Penggemar Yogurt Sejati.


hi semua.. hye.hye.

ini entry berkisarkan makanan. bukan masakan. eii. tak sama ek? Ya, tak sama. ini perihal makanan yang beli saja terus boleh 'ngap'. you all dah tau kan aku ni seorang 'peminum susu'. InsyaAllah semua jenis susu boleh lalu di tekak, tapi susu kambing tak pernah try lagik. susu unta pun belum cuba. err, susu kucing pernah? teringat my youngest sister. dia kata dia pernah try susu kucing. ntah la macam mana dia buat. tak pulak mak kucing tu cakar ke apa.

cerita pasal susu sebab nak kaitkan dengan yogurt. susu dan yogurt ni macam adik beradik tiri la. induk dia 'Dairy Product'. orang kampung kata 'produk tenusu'. camtulah. biasanya yang tak minum susu juga tak makan yogurt. tapi mungkin bukan semua. rasa yogurt bila dah combine 'menjadi perisa tertentu' maka dia jadi enak dan tidak mual. sekali try macam tak best. dua kali try macam boleh telan. haa. (tutorial menjinakkan anda mengambil produk tenusu).

minuman yogurt kat pasaran sangat banyak jenis. kalau pergi hypermarket tengok barisan yogurt yang pelbagai. rasa macam nak borong semua perisa. tamak gila! yes. tiap kali 'outing' mesti akan beli yogurt. suka sangat. beli satu cuma 1.40 sen. selalunya beli satu atau dua. tapi kadang2. beli lebih-lebih juga. buat stok. :p





jarang sebenarnya beli yogurt MariGold ni. tapi sesaja je nak try. boleh tahan sedap. harga dia 1.60sen camtu. mahal sket dari DutchLady.








haaaa, yogurt Berries adalah favret!. ini dua hari lepas membeli sebanayak 4. (1 dah makan dengan laju2 tak sempat nak snap, so gambar yang ada cuma 3 saja).




apa dia bagusnya Yogurt nih?

*mengandungi nutrien dan bakteria baik yang mampu menguatkan antibodi badan sekaligus membantu tubuh menghadapi sebarang masalah kesihatan yang ringan seperti sakit perut, selesema dan sebagainya.

*mengandungi kalsium dan protein agak tinggi. sesuai untuk anda 'yang berdiet secara sihat'. kerana ia juga mengenyangkan dan membekalkan tenaga. lemak?.. 0%! (sesuai untuk yang fobia gemuk).


# dairy product biasanya ada tarikh luput. so jangan simpan lama-lama sampai more than 1 month. dan sentiasalah simpan dibawah suhu 4 darjah celcius. (in case tak habis makan, terus simpan dalam fridge).



ada orang kata yogurt juga bagus untuk kulit muka (buat masker). hoho! tapi aku tak pernah try lagik. sebab nafsu nak telan yogurt tu sangat membuak-buak maka tak sampai hati nak melumurkan ia di muka. lagipun kulit muka aku dah cukup berkhasiat kot. EheHe!

Comments

Farihah Ahmad said…
oh, aku 1st??? hehhhhehhh
liyanaziz said…
ye, yana juga penggemar yogurt!! dutch lady punya.. huhu.. x penah rasa yg brand yg lain lagi xcept marigold manggo, sedap, x masam compared dgn dutch manggo.. baru tadi rasa.. heeee
Anonymous said…
xsuka r yogurt..masam...huhu..
Joy Kalonas said…
Good info sarah.. the only thing that I like about yogurt is because it contains live-cultures, seperti Lactobacilus acidophilus dan bifidus..

Cuma, jgn tertipu dgn dakwaan 0% fat yang tertulis pada label yoghurt tu (seperti Marigold punya 0% fat yogurt). kalau kita nak jaga berat badan/tgh kuruskan badan, tgk pada jumlah kalorinya, kerana kalori ini mewakili nilai tenaga yang dibekalkan oleh tenaga tersebut, dan dia juga mewakili komposisi karbohidrat, protein, dan lemak secara keseluruhan.

Saya rasa saya ada sebut pasal hal ni dlm entri saya kan? ;) thanks for visiting my blog.
Joy Kalonas said…
ops, typo.. "...mewakili nilai tenaga yang dibekalkan oleh MAKANAN tersebut.." hehehe..
SYAFIQAHSALEH said…
saya juga suka :D
joegrimjow said…
yg zero fat tu biasanya ada *(star) sebab jarang makanan boleh ada 0 fat.

bleh tlg check?
hudhud said…
tak suka yogurt. tk sedap ! hehehe
Rina Rossoneri said…
seminggu sekali kita mesti beli yogurt,pastu tepek kat muka..best sbb lepas tu rasa licin dan lembut hahaha
Rara said…
suka minum yogurt bliss.. :)
darkbatman said…
yogurt bagus utk mereka yang nk berdiet dan dptkan kulit yang lembut.. biasenye aie amalkan stiap hari..
sweetsal said…
anak2 suka makan yogurt..yg plain blh mkn dgn nasi putih campur garam..entahlah budak2 suka..satu lg yogurt digunakan dlm masakan spageti carbonara..hmmm..sedappp..yummy..
hahaha..aku pon same weh.. x sampai ati nak lumor yogurt ke muka.... yang masker yogurt tu pon aku x sampai ati nak pakai weh... org bg aku dok tenung, leh tak sapu ke lidah jerk.
.::WaNiE::. said…
yogurt adalah lebih baik dari ubat kalau mengalami cirit birit :)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..