Wednesday, May 26, 2010

spesis pemandu teksi yang wajar disumpah.

haaa, terbaik punya tajuk aku bagi. sila cakap terima kasih kepada tajuk yang best banget tu.


satu hari jam 1petang di hari Selasa. (hari ni la senang citer...)


sedang meronda-ronda (berjalan kaki sebenarnya..) di sekitar Pasar Seni. alamak. panas la. haish. kalau dapat pi mall terdekat bagus gak nih. ermm. Times Square tak jauh kot. kalau nak lrt kena tukar2 leceh la pulak. naik teksi pun ok rasanya. bukanla jauh pun. mesti harga tambang pun lebih kurang.

betul-betul berada di bus stop depan lrt Pasar Seni yang juga berhadapan dengan Central Market. terdapat banyak deretan teksi. kebanyakannya pemandu kaum india di usia pertengahan.

"err, uncle. saya nak ke Times Square boleh ke?"

" boleh dik, tapi rm15." slow je part dia habaq rm15 tuh.

"eh! apsal mahal sangat. bukan ke dekat je?"

" yela, mahal sketla. jalan sesak la."

"eh. tapi kenapa tak ikut meter."

" mana ikut meter kat sini dik."

" takpela. taknak lah". seraya buat muka masam dan segera blah dari situ. hati dah berbuku.


jalan sket ke depan lagi. tak bape jauh dari situ. menghampiri kawasan mall KotaRaya. (jalan dalam 5 minit).
ada bus stop kat situ beserta deretan teksi.


"hi uncle, teksi ni ikut meter tak?" bertanya dahulu.....

"eh. mestilah ikut meter. naiklah. nak ke mana?"

"Times Square."


dalam perut teksi, terpandang kertas warna kuning yang dilekatkan dibelakang tempat duduk driver. owh. boleh buat aduan kat LPKP. ermm. tetiba mahu bertanya kepada driver teksi tersebut.


"penumpang memang boleh buat aduan kat sini ya uncle?"

"owh. boleh. nak adu pasal apa?"

"errr. tadi. depan lrt pasar seni, uncle teksi tu nak caj saya 15ringgit ke Times Square".

"owhh. mahal tu. boleh buat aduan kalau adik hafal no plat dia".


dan seterusnya  uncle teksi tersebut bercerita bahwa memang ada teksi yang taknak ikut meter kat kl nih. dan dia ada cakap. kalau ikut meter. kerja 8jam sehari. dah cukup maaa...

aku diam je. dan tadi aku sempat menjeling salah satu no plat teksi jahanam tersebut. tapi sebenarnya aku tak pasti mana satu teksi empunya yang nak caj aku 15 ringgit tuh. sebab pakcik-pakcik tu ramai-ramai tak berada dalam teksi pun. salah satu no plat yang aku ingat. HWD671.

sampai saja di depan Times Square, aku memandang harga yang tertera di meter teksi. RM.5.50sen. segera aku hulurkan duit dan uncle itu senang hati memberikan resit. setelah mengucapkan terima kasih, aku segera berlalu dan menaiki tangga untuk across ke dalam Times Square.

* apa punya jahanam la teksi pertama tu nak caj aku 15 ringgit sedangkan harga mengikut meter cuma 5.50sen. skang aku nak tanya. wajar ke tidak aku menyumpah beliau?. dia nak ambik untung sebanyak 9.50sen beb! bukan sikit tau. kalau pergi McD time tengah hari MacValue Lunch dah boleh dapat Chicken McDeluxe+French Fries+Coke.

* yes, aku tau la penat jadi pemandu teksi ni. tapi what the hell la sampai nak ambik untung hingga 3 kali ganda. kau tu dah la pakai NGV. bukannya pakai petrol. eiiii.!

* baiklah. anggap entry ini sebagai pengajaran. dan sebagai 'suara rakyat'. kata 1 Malaysia. bersatu padu lah apelah. bab adil tu campak mana?.


p/s: kepada pemandu teksi yang adil dan berhemah, Syabas!





22 comments:

embun d tengah malam said...

mmg kene report

aisHa 'S' said...

pernah kena gak n the mmg rase sgt teruk....
Dr mid ke bangsar tu cas 10 henget..tu time harga xnek lagi.lepas pd tu tobat la..bek jalan kekaki je..xsakit ati xbuang duit.hehe...
bgus la sbb awk suarakn sal ni kt pak cik tu..sbb mmg ade teksi yg bek..m jga2 kdg2 polis pn ade yg bwk teksi..sy pernh naik teksi yg polis bwk...

atty's said...

memang kena buat aduan lah .,.byk tu dia nak kaut untung kat situ

Kniedaz said...

xpenah nek teksi...tp kena gak beringat

Alynn Notnot said...

penah kene jgk! grr tension gilak.

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

perh kalau order nasi ayam tu dah boleh bagi 4 org makan...cekik darah betol pemandu teksi tu yer..ish...

mook said...

cekik drh kot..huhu~

fiD said...

sikap manusia susah dong, hoho... sumpah jew...

FarhanaDr said...

Hohohoho.. Tau takpa.. NGV tu pon dah banyak jimat wooo..

starsyeea said...

selalu dh kena camtu...dari mid valley nak ke kerinchi pun bole mintak rm20...haram satey betol...

jom buat repot!

otak ketat said...

sampai sekarang masih tak boleh menerima kenyataan yg baru duduk ja harga dah start RM 3. cis. aku benci teksi.

Aby Umy said...

salam kenal dari http://aby-umy.blogapot.com/

kalau ade mase singgahlah ke blog saye,,,

zairie said...

bawak kete la senang.. xyah nak agdo2.. hehe

Othman Juliana said...

biasanya yang tak ikut meter ni tak keluarkan resit walaupun kita mintak. Yela, resit tu sah2 bukti kukuh kalau nak report kan. oho!

.::WaNiE::. said...

heheh bayangkan, dari bintang walk yg sekangkang kera ngn puduraya tu ada sekali tu dia nak cas 10hengget

sorry

tak koser nak layan

yoro okino said...

aku pon menympah ngn dorng..
tipu orng jer keja nthen nak kasi anak bini gak mkn..nak student mcm kitorng lagi besh dorng goreng..mcm bgus jer..

zella y said...

bagus2!!
ni la pengguna yg bijak....

sy pon mcm tu...klu nak naik teksi tny dulu....nanti dorang tekan harga...geram betul...

Mr feckry said...

bagi gua no plat teksi tu

Huda Luna said...

kt KL untung ade meter kt tmpt lain negeri lain xde n dorg suka hati cas
mcm naik teksi ke umah aku dr perhentian bas yg jarak dlm 10 minit smp rm20

Eazy Izzuddin said...

report2 je..
penah terkena, tp di sebab kan nak hurry..terpakse la huhu

Ery Farieha said...

mak oii
3x ganda
agak2 la pakcik
huhuhuhuh

kisah aku dan teksi said...

jng salahkan sesiapa,salahkan diri sendiri,siapa yg suruh naik teksi yg gunakan meter mulut tu,melambak lagi teksi kat KLni yg pemandunya budiman.dia taknak ambik lain teksi.