Tuesday, May 4, 2010

chatting..dan cerita lucu.


salam semua.

happy tuesday to all. ampun..! hari ni aku bangun lambat. n tak larat bukak mata untuk attend study group for next paper coming Friday. ni semua pasal malam tadi aku sembang chat Y.M ngan bebudak oversea (rakan blog). mula-mula chat dengan kawan blog kat Rusia. lepas tu chat dengan kawan blog kat Jerman. dua-dua lelaki. sorang single, sorang lagi tunangan orang. (perlu ke bagitau ini. :p) kalau you all bijak bestari, cuba teka siapa gerangan depa?. hahaha! 

best gak sembang dengan kawan blog. ada banyak benda boleh share. eii. bab cerita lucu. ini Facebook punya hal. semalam aku dah cerita dekat mamat dua orang ni. mula-mula aku malas nak story kat blog. tapi mamat jerman suh aku cerita je. so ni aku nak cerita. 

ada 3 hari lepas. aku buat status 'widowed' dekat Facebook. then sehari kemudian, aku dapat mesej kat Inbox Facebook. ada duda nak kenal dengan aku. lelaki lahir tahun 1973. ada banyak gambar dia n anak-anak dia. Mai God. ada orang percaya aku ini benar-benar janda muda berusia 23 tahun. LOL.

bila aku cerita benda ni kat mamat Rusia n Jerman ni, depa kata memang ada orang di luar sana yang anggap serius (percaya gila2) dengan status di Facebook. mamat Jerman sedap plak kata. "err, siapa taknak janda muda umo 23 tahun?". Haishoo! aku ni bertunang pun belum pernah. ekekeke. sumpah aku tergelak-gelak dengan situasi ini. lucu banget!

sebelum ni letak status single pun, ramai je yang send mesej nak berkenalan. ewahh. (bajet market tinggi la kau ni. boleh blah!). then tu pasal la aku buang semua gambar-gambar dalam Facebook. dalam blog ni pun aku dah malas nak letak gambar aku. siapa yang kenal aku tu kenal lah, yang baru nak berkenalan nak tengok muka aku cam mana, tengok la wajah kecil ku di profail blog. kalau lagi rajin. pi la godek entry lepas-lepas yang ada gambar. eceh. (ada ke yang rajin godek??).

itu jelah aku nak cerita. tak menarik pun sebenarnya kan.?..


p/s: aku okey je duhai kawan2. jangan bimbangkan aku. sayang you all gak. =))

13 comments:

eT said...

ehh...ayat header blog sama ngan ayat header blog member opis...nama nyer pon sama sarah...heehe

nursarah said...

eT
then u should try google 'deep in my heart'. blog saya atau blog dia akan tertera di tempat pertama?. haha

Ariff Shah said...

tu la nak jadi janda sgt./ :P

Azrul Hisham said...

teringat lagu irwansyah - ku tunggu jandamu...hehe

embun d tengah malam said...

sbb u hawt kot

Q said...

yg kat russia tu tahu siapa. kat german tak tahu. hahahha.

lawak. sbb status je. tak pasal2 ramai nak berkenalan.

FarhanaDr said...

1973???? Sesuwei sangat yang oiii.. Ahaks.. ;p

In a relationship ngan abang russia terus laa.. Tak leh ke babe? Heehee..

Anonymous said...

haha.lustig sein.

Kniedaz said...

hoho..bahaya bug status xkeruan

Rozie said...

kelakar lah hahahahh

hanafijaafar said...

haha, aku rase lelaki bujang pun tertarik dgn janda umur 23 tahun.

Kyuubi_85 said...

hahaha. habis tu sapa suruh ko letak status mcm tu. tak pasal2 org serbu nak kenal. :D

Cik Akma said...

feewwwittt jandaa berhiass haha :D