Posts

Showing posts from October, 2009

im back

hehe, comel gila ah bila view blog biru ni tetap ada pengunjung walaupun tidak ada entry baru..mmg comel la pem'viewer' semua..hehe..maaf tuan blog belum sempat nak mengupdate blog..sekarang tengah online di KLIA..sumpah cute gile mengonline di sini gara2 flight my sister delay 3 jam..huhu..terpaksa kami sekeluarga menangok di sini tengok mat local, mat saleh ke hulu ke hilir...haha.. keberadaan dirumah selama 6 hari mmg sangat bermakna..ceh..mmg bermakna bila dapat makan secara banyak..haha..dan berat sudah makin bertambah mencapai 51 kg...dan seluar jeans yg masih muat pada bulan january sudah tidak muat untuk dipakai sekarang..haha.. ok2..bateri dah low..bye.bye

pesanan penulis..

ye.ye. mahu pulang ke kampung esok! benar2 rindu untuk pulang..rindu emak rindu abah, rindu kakak dan adik, malah rindukan si oren dan si hinata, mesti oren dah makin gemuk malah lebih gemuk dr ibunya.hehe. sabtu depan my elder sis akan pulang ke egypt. rupanya dah 5 bulan dia bercuti..rasa macam kejap je masa berlalu. nampaknya belum pasti lagi mahu stay di kampung berapa hari. mungkin dalam 4 hari, 4 hari cukupkah?.. hehe..cukuplah untuk spend time dengan kakak dan mintak restu dr emak dan abah before attend final exam..sebut hal final exam, sy akan mula exam pada 6/11..dan tamat pada 18/11.. mungkin ini masa sesuai untuk sy wish selamat berusaha n goodluck kepada semua kengkawan sy yg membaca blog ni, mari kita sama2 berusaha untuk dapatkan result yg terbaik! chaiiyokkk! okla stop sini dulu..daaaaaa p/s: mr.S mula exam esok..wish him best of luck! dan ada good news liv menang 2-0..m.u putih mata jom gelak sama2..huahua

entry apa ntah ni..kahkah!

ni entry pasal cinta kot..huahua kadang-kadang, bila sy blog walking, maka akan mengunjungi bloggers yg sedang di alam percintaan, macam2 cerita yg sweet dipersembahkan dalam blog. yg paling touching adalah bila mengimbau saat2 bermulanya love story. ada di antara mereka yg tak segan nak kongsi gambar dengan readers, dan ada gak yg hanya bercerita tentang love story tapi satu gambar pun tidak dikongsi. mungkin mereka ada reason tersendiri. maka tidak mengapa. tiba-tiba rasa mahu bercerita tentang ciri-ciri lelaki idaman, tak apa kalau you all rasa tak mau baca bolehlah mengabaikan entry ini.sekian.pertama sekali, sy mahukan lelaki yg beragama Islam. dan sy tak kisah sekiranya dia bukan berbangsa melayu.(ada impian nak kawin mat salleh or jejaka korea). abah pernah cakap yg abah tak kisah sy nak kawin dengan sesiapa dr bangsa apa pun, yg penting dia tiada sebarang rekod jenayah.maklum saja zaman skang ni semua org berisiko menjadi penjenayah. muka nampak baik ...

mari mentengok gambar!

Image
sy sangat kepenatan, sumpah malas nak taip entry, jam 12 tgh hari sudah bergerak ke kajang, ada kenduri cukur jambul anak saudara kawan sy Nadia yg diadakan lepas zuhur, lepas berkenduri kami berempat, sy, hasni, odeng dan nadia pergi berjalan-jalan di mid valley. tujuan asal mau beli barang dapur tapi singgah ke big apple demi membelanja kawan2 sy..dan ada juga sesi window shopping maklum saja poket kering tak mampu beli apa2 maka hanya mampu mentengok harga sahaja sekian. hehe!oklah kalian pembaca setia tersayang silalah mentengok gambar2 aktiviti sy sepanjang hari ini. odeng with amin. amin diapit oleh hasni dan odeng. amin adalah anak saudara sulung Nadia. wajah kekenyangan. marhaban. inilah si kecil yg cukur jambul.  Faris selepas cukur jambul. ontheway ke mid valley p/s: rupanya ini adalah entry ke 200! tahniah! tahniah! khususnya kpd pembaca dan penulis..hehe

