Posts

Showing posts from November, 2009

al-Fatihah buat Allahyarham datuk tercinta..

baru maghrib tadi aku menerima panggilan telefon dari emak.. memang emak tak pernah call time maghrib.. rupanya mak nak sampaikan berita yg atuk abah dah meninggal dunia.. rasanya raya aidilfitri baru2 ni atuk nampak sihat2 ja.. malah aku dan abah sempat urut kaki atuk, dan sapukan minyak angin pada perut dia.. rupanya itu adalah kali terakhir kenangan antara aku dan atuk.. dan kini atuk telah pergi selama-lamanya menerima jemputan Ilahi.. sebelum bulan puasa tahun lepas atuk jatuh sakit lepas atuk cuba buat kerja berat.. masa tue kondisi atuk tenat sangat, sampai kami semua rasa atuk dah nak pergi... tapi alhamdulillah time raya atuk kembali sihat, cuma atuk tak dapat lagi berdiri, cuma boleh duduk dan bergerak guna kerusi roda.. atuk nampak sihat sepanjang setahun berlalu.. atuk boleh mengengsot untuk ke bilik air.. atuk masih kuat untuk uruskan diri sendiri..walaupun usia atuk sudah mencecah 80 tahun.. aku on status 'al-fatihah buat atuk' dalam ym..  dengan harapan...

seni origami..

Image
dulu masa zaman2 sekolah rendah. kengkawan kelas aku memang ramai yang bertangan seni, buat sampan dari kertas buku tulis, buat kapal terbang..dan aku plak memang jenis tangan tak da seni..tak reti langsung membuat sampan or kapal terbang daripada kertas, tapi ada sesuatu seni melipat, yg pernah aku pelajari dari seseorang... iaitu seni origami.. seni origami melipat-lipat kertas membentuk burung jenjang aku pelajari daripada kawan pakcik, seorang gadis jepun..masa tu aku masih di sekolah rendah..pakcik bawak kawan dari jepun, berkampung di rumah nenek..macam ala2 homestay gitu..best sebenarnya membawa pelancong ke tempat kita.. dia belajar adat kita, dan kita juga mempelajari sesuatu dari dia.. melipat-lipat kertas origami sebenarnya adalah lebih mudah daripada melipat kertas dari buku tulis..sebabnya kertas origami ni lagi lembut structure dia..maka ia lebih mudah dibentuk..dan sayangnya, oleh sebab sudah lebih 10 tahun aku meninggalkan seni origami burung jenj...

mengundang padah!

p/s: ini adalah entry kesedaran...plez baca dan sedar! nowadays, impian menjadi 'individu sempurna' bukan sesuatu yg mustahil.. kau boleh kelihatan super duper cantik, super duper perfect!.. tapi sayangnya kau hanya kelihatan 'super duper' di mata orang lain.. hakikatnya kau sebenarnya tersiksa! dan lebih teruk lagi, kau mungkin menyiksa orang lain.. memiliki 'kesempurnaan' idaman kadangkala boleh mengundang padah, apabila sains dan teknologi semakin canggih, maka manusia semakin mahu 'memandai-mandai' dalam segala perkara.. sikap 'memandai-mandai' yang terlampau inilah yg secara tidak sedar, bakal 'memusnahkan' diri sendiri.. apabila adanya teknologi yg bisa 'merubah' segala-galanya... manusia jadi semakin lupa dengan 'limitation'. hakikatnya manusia penghuni bumi ini adalah makhluk yang lemah kerana secanggih mana pun penciptaan dari tangan manusia, ianya pasti ada batas tertentu.. etika teknologi dalam Islam...

Finalis Anugerah Juara Lagu -24

hai.hai. aku sebenarnya taktau nak update pasal apa, so..aku dgn senang hatinya mempromote AJL...mari lihat siapakah finalis yg layak ke AJL-24 kali ini... aku skandal -Hujan tak mungkin kerana sayang -Alyah aurora -Estranged bengang -Akim aku rindu sayang kamu -Black dan sebenarnya -Yuna rindu terhenti -Tomok pakai buang -Stacy kau aku -Aizat pergi -Aizat situasi -Bunkface bencinta -Faizal Tahir cinta adam dan hawa -Misha masih jelas -Hafiz kalau you all perasan, para finalis ni kebanyakannya adalah 'muka baru' dalam dunia seni..dan aku...pastinya sokong Faizal Tahir...sebab dia adalah anak kepada lecturer di UM..haha..bongek giler alasan...hukhuk! p/s: anda sokong siapa?....

menerima kad jemputan..

