banyak mana aku patut meminta?....

jangan kau meminta simpati manusia. kerana manusia tidak semuanya ikhlas. mungkin di balik senyuman juga huluran tangan, hatinya berbuku memendam ketidakpuashatian.

mintalah kepada Tuhan Yang Maha Kaya. Dia Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Dia selalu ada, tidak pernah lupa dan tidak pernah tidur.

berdoalah sebanyak-banyaknya. kerana dengan berdoa. kita akan lebih mengingati kebesaran Allah sebagai Pencipta dan kelemahan kita sebagai hambaNya.

kepada Allah, pintalah sebanyak-banyaknya. usah meminta menjadi si kaya. ditakuti akan takbur. jangan meminta menjadi ternama, ditakuti akan riak.

berdoalah pada bila-bila masa dan di mana-mana juga di tempat yang baik. berdoalah sekarang juga. jangan nanti-nanti.


berdoalah selalu. Allah sentiasa bersamamu.




p/s: terkenang emak dan abah, setiap kali memanjatkan doa.

Comments

Jard The Great said…
doa senjata orang mukmin.. =p
.::WaNiE::. said…
banyak mana pun kita minta pada Dia tak penah ada limit :)
azuan said…
doa itu senjata~
myQza said…
terkenang sbb kita pun doakan mereka juga!
Zida said…
adduau silahul mukmin :)
Anonymous said…
sentiasa berdoa
tu terbaik
doa senjata terbaek org mukmin...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..