"saya cirit-birit Tuan"

Image
satu hari di sebuah pejabat. " Tuan, saya nak minta pelepasan untuk hari ini " " apa pulak alasan awak kali ni " "err, saya cirit birit Tuan " " aik! cirit birit lagi! minggu ni saja dah 3 kali awak minta pelepasan kerana cirit-birit " " nak buat macam mana Tuan? takkan Tuan nak tanggungjawab kalau saya tercirit kat ofis ni, tandas dahla jauh " keesokan harinya. "Tuan, saya nak minta pelepasan lagi hari ini " " saya dah tau apa alasan awak, tapi saya tetap tak benarkan " " tapi Tuan...." " tak da tapi! saya tetap nak awak bertugas pada hari ini dan takkan ada lagi pelepasan gara2 cirit-birit awak tu, faham!" "kalau saya tercirit time kerja macam mana Tuan?" "jangan bimbang, saya akan bertanggungjawab! mulai hari ini saya dah sediakan bilik baru untuk awak, Normah, tolong tunjukkan kat Kamal ni bilik baru dia " " ini bilik baru En.Kamal " ...

wajah-wajah kekasih..

Image
mana ada wajah kekasih, kahkah! kena tipu, kuangkuang..yg ada kat sini hanyalah wajah-wajah seorang wanita..erk! cam geli bunyinya baiklah, wajah seorang anak perempuan yg mewarisi wajah emak dan wajah abahnya.orait sebenarnya salah kerana sy mmg takda iras my parents tapi sy sebenarnya lebih seiras dengan Noraniza Idris. (ini bukan sy kata tapi orang kata->ayat cilok dari Ravi pimai2 tangtu..)=p dari skola menengah sampai masuk U entah dah berapa ramai orang memberitahu bahwa muka sy cam rupa Noraniza Idris baiklah padahal muka beliau yg macam rupa sy sekian. entah kenapa semua mereka cam taknak kalah tetap nak menang bila cakap muka sy cam Noraniza Idris. baiklah tak apa.asalkan diorang tak kata muka sy cam Fazura, ceh! kenapa ntah cam minat sangat ngan Fazura dan tetap nak kata Fazura tu cantik..=p jap, sy rasa ada satu kesamaan sy dengan Noraniza Idris iaitu dr segi ketembaman pipi. huahua! mmg dr kecik sampai besar ketembaman pipi tak surut-surut. n sekarang sy mahu tanya reade...

jom tengok gambar..

Image
salam, err. rasa cam dah lama tak upload gambar byk2 dalam blog ni..huahua, asyik bercerita pasal zaman skola mesti readers pun jemu..kuangkuang..actually ada yg tak percaya bahawa cerita alam skola dlm entry2 sebelum ini adalah cerita benar, sy tak dapat nak tipu kerana ex-classmates sy dulu pun membaca blog ni jgk.. cuma ada nama yg betul dan ada nama yg diubah, itu terpulang kpd budi bicara sy sendiri.. esok adalah last day kuliah! huargh! dah abis pun sesi kuliah untuk sem ni! pantas betul masa berlalu, dan sy akan balik johor sebelum my final exam..lagipun my sis akan balik Egypt hujung bulan ni, jadi lebih baik sy luang masa beberapa hari di rumah sebelum dia balik. dan sebenarnya tujuan balik juga adalah kerana poket sy sudah kering, mau mintak nafkah from abah, mestilah from abah takkan la from husband pulak, aik! bunyi cam sudah gatal mau kawin, dan kegatalan ini adalah gara2 tadi petang sy tengok friendster kawan n view gambar wedding dia.. oklah, penat bebel, jom layan gamba...