Image
2 hari lepas, sebelum masuk exam hall 4 my last paper, tetiba farhana bagi aku satu envelope..mulanya aku macam tertanya2..tapi neuron2 dlm otak aku sepantas kilat dapat pick up sesuatu..ini pastinya kad jemputan kawin..memang aku dah sedia tahu bahwa farhana akan kawin akhir tahun ni selepas 2 tahun menjadi tunangan orang... aku hanya senyum menerima envelope itu..terus menyimpannya dalam beg..aku fikir, nanti after exam aku tengoklah kad jemputan tu..bila dah abis exam, aku langsung lupa untuk tengok kad tu..baru tadi aku kemas2 beg dan nampak envelope krim...langsung aku menulis disini.. sebenarnya,  farhana merupakan kawan UM aku yg ke-4 melangsungkan perkahwinan..alangkah bertuahnya mereka kerana dah bertemu dgn soulmate masing2..melangkah ke alam rumahtangga sudah tentu berbeza dr hidup single-mingle..macam lagu acha septriasa.(berdua lebih baik).. tetiba aku terfikir, bila agaknya turn aku untuk mengedarkan kad jemputan kawin diri sendiri kpd kawan2..berpelua...

gambar2 semalam..

Image
hari ini, aku hanya duduk dirumah saja, bangun pagi jam 11.30 pagi..maklum saja, kepenatan akibat wayang midnight 2012..dan kaki aku, sakit yg amat, maybe sebab perjalanan semalam di MV memberi tekanan pada kaki...huh! hari nih, sesi sarapan merangkap makan tengah hari? jam 3.30 ptg..huh! ermm..seperti tajuk yg tertera, marilah mentengok gambar2 semalam.. sampai MV jam 9 malam..ramai sesangat manusia yg beratur mahu beli tiket wayang...2012 tayangan jam 9.00, 9.30, 11.15, 11.45, 12.15 sold out! maka terpaksa juga membeli tayangan 12.45 am!  isi perut dulu..makan KFC..sampai pintu dia tutup separuh baru kitorang blah....haha Shida n me...the belang2 T-shirt. Hasni n Shida.. Naimah, Shida n Hasni...p/s: jgn tengok gmbr seksi di tabir..hakhak penat weh tggu wayang nak mula, penantian adalah penyiksaan! sila klik pd gmbr untuk view yg lebih jelas pic kapel nakal yg aku sempat snap secara curi..diorg ni malay..! p/s: apa nak ...

2012...

2012. menonton pd hari ke-6 tayangan..tiket sold out! then terpaksa tonton midnight..nak buat cam mana..hati berkeras nak tengok 2012 kat panggung..baru ada feel!memang feel habis..sebab skrin luas n sound kencang, itulah bezanya menonton di panggung berbanding menonton di laptop.. tentang 2012:- penemuan mengenai ketidakstabilan lapisan dr dalam perut bumi oleh seorang ahli geologi dr India pd tahun 2009..beliau juga adalah kawan kepada ahli geologi AS..dr sinilah bermulanya ramalan dr kedua2 mereka tentang kemusnahan besar bumi yg dijangka berlaku pada 21/12/2012.. lalu berita ini dibawa ke White House. dan satu plan dilaksanakan.. plan membina bahtera terbesar dan tercanggih..1 billion adalah harga tiket menaiki bahtera..(scene pak arab/jutawan minyak sign agreement)..seakan duit boleh beli sebuah kehidupan..tenaga membina bahtera?..China-penduduk kapasiti terpadat di dunia.. ramalan ini walaubagaimanapun dirahsiakan sama sekali..rakyat tidak berhak untuk tahu, demi m...

jam 5 pagi aku publish entry nih..bacalah dgn nurani kamu..

