salam, selamat pagi semua, muga sihat2 sejahtera di hari isnin, jagalah keselamatan diri walau dimana anda berada. akhir2 ini banyak sangat tragedi yg tragis berlaku, pasal KB mall, pasal pengantin accident, pasal mati lemas, pasal rumah terbakar dirempuh lori tangki, memang malang tak berbau, kalau malang tu bleh dihidu pasti kita dapat mengelakkannya. berbalik pada tajuk entry, rupanya belum abis lagi entry tentang kawin, harap2 readers belum jemu dengan cerita kawin-kawin ni. siapa yg tinggal di johor, pasti sedia tahu berkenaan maskahwin yg negeri johor tetapkan. siapa yg dari negeri lain mungkin taktau, ok, take note ya, maskahwin di negeri johor hanya rm22.50 sahaja. entahla kenapa murah sangat, malah mungkin yang termurah di dunia. tapi di johor, maskahwin dan wang hantaran adalah berasingan sama sekali. walaupun maskahwin dah tetap, tapi wang hantaran terpulang kepada keluarga pihak perempuan, mungkin RM 10,000, dan mungkin lagi murah, or lagi mahal....