cerita alam sekolah..II

perhimpunan sekolah pada hari itu aku rasakan seperti lama dari biasa. tetapi aku tidak kisah. aku memang suka untuk hadir ke perhimpunan pagi. sebabnya, aku akan dapat melihat dia dengan lebih lama. dia siapa? dia mr.S. ketua pengawas sekolah kami. ............................................................................................... "weh sara, betul ke apa yg aku dengar?" "apa?" "pasal kau dengan mr.S, betul ke yg korang berdua ada apa-apa?" "kau dengar dari siapa?" "adalah orang bagitau aku, terus-teranglah, betul ke tak?" aku hanya membiarkan soalan dari Murni itu tidak berjawab. macam mana aku nak berterus-terang dengan Murni, sedangkan dia pernah bagitau aku yg dia dah lama meminati mr.S secara diam2. dan entah kenapa cikgu matematik kami tidak muncul pada pagi itu. aku mencari-cari kelibat mr.S. ternyata dia pun tidak ada di dalam kelas. mungkin dia ada hal agaknya. maklumlah, orang penting sekolah. sedang aku leka berbu...

cerita alam sekolah..

waktu rehat hampir habis, aku langsung tidak ke kantin hari ini kerana begitu sibuk mencari buku tulis karangan di dalam kelas. puas sudah aku menggeledah beg galasku untuk mencari buku tersebut. tetapi ternyata aku gagal menemuinya. habislah aku kali ni. Cikgu Haslina pasti akan 'membaham' aku sekiranya aku gagal menghantar tugasan kerja sekolah yang diberi olehnya semalam. ada lagi 50 minit sebelum waktunya Cikgu Haslina masuk, mungkin aku sempat buat sesuatu. aku bergegas menuju ke koperasi sekolah untuk membeli buku tulis yang baru. apabila aku kembali, ku lihat Miss Bong sudah pun duduk di meja guru. Miss Bong adalah guru mata pelajaran Kajian Tempatan yang agak tegas, tetapi beliau sebenarnya baik hati. seperti biasa, Miss Bong akan mencatat apa yang bakal diajarnya di papan hitam. sebaik sahaja beliau memegang kapur tulis, aku terus mula menyiapkan karangan menggunakan buku tulis yang baru kubeli. sambil didalam hati mengutuk nasib diri, sumpah aku ingat bahawa aku masuk...

buat kamu tersenyum!

aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi derapan kaki pelajar2 lain bergegas masuk ke dalam kelas. itu adalah signal awal bahwa cikgu sedang on the way. aku mengesat-ngesat mata. syoknyer tido berbantalkan lengan, aku bangga punya kelebihan ini. kelebihan boleh tidur dimana-mana pada bila-bila masa adalah kepakaran aku sejak kecil. sampai abah gelarkan aku 'sleeping beauty'. takpe aku tak kisah asalkan adanya title 'beauty'.kahkah! "Stand up! Good Morning Sir" fuh! smart gila Cikgu Zul hari ni, tergoncang keimanan aku bila menatap wajah bersih beliau. berkemeja blue black lengan panjang, berseluar slack hitam, ouch! mmg handsome! dari mana agaknya Cikgu Zul mewarisi ketampanan tersebut. walaupun aku cuba bayangkan Cikgu Zul cuma berkain pelikat dan bersinglet, aku masih mengatakan bahawa dia handsome. cuma ada satu kekurangan pada Cikgu Zul, wajahnya sentiasa serius, malah sukar sekali untuk lihat dia senyum, apatah lagi ketawa. sedang aku leka berimaginasi...

rindu nak makan big apple!

Image
big apple! nak cakap sikit...err..tajuk dan gambar dalam entry sebenarnya takda kaitan langsung dengan kandungan karangan disini..huahua! baiklah! pertamanya sy nak ucapkan terima kasih kepada readers blog nie kerana sudi menjenguk dan membaca entry dalam blog ini..dan terima kasih juga kepada commentators yg rajin meninggalkan jejak di setiap entry2 di sini..sy amat hargai sokongan anda semua.. terima kasih sekali lagi.. disini sy ingin memberitahu, bahawa anda bebas untuk mengunjungi blog ini bila2 masa yg anda sukai..sy sememangnya sangat berbesar hati menerima setiap kunjungan, cuma sy ingin menyatakan sesuatu perkara yg sy tak berapa senang dengannya, biasanya perkara ini dilakukan oleh pengunjung yg meninggalkan jejak mereka di shoutbox blog ini.. actually pesanan penaja seperti ini tidak diperlukan dan tidak akan diendahkan oleh sy=>> "jgn lupa lawat blog sy dan jd Follower sy ye.tq" dan.... "misi klik iklan nuff...jgn lupe you follow me ok..and tekan iklan...

bukan untuk kaki kamu!