pukul 5 pagi belum tido? yup! baru balik dr MV kul 4.00am..tgk wayang midnite movie  2012.. so la ni duk wat apa ? update blog..(gagah giler aku nih) cam mana kaki? belum sembuh..malah kaki kiri plak yg bengkak.. dah tu bleh lg gi MV? mestilah..merdeka celebration..! dan demi 2012..(memang gagah) merdeka? yup..exam da tamat! bleh jawab tak exam? boleh..(konfiden2..hu) ok, kak izzat cam mana? ahaa, tadi abis exam kul 5 ptg terus melawat dia..dia nampak sangat lemah tak bercakap sepatah pun.. pembedahan berjaya? alhamdulillah, berjaya.rupanya bukan hanya buang darah beku. tapi buang salah satu ovari..darah beku bersaiz besar..terpaksa buang terus ovari, maka ovari dia hanya tinggal sebelah saja... so akan datang dia masih ada peluang pregnant kan? yup..sebab ovari sebelah lagi masih berfungsi..masih boleh hasilkan ovum...tp..ada something yg sedih..(sebak kejap.) nape sebak, something apa tu?? err, jiran depan katil kak izzat lagi kesian.. kenapa dg...

penyunguman, penyunguman.

assalamualaikum..selamat pagi semua.. (ayat macam seorang guru kelas.macam tak boleh blah..haha). ok murid-murid. hari ni cikgu nak umumkan. ..(????????) baiklah, ada dua penyunguman penting, pertamanya..hari ni my sister (siti zubaidah) yg comel macam kakak dia nih akan menduduki peperiksaan SPM..maka kakak dia yg gagah ni ingin meminta kengkawan blog yg tersayang agar turut sama mendoakan kejayaan pelajar2 SPM pada tahun ini.. keduanya..kakak serumah ku yg amat kami cintai, (kak izzat) akan menjalani pembedahan di Pusat Perubatan UM pada pagi ini.jam 9 pagi..harap juga kalian kengkawan blog dan semua readers ku disini agar sudi mendoakan keberjayaan pembedahan tersebut..pembedahan apa? pembedahan membuang darah beku di salah satu ovari.. ketiganya..(eh tadi kata ada dua ja???) ermm..nak buat macam mana tetiba je terfikir penyunguman ketiga..hikhik..baiklah..penyunguman ketiga esok jelah aku umumkan..muahaha! p/s: tq kpd supporterz yg beri semangat supaya aku kemba...

aku update blog..

tadi kol emak..sebak, rupanya aku masih macam anak kecil yg menangis-nangis bila mengadu sesuatu dengan emak,sumpah sebak, time tulis entry ni pun masih mengalir air mata..sebenarnya aku cam tak suka mengadu dekat emak, sebab aku taknak emak risau. bila aku dah buat emak risau maka aku jadi sedih.. entahlah sampai bila aku baru nak bersikap gagah.. si gagah yg tidak mengadu sakit pada emak, si gagah yg tidak menangis bila berada dalam kesakitan.."come on sara, u are almost 22 years old!" dah, dah. aku tetiba kehujanan sampai basah keyboard ni ha..tak boleh menaip dah.aku stop dulu.daaa p/s: last paper esok petang..gagahlah wahai diri!

perghh!!!!!

perghh!!!!!!!  kaki kanan aku membengkak lagi...kondisi makin gawat.. sampai tangan kanan pun bengkak jugak.. time jawab exam aku sebenarnya hanya menahan sakit yg menggila.. sampai otak aku blur. aku cuma harap, aku boleh lulus sahaja. aku dah pantang makanan laut! tapi kenapa membengkak lagi?! mungkin aku tak boleh makan apa2.. tapi aku sangat lapar sekarang! nampaknya. hanya boleh makan roti cicah milo ja. tadi pakcik bas nampak kondisi aku yg terdengkot-dengkot. dia suruh pi klinik. hasni pun suruh pi klinik. minta injection.mungkin lagi berkesan. habislah ongkos! hari tu dah abis rm50.. kali ni berapa plak?.. nampaknya plan nak tengok 2012 after exam terpaksa dibatalkan. now! mood aku down giler! damn! aku macam mahu menangis saja.. p/s: jom menangis sama2!

selamat hari selasa..

