Penggemar Yogurt Sejati.
hi semua.. hye.hye.
ini entry berkisarkan makanan. bukan masakan. eii. tak sama ek? Ya, tak sama. ini perihal makanan yang beli saja terus boleh 'ngap'. you all dah tau kan aku ni seorang 'peminum susu'. InsyaAllah semua jenis susu boleh lalu di tekak, tapi susu kambing tak pernah try lagik. susu unta pun belum cuba. err, susu kucing pernah? teringat my youngest sister. dia kata dia pernah try susu kucing. ntah la macam mana dia buat. tak pulak mak kucing tu cakar ke apa.
cerita pasal susu sebab nak kaitkan dengan yogurt. susu dan yogurt ni macam adik beradik tiri la. induk dia 'Dairy Product'. orang kampung kata 'produk tenusu'. camtulah. biasanya yang tak minum susu juga tak makan yogurt. tapi mungkin bukan semua. rasa yogurt bila dah combine 'menjadi perisa tertentu' maka dia jadi enak dan tidak mual. sekali try macam tak best. dua kali try macam boleh telan. haa. (tutorial menjinakkan anda mengambil produk tenusu).
minuman yogurt kat pasaran sangat banyak jenis. kalau pergi hypermarket tengok barisan yogurt yang pelbagai. rasa macam nak borong semua perisa. tamak gila! yes. tiap kali 'outing' mesti akan beli yogurt. suka sangat. beli satu cuma 1.40 sen. selalunya beli satu atau dua. tapi kadang2. beli lebih-lebih juga. buat stok. :p
jarang sebenarnya beli yogurt MariGold ni. tapi sesaja je nak try. boleh tahan sedap. harga dia 1.60sen camtu. mahal sket dari DutchLady.
haaaa, yogurt Berries adalah favret!. ini dua hari lepas membeli sebanayak 4. (1 dah makan dengan laju2 tak sempat nak snap, so gambar yang ada cuma 3 saja).
apa dia bagusnya Yogurt nih?
*mengandungi nutrien dan bakteria baik yang mampu menguatkan antibodi badan sekaligus membantu tubuh menghadapi sebarang masalah kesihatan yang ringan seperti sakit perut, selesema dan sebagainya.
*mengandungi kalsium dan protein agak tinggi. sesuai untuk anda 'yang berdiet secara sihat'. kerana ia juga mengenyangkan dan membekalkan tenaga. lemak?.. 0%! (sesuai untuk yang fobia gemuk).
# dairy product biasanya ada tarikh luput. so jangan simpan lama-lama sampai more than 1 month. dan sentiasalah simpan dibawah suhu 4 darjah celcius. (in case tak habis makan, terus simpan dalam fridge).
ada orang kata yogurt juga bagus untuk kulit muka (buat masker). hoho! tapi aku tak pernah try lagik. sebab nafsu nak telan yogurt tu sangat membuak-buak maka tak sampai hati nak melumurkan ia di muka. lagipun kulit muka aku dah cukup berkhasiat kot. EheHe!
Comments
Cuma, jgn tertipu dgn dakwaan 0% fat yang tertulis pada label yoghurt tu (seperti Marigold punya 0% fat yogurt). kalau kita nak jaga berat badan/tgh kuruskan badan, tgk pada jumlah kalorinya, kerana kalori ini mewakili nilai tenaga yang dibekalkan oleh tenaga tersebut, dan dia juga mewakili komposisi karbohidrat, protein, dan lemak secara keseluruhan.
Saya rasa saya ada sebut pasal hal ni dlm entri saya kan? ;) thanks for visiting my blog.
bleh tlg check?