Image
gambar hiasan. pada suatu hari, joe (bukan mana sebenar) menghadiri satu persidangan yang bertempat di PWTC. selepas persidangan, beliau bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhuk untuk menunaikan solat zohor. oleh sebab tidak disediakan tempat khas untuk mengambil wudhuk, maka joe mengambil keputusan untuk berwudhuk di sinki sahaja. sedang joe membasuh kaki kanannya di sinki tersebut, dia ditegur oleh seorang wanita cleaner yg tiba-tiba sahaja masuk. "Encik, sinki ini bersih, ia bukan digunakan untuk mencuci kaki, sila cuci kaki di dalam tandas" "apa salahnya? saya rasa kaki saya tidak akan mengotorkan sinki ini" "tapi encik! sinki ini hanya digunakan untuk mencuci tangan dan muka sahaja!" "baiklah, berapa kali kamu mencuci muka kamu dalam sehari?" "dua kali" "kalau begitu, kaki saya jauh lebih bersih daripada muka kamu! kerana saya mencuci kaki saya 5 kali sehari!" p/s: kisah ini diambil dr sebuah majalah y...

ini untuk 18 ke atas!

Image
moviemania! satu hari di GSC Mid Valley..peristiwa berlaku pada April 2008. "bang, bagi tiket Dead of Ian Stone. untuk 2 orang". "eh! ini cerita 18 SG. Adik berdua ni umo berapa?" "20 tahun" "takkanlah, tengok macam student tingkatan 4 je" "eh, tak percaya plak dia" "oklah..bagi tunjuk IC" "NAH! dah percaya?" "errrk! adik berdua ni nampak muda ek..macam tak percaya je.hehe, err..ini tiketnya..RM22.oo untuk 2 orang" "terima kasih ya" cik muda sara bermonolog: muka tak matang atau sememangnya daku kelihatan muda dr usia?..erk!

saya mahu lekas dewasa!

Image
"i will kill you!" satu soalan ditanyakan kepada dua orang kanak-kanak, soalan tersebut berbunyi->> "apa yang adik mahukan dalam hidup?" kanak-kanak 1:- "saya mahu lekas dewasa! memiliki senapang, dan mencari pembunuh ayah, saya mahu bunuh mereka yang membunuh ayah saya". kanak-kanak 2:- "KEAMANAN! tetapi ianya tidak dijual di mana-mana di dunia ini. Jika ada, saya telah lama membelinya untuk tanah air saya sendiri." ini adalah jawapan drpd kanak-kanak mangsa peperangan di Afghanistan. dan mungkin ianya adalah jawapan sama yg akan diberi oleh majoriti kanak-kanak yang tinggal di negara bergolak. tiada impian untuk menjadi seorang guru, tiada impian untuk menjadi seorang doktor. tiada keinginan untuk menikmati zaman kanak-kanak, malahan mahu segera menjadi dewasa supaya boleh membalas dendam.. kadang2 sy terfikir, membunuh semata-mata membalas dendam, akankah ianya dikira sebagai satu jihad?

jangan kena mulut!

Image
jom minum! satu hari dalam kelas 4 Melor. (S.K, LKTP Tenang, Labis). "weh, sara! ko ada bawak air tak? aku haus la". "owh! ada.." "err..terima kasih". "sara! tadi masa apek minum air tue..mulut botol air tu kena kat mulut dia". "lah, kenapa pun kalau kena mulut dia?" "eh! ko tak geli ke?" "geli apanya?" "nanti bila ko minum air tu, mulut ko macam kena kat bekas mulut dia". "erk!?.." monolog dalam hati berbunyi-> "kenapa pun kalau mulut aku terkena bekas mulut dia?..cuma bekas je pun..bukannya aku bercium dengan dia..lagipun, aku mmg suka kat apek, so apa salahnya kalau mulut aku terkena kat bekas mulut dia...huahuahua!" "sara! lain kali, kalau budak laki yang mintak, ko cakap siap-siap, jangan kena mulut!" "erk! ermm..baiklah". monolog dalam hati berbunyi lagi-> "tak faham betul lah! apa salahnya kalau kena pun..! isk! " p/s: ini cerita time skola rend...

si kaki bangku yg kaki bola..