17 Nov 2009, bangun pagi, gosok gigi..cuci muka..jatuh tersungkur di bilik air! pagi2 sudah ditimpa kemalangan..macam kasihan..isk! happy bezday yg ke-20++  kepada seseorang, sorry naik lorry. takda hadiah nak bagi. yang ada cuma pesanan. pesanan I dah send melalui SMS. I tau U dah baca. oklah, tu je.update skit je. nak sarapan..lapar weh! agaknya jatuh tersungkur memakan banyak tenaga.. sakit pinggang I..huh p/s: exam.exam..

hujan-mutiara-naga

haha, apa ntah tajuk macam org kekontangan idea. baiklah, mengumumkan bahawa. kegagahan aku telah kembali.. mmg gagah giler lah aku pada hari ni.. meredah hujan (tp berpayung la) untuk ke kampus.. berperang dalam exam hall yg sejuk macam kat kutub utara sampai menggigil-gigil dan terketar-ketar memegang pen.. soalan exam hari ni mmg sangat membuatkan aku terkujat ..(terkejut la tu pun taktau ish!).. dan sesi hentaman pun berlaku! tapi tak apa, semua org pun mengalami keterkujatan macam aku..maka ini adalah adil.. muahaha! balik dr exam, hujan masih lebat..dengan kaki yg belum sembuh, berjalan terdengkot-dengkot ke bus stop.. one thing yg aku benci bila exam petang?.. exam yg abis jam 5pm tidak bermakna apa2 bila aku sampai rumah jam 6.20pm. bas penuh! jalan sesak! tapi aku gagahkan gak diri... gagahkan diri untuk bersabar, bersabar demi readers tercinta.(ceh apa kaitannya???) makan malam hari ni?..cik hasni yg masak.. beliau masak tomyam ayam dan...

badan aku kenapa ni?

sakit perut.. sebu, kenapa yea? sesak dada, sampai muntah. kepala sakit, perut sakit, macam nak pitam. tak boleh baca notez. betul2 mahu muntah. jalan terbaik? tidur mahu bgun tgh malam, moga dapat berjaga. i have paper tomorrow, 3.00pm p/s: kegagahan hilang sementara waktu.........

aku, dalam kehidupan..

Image
siapakah kita dalam sebuah kehidupan??? adakah sinaran? atau cuma kegelapan? . . . kadangkala kehidupan terasa seperti tiada apa-apa.sendirian. kosong. cuma ada nurani yg setia menemani. . . . biarpun sendirian, kita harus juga mengukir senyum, walaupun senyuman itu hanya kita seorang saja yg melihatnya.. . . . biarpun tanpa sesiapa, kita tetap harus berusaha menggapai sesuatu. sekurang2nya, kita memperoleh apa yg kita usahakan..dan pencapaian itu akan menemani kita. . . . kita berusaha dalam arena yg telah ditakdirkan untuk kita, biarpun insan lain hanya melihat pada kekurangan, kita tetap akui, kita punya kelebihan. . . . memang kita bukan tarzan yg tinggal dalam hutan, kita adalah insan yg menghuni komuniti masyarakat.. sekurang2nya, kita adalah teman kepada seorang kawan.. . . . apabila kita berteman, kita akan lebih teruja untuk mengecapi keseronokan hidup, berkongsi tawa ria.. . . .  berkongsi pengalaman...

Because I'm Stupid

Image
p/s: lagu blog ni bahasa korea?..tak dapat difahami?..disini ku letakkan lyrics lagu ni in english version. BECAUSE I'M STUPID BY SS501 I'm really, very foolish. I know of no one other than you. You are looking at someone else. Yet you have no idea of my feeling like this. I wont be at your days. I wont be in your memories either. However, only you. I looked only at you. And the tears keep coming. I watch you walking past. I'm still happy. Even yet you still don't know my heart. I should stop this and go. I really want to see the day. I'm withstanding the pain each day. 'I love You' is playing on my lips. Alone once again, I'm crying for you Alone once again, I'm missing you. Baby I love You I'm waiting for you. I'm making memories alone. Loving you is like having a beautiful wound. I look at your pretty smile also. But i cannot laugh with you. I'm thinking about you so much everyday. My heart is hurti...

begedil dan dot.dot.dot..

Image
kenapa tajuk entry berbunyi semacam..dot.dot?,haha..dot.dot tu maknanya 'dan lain2' ..mentang-mentang entry sebelum ni ada gambar tandas kau pk lushah eh, nak baca entry lushah bukan sini tempatnya.. kan dah in4m kat entry sebelum ni, kawan serumahku masak begedil, aku tak gebang tau. siapa buat cerita gebang dalam blog mmg ah dia.. haha.. entry ini khas untuk show off makanan saja..sapa yg lapar meh la mentengok makanan..tak dapat makan dapat tengok pun jadilah kan...hehehe jom ushar hasil kerja kencang kawan serumahku di dapur.. scroll down.. . . . . . . . . . . . begedil comel, sama comel dgn org yg buat (naemah). sayur campur goreng..(naemah jugak).. ikan masin import from sabah..(hasni) sup bebola ayam+cendawan. (naemah lagi) hidangan lengkap. aiseh, kan dah kata, aku cuma buat taktau saja, maka tidaklah ada nama aku sebagai tukang masak pada hari ni..maklum saja, sakit kaki sikit, terus malas nak bersilat di dapur.. p/...

ketagih berblog..?!

