk lah!...