Image
demi bola! menyambar pc setelah habis menonton perlawanan bola sepak..aston villa vs chelsea...resultnya, chelsea kalah 2-1.. padan muka chelsea..! (berdendam ngan chelsea sebab aritu liverpool kalah ngn diorg 2-0).. ntah kenapa sy mmg tak suka chelsea..padahal ada Lampard n Terry.. kan ke diorg tue dr pasukan England kegemaran sy..isk! agaknya sebab sy lebih gilakan Gerrard dalam Liverpool! walaupun sy adalah kaki bangku..(tak reti main bola sepak/bola jaring/bola tampar)..err, tapi sy adalah kaki bola sejati..sy jatuh cinta dgn dunia bola sepak antarabangsa sejak world cup 1998..(maaf sy tak minat local)..bunyi cam diskriminasi..tapi nak wat cam mana..sy tertido serta merta bila tengok football match local.... banyak betul kenangan manis menonton bola sepak! lagi2 time World cup n Euro cup...masih ingat lagi pada kawan sy nano,(skang kat India ambik medic).. kami satu geng peminat England n Germany masa world cup 2002 di korea-japan..sedih gile sebab dua-dua pasukan ni kalah ngan Br...

sedikit cerita...untuk dikongsi..

Image
ada maksud tersirat disebalik rumah berpagar?? landskap yg cantik untuk hiasan saja? tak pasti..adakah kami dialu-alukan untuk mengambil gmbr.. my sis yg suka posing.. orkid.. peristiwa berlaku pada hari raya yg lepas..seingat sy..hari raya ke-4..pagi itu, kami sekeluarga beraya ke rumah ibu saudara abah sy...oleh sebab tahun lepas tak beraya rumah tersebut..maka baru kami tahu bahwa rumah tersebut telah 'bertukar'..rumah lama telah dirobohkan sama sekali.. dan dibina rumah baru di tapak yg sama.. rumah yg baru siap dibina ni..mmg sangat cantikk! status gah la jugak nak dibandingkan dengan rumah kampung yg lain...bertembok sekeliling rumah..berpagar automatik..siap ada landskap di halaman...actually ibu saudara abah sy sudah meninggal dua tahun yg lalu..maka rumah baru itu dibina oleh anaknya..(sepupu abah sy).. nak diceritakan..bahwa sepupu abah sy adalah seorang pemilik butik yg popular di kl..dan butik beliau terletak di Kajang..jadi tak hairan dia boleh buat rumah baru yg...

pertunjukan percikan bunga api..

Image
percikan bunga api di putrajaya.. tepat jam 12.00 a.m, kedengaran letupan bersama sinaran bunga api..baru teringat, ini adalah malam deepavali...maka kaum India memulakan 'hari raya' diorang dengan percikan bunga api di tengah malam..sy pun saja menjengah dr balkoni..dapat lihat betapa meriah nya percikan bunga api..penuh warna-warni..macam tengok pertunjukan bunga api plak..sangat cantik! tetiba teringatkan pertunjukan bunga api yg sy tengok kat putrajaya 2 thn lepas...makcik sy jemput sy di kolej, semata-mata untuk tonton bunga api...seingat sy, pertunjukan bunga api mlm tu cuma melibatkan 5 negara..antaranya adalah Itali dan Sepanyol..yg lain sy dah lupa..tapi Malaysia tak termasuk...masa tue, jalan sesak sejak maghrib! punyala ramai yg nak tengok bunga api 'canggih' buatan negara luar..padahal pertunjukan start pukul 10.00 mlm.. punyalah lama tunggu, sampai berjam-jam..padahal show bunga api tu cuma 30 minit..isk! tapi rasanya, itu adalah show bunga api yg paling b...

dia bukan lagi seseorang....

