banyak mana aku patut meminta?....
jangan kau meminta simpati manusia. kerana manusia tidak semuanya ikhlas. mungkin di balik senyuman juga huluran tangan, hatinya berbuku memendam ketidakpuashatian.
mintalah kepada Tuhan Yang Maha Kaya. Dia Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Dia selalu ada, tidak pernah lupa dan tidak pernah tidur.
berdoalah sebanyak-banyaknya. kerana dengan berdoa. kita akan lebih mengingati kebesaran Allah sebagai Pencipta dan kelemahan kita sebagai hambaNya.
kepada Allah, pintalah sebanyak-banyaknya. usah meminta menjadi si kaya. ditakuti akan takbur. jangan meminta menjadi ternama, ditakuti akan riak.
berdoalah pada bila-bila masa dan di mana-mana juga di tempat yang baik. berdoalah sekarang juga. jangan nanti-nanti.
berdoalah selalu. Allah sentiasa bersamamu.
berdoalah selalu. Allah sentiasa bersamamu.
p/s: terkenang emak dan abah, setiap kali memanjatkan doa.
Comments
tu terbaik