jangan mudah menilai orang.
entry ini ditujukan kepada manusia yang berkaitan sahaja...
apabila anda membaca sesuatu cerita. anda memang berhak menilai, tapi ingat, penilaian anda tidak semestinya betul, jauh lagi tepat. cerita yang anda baca. bukan 100% lengkap dari awal hingga akhir. ia mungkin sebuah penceritaan ringkas yang akan datang diharap ada sesuatu yang dapat diperbaiki.
jangan mudah menilai sesebuah penulisan dari sudut 'komplen' semata-mata. cuba lihat ia dari sudut 'harapan untuk masa akan datang'. biasanya manusia. dia tidak akan menulis suara hati tanpa sebab. bila dia kongsi sesuatu dalam blog, itu bermakna dia harap pembaikan di masa akan datang.
anda tidak akan tahu apa-apa, selagi anda tidak berada dalam posisi si pencerita. nak bagi pendapat, nak bagi buah fikiran. semua orang pun terer. tapi hanya yang mengalami yang akan tahu bagaimana. oleh itu, jangan anda mudah mempertikaikan 'bidang tugas' orang lain.
bagaimana saya menerima training, berapa saya dibayar, itu tidak ada kaitan dengan luahan rasa saya di alam blog. saya berkongsi sesuatu di sini bukan untuk menyesali bidang tugas saya. tetapi berkongsi sesuatu supaya akan datang flow sesebuah exhibition/showcase akan menjadi lebih baik. pandanglah dari sudut itu.
saya suka kerja saya. dan turut berbangga menjadi salah seorang tulang sisi kepada sesebuah exhibition atau showcase. tetapi saya bukan bertugas untuk sekali (mihas sahaja). saya sudah memberi khidmat yang sama untuk exhibition lain sebelum ini, dan tetap akan bertugas di posisi sama untuk showcase yang lain akan datang. sebab itu saya katakan, jangan melihat cerita mihas itu dari sudut komplen semata-mata.
jangan mudah mempertikaikan tahap profesional orang lain jika anda tidak pernah berada di posisi orang itu. ya. blog adalah public. sesiapa pun boleh baca. dan jika anda adalah seorang pembaca, jangan assume sebuah cerita yang 10% sebagai 100%.
apapun. terima kasih kepada 'anda' yang memberi komen tanpa cas (neutral) dalam bahasa yang baik. saya menerima ia dengan hati terbuka. dan berharap 'anda' menerima jawab saya ini dengan hati terbuka juga.
sekian.
Comments
harap semuanya baik-baik saja
:)
meluahkan rasa hati berbeza sekali dengan rungutan.