Image
p/s: maaf, tajuk entry sy cilok dr entry misS siv..=p mood entry: kenangan. dah lama dah, sy tidak jumpa dia...dah 9 bulan 16 hari ...sy masih ingat lagi tarikh itu..iaitu pada 31 Januari 2009 ...mana mungkin sy lupa...di mana itulah harinya, sy dating dengan seseorang .. seseorang yg dahulunya pernah 'menyinari' perasaan sy...seseorang yg kini hanya bergelar kenangan . # pada hari itu, kami decide untuk berjumpa..sebagai kawan baik ..(padahal sy nak jumpa dia sebab rindu ..)..excited giler nak jumpa sbb dah bertahun2 tak nampak dia.....tetiba teringat zaman dulu-dulu..sy lalu depan rumah dia naik basikal ..(tak nampak tuan rumah pun, dah tau siap2 yg dia takda kat rumah baru berani nak lalu..kuangkuang! actuallly, nampak rumah dia pun sy dah cukup puas hati)..huahua..penangan cinta monyetkah ?! *taktau*taktau* #hari kami berjumpa..sy bertolak dr segamat ..naik bas cepat ekspress ke melaka ...dia jemput sy di melaka central ..sy berdoa moga2 sy akan nampak dia dulu...tetiba d...

apabila blog itu ditutup..

mmg dukacita, bila satu2 blog yg kita suka jengah ditutup secara tiba2, mmg cam sedih sket sbb setiap hari kita dah terbiasa menyibuk kat blog orang tu, walaupun takda entry terbaru tapi tetap nak jenguk blog tersebut..dapat jenguk tuan blog pun jadilah..(eh, semacam je statement nie..huahuahua).. ada satu blog nie, budak medic blaja oversea..followers dia tak la ramai sangat sampai beratus-ratus, tapi yg leave komen kat blog dia boleh tahan..berpuluh-puluh komen dalam 1 entry...bila sy baca blog dia...blog dia mmg best...dan sy cam respect kat dia..yelah, amik medic tapi pandai urus masa untuk berblog..tapi 1 hari, sy baca d'latest entry..dia kata dia taknak update blog lg dah..isk..mmg sayang, sebab budak tue pandai menulis...yg sy ingat..budak tue ada bela hamster..mmg comel bila dia cerita pasal hamster dia sakit apa semua...dan sy pun dah sangat lama tak jengah lagi blog tue...sy pun tak pasti..betul ke beliau mmg berhenti dr berblog.. ada satu lagi blog.. sy terjatuh minat ng...

sy merajuk

sedang merajuk selama 3 hari...esok akan masuk hari ke 4..sy tahu ramai kengkawan yg bimbang..mesti diorang pelik, ke mana agaknya sy menghilangkan diri...sebenarnya sy mmg sedang jauh hati, tapi sy masih tak mahu bersemuka dengan sesiapa...kesian kat housemate sy yg tertanya-tanya..tak berniat nak buat you all risau...sy ada kat puchong..rumah pakcik...kebetulan pakcik takda sbb outstation...jadi sy duk dgn isteri dia kat sini... handphone sy pun dah kehabisan bateri..tak dapat nak contact sesiapa..tapi sy dah bagi sms kat Hasni tengah hari tadi, bahawa sy belum mahu pulang...maafkan sy...Hasni ada bagitau bahawa Dr.Salihin cari sy sbb sy dah ponteng kelas culture tissue hari selasa n khamis..cam pelik.. baru ponteng 2 hari dah sibuk cari sy...macamlah org lain tak pernah ponteng kelas dia... tahap emosi sy.....mmg sedang merudum..sampai sy rasa cam nak buang je blog nie...tapi kalau sy buang blog nie, sy akan kehilangan kengkawan alam maya yg sangat sy sayangi..maka sy pun bertukar f...

pengalaman naik bas 'lompat'..

# pengalaman pertama naik bas (secara bersendirian)? -form 1. naik bas yow hoe 'labis-simpang maokil'..tambangnya masa tu..70 sen. # pengalaman pertama naik bas ekspress? -umo 18 thn. dr alor star kedah (shahab perdana) ke segamat.tambangnya rm52.00. back to the topic, pengalaman sy naik bas 'lompat'..bas 'lompat' sebenarnya adalah cara alternatif menggantikan bas ekspress..kalau naik bas ekspress, kita akan terus sampai ke destinasi hanya menaiki satu bas sahaja..tapi kalau kita naik bas 'lompat'..akan ada acara menukar bas, mungkin sebanyak 5 kali... pengalaman ni masa terjadi pada bulan 8..masa tue mid semester break..macam biasa sy mmg malas bab nak beli tiket bas ekspress awal2..mmg suka beli secara on the spot..coz taknak ada kejadian hampir tertinggal bas dan sebagainya, ntah kenapa pada hr sabtu nak balik tue, sy berfikiran secara tiba-tiba untuk tidak mahu ke puduraya..tak mau naik bas cepat ekspress..sy berfikir-fikir, apa kata sy naik bas ...

