the ugly thing, u should read.
sebenarnya aku taknak bebel-bebel tentang something ugly dalam blog nih. sebab aku tak suka blog aku tercemar dengan semua tu. tapi makin hari makin menjadi-jadi. makin hari makin membiak-biak. makin hari makin terkinja-kinja. ok. start enjin dah.
*ada orang, hidup dia banyak sangat masa-masa terbuang. sampai dia gila rajin nak teliti salah silap orang. begitu tak kena. begini tak kena. dia betul semua mungkin.
*ada orang, hidup dia sangat membosankan, maka mulalah dia terkinja-kinja mencari perhatian. lepas tu dia sorang-sorang seronok sakan. bahagia mungkin.
*ada orang, hidup dia langsung tiada cabaran, maka sukalah dia untuk jadi api-api. dia tak bakar diri, tapi dia marakkan api untuk hanguskan orang lain. lagi banyak yang hangus. lagi dia suka. *macam syaitan.
*ada orang, dia lebih bercakap daripada memerhati. dia macam tau semua walhal dia tak tau apa-apa. then mulalah dia nak pengaruh orang ikut ideologi dia. dia ingat dia profesor ke apa.
*ada orang, dia lebih tahu tentang sesuatu, tapi dia memilih untuk berdiam. sebab dia cool. orang yang cool tidak akan melayan kerenah mereka yang suka terkinja-kinja.
*ada orang, dia berdiam bukan kerana dia mengalah. sebab yang bising bukanlah seorang pemenang. makin banyak bicara, makin banyak salahnya. makin banyak saham pula. dunia. dunia juga. akhirat jangan lupa.
# peace no war..
Comments
jari yang menari atas papan keyboard, tiap huruf yg kita taip dengan tujuan menyakitkan hati orang - semua tu akan bangkit di akhirat menjadi saksi
dgn org lain yg kita bawa terjerus dalam unggun api yg kita siram petrolnya..itu juga akan dihitung akan dihisab di akhirat nanti
diri sendiri pun kita tak tertanggung, sanggupkah nak menanggung org lain yg sama2 kita pengaruhi?
hidup ini singkat - berbuat baiklah selagi masih bernafas
paham yg tersurat n tersirat ..
n lu owayz cool sara. :)