Image
tetap berblog walaupun di musim final exam?..definitely its me!  macam sudah ketagih/ addicted dengan blog.. sindrom blog addict..ada ke camtu?.. dan aku tau kengkawan aku pun tetap juga baca blog aku walaupun di musim exam..thanks to kengkawan kesayangan ku..you all mmg comel sekali..siapa tak baca blog kawan dia ni mmg kurang skit tahap kecomelannya..hahaha.. gurau saja, better you all baca buku drpd baca blog aku, dan better ko pi tanda buku2 skolah anak murid ko drpd baca blog yg ko tak suka..(ayat apa ni kenapa ada watak cikgu plak?)..hahahaha.. kengkawan rumah sedang memasak dengan kencang didapur, aku buat taktau saja menghadap laptop dan  menaip ntah apa2..tak apa,  yg memasak di dapur dapat pahala, dan yg berblog di ruang tamu dapat makan sekejap lagi..kahkah. sorry to my horsemate (woi bukan horsemate lah)..baiklah, guna bahasa inggeris tak pakar, guna saja bahasa melayu, (kawan serumah)..penat sidang dewan rakyat bertekak pasal pemansuh...

lelaki yg cantikk!

Image
wujud ke lelaki cantik??. kalau lelaki ambik title cantik, takkan wanita nak ambik title handsome pulak?..haha. lelaki cantik biasanya songsang?..huh..dun judge the book by its cover, dun judge a man by his face. blum try blum tau..haha. but dun ever try this at home.. (????????) lelaki cantik turn to be 'nyah'?? haa..taktau.taktau..sapa nak tau, sila buat kajian sendiri.. 'nyah' lebih cantik dari wanita tulen?.. haaa..dun no..dun no...sapa nak tau, sila buat research sendiri.. contoh lelaki cantik menawan? . . . . . . . . . ji hoo (boys over flower) cantik bukan semestinya pada rupa paras, biarlah kecantikan lelaki itu terletak pada hati dan peribadinya.. kalau peribadi cantik, semua akan nampak cantik dan indah.  dan yang indah itu menenangkan.. contoh wajah yg indah? . . . . . . ji hoo sunbae ( boys over flower) "kecantikan adalah hak milik setiap insan" p/s: sakit kaki kembali..i hate tablets!

jagung..jagung..

Image
jagung.jagung. yeeha! mood happy selepas makan jagung..sedap walaupun kurang manis..sejak duduk di rumah sewa, aku mmg tak komplen tentang makanan..asalkan mood makan mmg sedang bagus, maka semua makanan jadi sodap! (sebenarnya nak puji bahawa seisi rumah aku ni mmg semua pandai menjadikan masakan menjadi sedap).. tetiba teringat time aku kecik2 dulu, rasanya time tu aku umo 2 tahun, kakak aku umo 4 tahun, abah selalu ambik gambar kitorang time tu..(sumpah aku tak ingat apa2 sebab umo br dua tahun)..tapi masa aku tengok gambar2 tu umo aku dalam 5 tahun cam tu..aku pelik tengok gambar2  time kecik2, sbb semua gambar tengah mamam jagung..dan akak aku tak pulak makan jagung cam aku..kenapa ntah abah mesti ambik gambar time aku makan jagung..pelik betul.. gambar kat laman rumah makan jagung, gambar dalam rumah pun makan jagung jugak..alahai...macam comel saja..huahua! setongkol rm 1.50, 3 tongkol = ????? aku makan setongkol ja... p/s: mentengok Nur Kasih, la...

