menguap/sangap? gara-gara World Cup 2010!
mengantuk dah. time taip entry ni, aku dah menguap untuk kali yang kesebelas. ermm. nak cerita sket tentang diri sendiri. ermm. ada berita tergempar. aku dan housemates dikehendaki berpindah dari rumah yang kami sewa sekarang. bukan kena halau sebab tak bayar sewa. (ini bukan macam drama). kami kena pindah sebab kawasan kg kerinchi ->berhadapan LRT Universiti ini mahu diroboh dan dibangunkan menjadi sesuatu yang bombastic. kononnya berbunyi macam itulah. nak kasi roboh rumah kami yang rendah ni. Aiyyo. malasnya nak fikir pasal pindah rumah. malas nak cari rumah, malas nak packing barang, malas nak uruskan segala hal. dan malas dan malas lah. Arghhh!.
malam ini tak makan nasik. tak ada selera. tapi makan Yong Tau Foo. beli segala bola2 ikan ketam udang kat Carrefour dan kemudian rebus sendiri di rumah. bukan itu saja. gigih pula menyediakan kuah Yong Tau Foo tersebut secara hentam saja. blender bawang, cili kering, ikan bilis. panaskan minyak then masak hasil blender dalam kuali. letak kicap, letak sos tomato, letak serbuk BlackPepper, tuang sket air rebusan Yong Tau Foo tadi, then tambah garam dan gula sikit. haaa. macam boleh tahan lah hasilnya. sedap je resipi bantai saja ni. malah lebih sedap dari kuah Yong Tau Foo kat Food Court kl central. hoh!
kat Johor, sangap seerti dengan menguap. tapi sekarang 'sangap' macam digunakan untuk situasi 'teringin sesuatu tapi tak dapat-dapat'. err. tak faham sejak bila 'sangap' diertikan sedemikian rupa. apa-apa jelah you all. haaaa. menjelang 11 June. menjelang juga World Cup 2010. pastinya kekerapan 'menguap' di tempat kerja akan meningkat secara mendadak. di usia 23 tahun ini. nampaknya aku bakal menonton ramai pemain-pemain yang lebih muda dari usiaku. kalau dulu boleh macam logik nak admire kat football player yang muda-mudi. sekarang.? sangap jelah-- ok.
p/s: aku bukan penyokong Brazil dan France!
Comments