Sunday, May 16, 2010

Career Day & Tourism Fair at PWTC.

hari ni pergi PWTC. dah tengah hari baru bertolak. macam biasalah, bangun lewat. pergi naik lrt ke masjid jamek n then tukar lrt ke pwtc. pergi macam gesa-gesa dengan perut kosong. air pun lupa minum. sampai sana. mak ai ramai sangat orang. kebanyakkannya dressing sangat proper weh, pakai kasual gila. kemeja siap necktie, tuck in lagik, yang pempuan pun ramai pakai baju kurung, n kemeja n slack. waduh. apsal diorang skema sangat, aku pergi pakai tshirt n jeans je. lantak apa janji aku selesa.:p

banyak gila lah company, yg kerajaan yg swasta, yang bisnes, yang insurans, finance, banking, pasaraya, francais, automobil, hospital, hotel n kulinari. media prima pun ada. dan ntah apa-apa lagi company yang aku tak pernah dengar. serius la banyak yang amat. pening la kepala aku. aku tak ada sangat isi form n bagi resume. just ambik diorang nye handout n fliers jek. serabut la ramai-ramai orang nih. bikin pusing. nanti aku email jela resume kat mana-mana company yang aku berkenan. oh ya, program tuk fresh graduate pun ada under kemennterian pengajian tinggi. macam program tuk nilai tambah:- add soft skill.

tourism fair lak takde apa sangat aku rasa. semuanya pasal pakej melancong dan penginapan la kan. taktau la murah ke tidak, kalau pun  murah aku tetap tak ada bajet nak melancong. nantilah tunggu aku kumpul duit berbukit-bukit pastu nanti aku travel la. travelling memang a part of me. aku memang suka sangat jalan-jalan explore n amik gambar. tapi itulah. matter of money. no money no talk. so. kumpul la duit banyak-banyak dulu. pastu boleh la aku beli DSLR n melancong puas-puas.

aku sebenarnya dah lama tak jalan bersesak-sesak macam hari ni. ya ampun. memang tak tahan. balik tadi aku terus pening kepala. sampai sekarang pun berat gila kepala aku. then tu pasal la entry ni jadik kucar-kacir macam nih. oklah. siapa yang rasa nak pergi career day tu, esok ada lagi. last day esok. pergilah mencuba nasib. kalau ada rezeki nak dapat kerja ada lah tu. aku pun tadi cuma cari kerja part time je. :p


okla, kepala makin pening nih.. bye




2 comments:

nurain said...

kebanyakan orang mengalami hari yang meletihkan hari nihuhu

mari berehat~

lalallala

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bagi panadol kat dak pening nieh...
=.=