air mata cinta

Image
cinta kadang-kadang adalah sejenis air mata. kau boleh sorokkan perasaan cinta dari orang lain, tapi kau tak boleh sorokkan air mata supaya ia kekal tersimpan dalam mata kau. apabila air mata menitis dari kelopak mata, maka ia akan dapat dilihat oleh orang lain. sekalipun tiada org yg dapat melihatnya, pipi kau pasti merasai kehadiran air mata itu. cinta adalah sejenis tangisan. cuba tengok baby yg sedang menangis, baby sebenarnya menangis sebab dia minta supaya ibunya mencintai dia. apabila ibunya memeluk dengan kasih sayang, maka baby tu akan berhenti dari menangis. cinta adalah sejenis kesedihan, apabila cinta itu terlarang dan tidak kesampaian, macam cerita Cinta Balqis yg ditayangkan pukul 6.30 ptg isnin hgga khamis..(tetiba ada sesi promote). cinta adalah kesakitan apabila ada jiwa yg terkorban, macam cerita Nur Kasih jumaat jam 9 malam. (promote lagi).. cinta airmata dr seorang lelaki bernama lee min ho dalam cerita boys over flower sungguh menyentuh hati. (sekali l...

saya budak baru belajar..

important reminder: entry ni bakal buat mata kau letih membacanya, tapi kau tetap kena baca sampai abis! ok..ni bukan lagi entry pasal beruk, aiseh..nak mention jugak perkataan beruk, macam tak boleh blah saja.. baiklah..selamat pagi semua..dah puas senyum?..sila teruskan senyuman menawan anda tu, dan teruskan baca entry ini..muahaha! tetiba aku bajet diva kat sini..kahkah..tak lawak pun sebenarnya..baiklah..teruskan saja.. aku nak kembali kepada tajuk..tajuk entry macam budak baik, guna perkataan 'saya'..tapi dalam entry guna perkataan 'aku'.. tak apalah..janji selesa.. ermm..ok.apa yg aku baru belajar nih? "baru belajar berblog.." untuk pengetahuan, umo blog ni adalah seusia bayi yg matang di dalam kandungan ibu iaitu 9 bulan..maka kau anggap sajalah blog ini seperti baru dilahirkan, blog ini baru saja mahu melihat dunia 'bloggers'.. blog ini adalah blog aku yg pertama..dan aku tak pasti kalau lepas ni aku akan 'melahirkan' blog y...

saja ja macam tiada kerja..

Image
mari senyum semua..senyumlah..senyumlah, tolong la senyum walaupun hati cam terguris ke apa ke, senyumlah walau rasa sentap dgn entry blog ni.. senyumlah walaupun blog kau telah di dis'follow'. muahaha! apa ntah aku cakap ni. mengarut macam tiada kerja..sebenarnya aku saja mau post entry banyak2..mau test power, adakah kau orang masih mahu jenguk blog ni..weh, mau kasitau nih, ada ke aku pernah sound cara kau menulis blog?.. blog aku ni ada kata2 tak berlapik?..alahai, aku ni bukannya cikgu sekolah nak tulis blog tanpa carca marba..setakat perkataan 'beruk' pun ada org nak sentap..belum lagi guna perkataan yg hebat cam  'babi, anjing', nak buat macam mana, rupanya ada readers yg hanya mahu baca blog yg guna perkataan mulia dan sopan saja..mungkin mereka mmg golongan sopan penuh tatasusila. aku ni golongan selamba yaya, tulisan campur2, beruk ada, monyet pun ada..baiklah, biarlah mereka dengan keluarga mereka.. aku nak seru pada kalian si pembaca..marilah senyum...

baca jelah, entry ikhlas nih..

yg namanya manusia..akan sentiasa melakukan kesilapan..my dad selalu cakap 'jgn amalkan sikap tak apa'. sikap 'tak apa' ni akan membuahkan sikap 'degil'..contoh. bila anak buat silap, biasanya golongan emak akan back up anak..'tak apa lah bang. budak ni kan kecik lagi'.. dan tanpa sedar, si emak akan selalu ulang ayat begitu setiap kali si anak buat salah..sampaila anak dah besar panjang, nak jentik pun tak sampai hati.. sebenarnya sy bukan nak kata kedegilan anak berpunca dr emak dia..ini hanya sekadar contoh sahaja...apa yg nak ditekankan adalah kedegilan kita semua adalah berpunca dr sikap 'tak apa'.. contoh lagi.. bab gf/is3 pakai seksi-meksi, bila ditegur akan menjawab 'baju ni tak sendat la bang / ala, skirt ni labuh la bang, still bawah lutut'..ok, kalau dengan diri sendiri pun, kita bermonolog 'takpela solat lewat sikit. selagi belum abis waktu kira sah apa solat / takpela masuk ofis lambat sikit hari ni, bukannya selalu pun w...