The Mines. (entry bergambar) part II




untuk sesiapa yang ketinggalan cerita The Mines (entry bergambar) part I boleh klik SINI.







ok, pada hari tersebut, selepas lunch, kami bertujuh pergi main bowling. Haha! itu TIPU. main tu tidakla, tapi kami memang masuk area bowling ni untuk cari surau. WHAT?.. surau dia kat dalam tempat bowling. yea. begitulah ceritanya kawan-kawan. jangan ragu-ragu, ini bukan tipu. (tengok, kan I tak ketawa..). tapi dalam surau tu dah tak dengar dah bunyi orang hempas bowling. kalis bunyi mungkin. hehe.





sebenarnya kami macam nak main jugak bowling nih. tapi masing-masing tak pakai stokin. so malas la nak kena beli stokin pulak. bazir duit je stokin dia dahla tak best. Miahaha!. so. kita pun tak mainlah. tengok jela org main. (ceh padahal malu nak main sebab tak teror. kahkah).





Jihan, Husna n Fiza, ini adalah wajah-wajah selepas solat zuhur. muka masih ceria. awas! yang bertudung krim tu sudah berpunya. yang lagi dua masih available. ekekekeke. promote kejap. err.tumpang lalu....





jalan dengan gegurlz. memang macam inilah selalunya. mesti nak ushar alat make up. tapi aku ni belum berminat kepada barangan solek. setakat ada bedak muka dah cukup. mungkin aku ni belum bersedia menjadi 'wanita'. masih berjiwa kanak-kanak. HahaHa! (patutla tadak org mengorat.. :p).




eii. rambut palsu. dulu aku pernah tengok rancangan talkshow omputih. depa ceritakan yang kebanyakan rambut palsu adalah dari negara India. wanita di negara tersebut akan membela rambut panjang dengan rapi supaya kemudiannya boleh dijual, dan dipasarkan ke luar negara. (tapi aku nak pegang pun geli..yucks!).




ok. inilah dia waktu kemuncak. acara makan kek. sorry. malas nak rotate gambar. hehehe!





mesti kena ada gaya nak potong kek. tapi kek tersebut tidak juga terpotong. dah berbelas gambar. kek itu tetap begitu. hahahah!





-

-

-


jihan dan izzah.


-

-



Fiza, Husna, Izah n Shera.

-

-

-

ok. selesai makan kek. kami solat asar. dan kemudiannya konon-konon mahu melihat Taman Tema. mungkin ada haiwan macam di zoo. atau apa lagi ntah tema kat sini kita pun taktau sebab tak pernah masuk. tapi memang tak jadi nak masuk sebab tiket nak tengok binatang-binatang setakat dalam taman yang tidak berapa besar adalah 10ringgit. nak tangkap gambar dengan burung kakak tua pun kena cas 5 ringgit walaupun guna kamera sendiri. aiyoo. (lebih baik aku pergi Zoo Negara. lagi banyak haiwan dan lagi murah). so. Cancel!



mulanya nak suruh Izah ambik gambar, tapi sampai ke sudah semua gambar pun shake. nampaknya aku juga lah yang paling pakar menggunakan kamera sendiri. huRmm.






pulang ke ktm serdang jam 7.30 malam. solat maghrib di situ jugak. lebih kurang jam 8 malam. bergerak dari serdang ke kl central...dan seterusnya menaiki LRT ke stesen Universiti. untuk dinner. kami semua makan char kuey teaw di stesen U. tempat ni tiap-tiap malam ramai orang. char kuey teaw dia boleh tahan sedap. tak mahal. 3.50sen sahaja.




-

-





dan, yang terakhir. ada juga gambar penulis blog. kehkehkeh!.


p/s: jumlah gambar yang disnap pada hari itu adalah 157. gila banyak. tapi macam biasa. kita share sikit-sikit saja. =))


 
TammaT.

Comments

SYAFIQAHSALEH said…
nak g mines gak :))
mie said…
banyak nya gambar awek2 cun..
kirim salam kat semua ye..
hheheee
aisHa 'S' said…
pernah pg kt pasar mlm stesen U..
tp xberapa gemar dgn bau kt situ..huhu...
.::WaNiE::. said…
baru nak tanya mana la gambar penulis blog ni sume gambar orang lain hehehehe

ada pun satu
myQza said…
yelah. tgk byk gambar kek
tp kek tu tak terpotong2. nak juga tgk kek tu terbelah dua
Hafiz Yusof said…
ouh bowling tu,.,.selalu men dulu
bola ijau tue la aku pakai semalam...
=.=
Anonymous said…
yang available tu pun leh tahan gak sebenarnya. haha



Latest:Santai: Apa Asalnya Telor?
huwwaaa xpenah p the mines tau :(
Q said…
aku suka makan char kuey teow dekat stesen U tu.
darkbatman said…
rmai ske g mines.. aie xpenah sampai. ape yang best yer?
pergi mines xnak ajak..dekat giler dgn tmpt sy..hehe..
rindu la nak makan cha kuew tiaw kt UM tu..dulu selalu dtg sbb lepak kt old town atas tu...hehe
Anonymous said…
comel la kak jihan tu..muka sweet je..huhu~ ^_^

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..