jangan mudah menilai orang.

entry ini ditujukan kepada manusia yang berkaitan sahaja...



apabila anda membaca sesuatu cerita. anda memang berhak menilai, tapi ingat, penilaian anda tidak semestinya betul, jauh lagi tepat. cerita yang anda baca. bukan 100% lengkap dari awal hingga akhir. ia mungkin sebuah penceritaan ringkas yang akan datang diharap ada sesuatu yang dapat diperbaiki.

jangan mudah menilai sesebuah penulisan dari sudut 'komplen' semata-mata. cuba lihat ia dari sudut 'harapan untuk masa akan datang'. biasanya manusia. dia tidak akan menulis suara hati tanpa sebab. bila dia kongsi sesuatu dalam blog, itu bermakna dia harap pembaikan di masa akan datang.

anda tidak akan tahu apa-apa, selagi anda tidak berada dalam posisi si pencerita. nak bagi pendapat, nak bagi buah fikiran. semua orang pun terer. tapi hanya yang mengalami yang akan tahu bagaimana. oleh itu,  jangan anda mudah mempertikaikan 'bidang tugas' orang lain.

bagaimana saya menerima training, berapa saya dibayar, itu tidak ada kaitan dengan luahan rasa saya di alam blog. saya berkongsi sesuatu di sini bukan untuk menyesali bidang tugas saya. tetapi berkongsi sesuatu supaya akan datang flow sesebuah exhibition/showcase akan menjadi lebih baik. pandanglah dari sudut itu.

saya suka kerja saya. dan turut berbangga menjadi salah seorang tulang sisi kepada sesebuah exhibition atau showcase. tetapi saya bukan bertugas untuk sekali (mihas sahaja). saya sudah memberi khidmat yang sama untuk exhibition lain sebelum ini, dan tetap akan bertugas di posisi sama  untuk showcase yang lain akan datang. sebab itu saya katakan, jangan melihat cerita mihas itu dari sudut komplen semata-mata.

jangan mudah mempertikaikan tahap profesional orang lain jika anda tidak pernah berada di posisi orang itu. ya. blog adalah public. sesiapa pun boleh baca. dan jika anda adalah seorang pembaca, jangan assume sebuah cerita yang 10% sebagai 100%.

apapun. terima kasih kepada 'anda' yang memberi komen tanpa cas (neutral) dalam bahasa yang baik. saya menerima ia dengan hati terbuka. dan berharap 'anda' menerima jawab saya ini dengan hati terbuka juga.


sekian.

Comments

MR. SYAH said…
saya setuju.. org cepat saja membuat penilaian sendiri..
Anonymous said…
harap baek2 saje...
Kujie said…
tak semua pintu kehidupan kita buka utk setiap orang - sebab itulah nak komen pun berpada-pada cukup...

harap semuanya baik-baik saja
ZACK ENTRY said…
akan ku berhati-hati kali ni..=)
myQza said…
kaang2 org salah tafsir dengan luahan dan rungutan
beautiful_rose said…
meluahkan lbh baik drpd memendam rasa.
meluahkan rasa hati berbeza sekali dengan rungutan.
Ur Other Half said…
setuju..dlm blog, cuma amek 10% dr 100% cz even di alam realiti pun 10% dr cerita 2 xsemestinya betul.ahahah.. yg penting, kene menilai dr bijak n bkn hanya emosi semate2..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..