maaf dan terima kasih banyak..

selamat pagi...... moga readers dan kengkawan blog ceria2 pada pagi ini...=) ada sedikit coretan, yang ingin sy luahkan...hanya sedikit.. =>>> mmg kadang-kadang, ada harinya...segalanya macam serba tak kena..walaupun hakikatnya kita dah berusaha mencuba yang terbaik..tapi tetap dipandang enteng oleh orang lain.. dan kadang-kadang, apabila kita berhadapan dengan situasi yg sangat sukar, sebolehnya kita berusaha untuk relax dan berfikiran positif, sedaya mungkin kita masih mengukir senyum, tapi orang lain tidak akan faham...masih menyangka kita sentiasa 'cool'..lalu menambah lagi tekanan perasaan.. adakalanya, tindakan berdiam bersama ekspresi wajah yg serius, masih belum dapat buat orang lain faham, bahwa mood kita sedang berkeadaan 'buruk'....dikatanya pula kita sombong..tak friendly... adakalanya apabila semua ini terjadi dalam satu masa..tekanan memuncak..dan...air mata pun menitis...titisan air mata ini..bukan kerana kelemahan....ianya kerana..sy juga manusi...

mood nak lempang engkau laju2!

sedang dlm mood yg memburuk, marah, geram, sakit hati, sampai mengalirkan air mata, tapi harus berdiam diri, dan memaki dalam hati, jangan dekati sy sekarang klu tak nak kena lempang! p/s: jgn post komen secara sembarangan bunyi...sy bukan wat lawak basi. entry ini..serius!

lelaki tidak lagi diperlukan sebagai pasangan..

wah.. entry cambest untuk para wanita...kuangkuang..kenapa tajuk entry cam cari pasal jek.. ceh.. huahua..peringatan awal...ini bukan entry cinta songsang, pengkid , or lesbian dan segala yg sewaktu dengannya....dalam entry ini sy akan jelaskan kenapa lelaki tidak lagi diperlukan sebagai pasangan.. tahukah anda bahawa wujudnya bank sperma?.. dengan berkembang pesatnya bidang genetik di negara-nagara maju..pelbagai teknik untuk mengatasi masalah mendapatkan zuriat telah berjaya dilaksananakan...malahan, teknik perubatan genetik yg pada mulanya bertujuan membantu mereka yg bermasalah kini telah diaplikasikan sehingga melangkaui batas fitrah hidup manusia..bila mana manusia seakan cuba melawan fitrah sebenar 'institusi kekeluargaan'. tahukah anda bahawa sel sperma boleh hidup selama lebih dr 100 tahun? teknologi perubatan dan genetik telah menemukan cara untuk menyimpan sel sperma dengan jangka masa yang sangat panjang. secara ringkasnya sel sperma ini tahan lama kerana ia akan di...

do assignment!

Image
sedang sy berbungkus-bungkus menyiapkan assignment secara last minute...kak izat pulang dr rumah sepupu beliau dan membawa bersama makanan..walaupun perut sy tidaklah lapar..tp sy terliur nak buat cam mana..kak izat bawa balik laksa johor..aik!..laksa johor yg semua org kata best dan sedap kat entry yg lepas mana boleh jadi kalau sy tak try...huahua...uhurm..jam 10.30 mlm sy melantak sepinggan laksa johor...boleh abis tak sampai 10 minit...pastu cik hasni plak keluarkan kek coklat..(kak izat gak yg bawak).. adus...sian perut sy malam nie terpaksa menampung makanan secara berlebihan dek kerana nafsu makan tuan punya badan yg buas. ok..cuba you all tengok tajuk entry tue..huahua..sy sedang wat assignment nie tapi tetap menyibuk nak post entry..kuangkuang..perangai apa ntah kalau post entry 10 minit boleh siap..kalau wat assignment berjam-jam baru dapat berapa slide sahaja...huarghh! benci gila perangai camnih...bila lah nak insaf diri nih..=p ini dia laksa johor..erm..boleh tahan..->...