Novel Ombak Rindu bakal difilemkan.

selepas filem Lagenda Budak Setan berjaya mencapai sasarannya di pawagam, novel seterusnya yang bakal mengikut jejak adalah karya Fauziah Ashari bertajuk Ombak Rindu. dikatakan bahwa Osman Ali bakal menjadi Director untuk filem ini. menurut FanPage Lisa Surihani di laman sosial Facebooknya. watak-watak yang dicadangkan telah pun ada. iaitu Aaron Aziz sebagai Haris, Maya Karin sebagai Izzah dan Lisa Surihani sebagai Mila. 

novel Ombak Rindu mengisahkan Izzah, gadis kampung yatim piatu yang terperangkap bahana dari bapa saudaranya sendiri yang 'menjualnya' di kelab malam sebagai penghibur. di sanalah dia bertemu Hariz, dan Hariz 'merosakkannya' serta mahu memilikinya. namun Izzah merayu supaya tidak dijadikan perempuan simpanan sebaliknya meminta Haris menikahinya diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa.

Haris yang merupakan anak seorang usahawan (Tengku Sufiah) seorang lelaki yang sangat sombong dan ego. walaupun Izzah sudah dinikahi sebagai isteri namun dia melayan Izzah dengan penampar dan sepak terajang. (alaaa, ini cerita yang mula-mula tak suka lama-lama jatuh cinta gak...biasalah. novel kannnn, macam korang tak paham.) actually novel ni ada sekuel dia. tapi sekuel dia bagi aku tak bape best sebab berbelit-belit sket. siap Izzah tetiba ada kembar la pulak. well, taktau style macam mana novel ni akan difilemkan, bersama sekuel dia atau apa. kita tunggu saja.

---------------------------------------------------------------------------------

novel Ombak Rindu ni aku baca time aku form 4. memang sedih la menangis-nangis feel habis. masa tu aklau ada orang yang tak baca lagi novel ni memang kitorang akan paksa suruh baca gak novel ni sebab kononnya macam best gila. tapi dedulu masa zaman sekolah menengah aku memang kaki novel cintan melayu alaf 21. tapi kau faham-faham jelah, cerita dalam novel flow dia mana lari sangat. lebih kurang je pun. balik-balik cerita lelaki anak orang kaya perempuan lak gadis kampung je. pastu si lelaki ego gila-gila mula-mula benci padahal dalam hati dah suka. ala, memang macam tu jelah selalunya. kan?

zaman kat Universiti ni aku memang dah jarang layan novel. kalau gila-gila orang kata best barulah aku nak baca. cam novel Habiburrahman Al-Sherazy dan Hlovate.

apapun, diharapkan filem adaptasi novel bukan saja bergantung pada 'peminat novel' semata-mata. biarlah ceritanya digarap dengan baik demi kepuasan penonton. biar kita boleh berdiri bersama dengan filem adaptasi novel di Indonesia dan negara-negara lain.




Comments

BEST NOVEL NI..
HOPE JGN LA LEMBAB JLN CERITANYA CAM LBS
miss anne said…
Novel ni penah baca zaman sekolah dulu..
hope cerita dia ok..
Queen said…
dulu pernah baca..antara yangbest la dulu..skang dah melambak gitu....betull..habiburrahman nye novel best kan..
Fatehah A. said…
mcm x sesuai je pelakon2 yg dicadangkan tu dgn wataknye.huhuhu
Seriously??? Aku menanti.. Tak sabar.. Novel ni memang best.. Tapi kan novel ni ade sequel.. Huhu..
Seimura said…
oh ade sekuel ke novel tu? nape aku tak tau?
Anonymous said…
Hye Nur Sarah, yanfie hadiahkan anda award, jgn lupe c0llect di Blog Yanfie's Cottage k.... :)
Cik Akma said…
uwahhh i love this novelll!! yeahh yeahhh!
Huda Luna said…
harap sgt cite ni ok dr LBS

fan kipas susah mati kot huda ni kt novel OR
Huda Luna said…
This comment has been removed by the author.
mamai said…
lepas nie banyak la novel jadi filem
Aidi-Safuan said…
hahaha... pernah baca gak novel nih dulu. tapi cerita dia macam x berapa "kick" sangat la. sebab banyak sangat story pasal bisnes dalam novel nih. pening gak kadang2. huhu
gila la novel ni.kan ada sambungan die lepas tu. aku sanggup bersengkang mate bace... tapi bila dah besar aku naik geli baca novel over jiwang.heee...sebab tu aku suke hlovate punye :D
firra said…
...xbaca plak smbgn novel ombak rindu...pepon ttp sokong karya tempatan...
Zik said…
btul tu...
asyik2 cite sama je...
cite ank laki org kaya suke gds sederhana...
ak lagi suka bca novel Hlovate....sempoi je...
ombak rindu ni cerita best.,novel fveret mak saya.,takot kalau bila difilemkan.,hilang nilai estetika sebuah novel tu.,but, kalau filem tu menjadi.,kre ok la^^
blog-tips-kurus said…
filem yang memang tengah meletop sekarang ni.. :)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..