spesis 'penjual' yang bikin aku PANAS..

sambungan entry...



sebelum aku sambung cerita suka-suka di The Mines. nak share sikit tentang kejadian di stesen komuter Serdang. masa tu dalam pukul 2ptg la we all sampai. then kat stesen tersebut ada la penjual sim card Celcom. yang ini aku tolak baik-baik je. even dia nak bagi simcard tu free. aku ni cuma ada satu handset saja. nak banyak2 sim wat kejadah apa. tak kisahlah tang ni. orang celcom tu pun tak apa je bila aku tolak baik-baik. lepas tu ada pulak orang company apa ntah. tahan aku . haaaa. tang macam ini memang aku tak berapa berkenan. kalau ko nak jual produk apa pun. tak payah datang kat aku, " sini la kejap dik, kejap je, nak tanya satu soalan je, bagi la masa sikit..".. banyak la kau satu soalan. lepas tu mulalah kau tanya dua tiga empat sampai 18 soalan. sorry to say, aku menyampah. dan aku terus blah.

lepas tu bila aku blah, kau nak buat muka tak puas hati pulak. ewah3!.. lepas tu kau tahan kawan aku pulak. then aku ni dahla panas-panas, bersesak dalam komuter. datang jauh-jauh sampai Serdang ni bukan semata-mata nak 'bagi masa aku ngan kawan2 aku kat kau', so dengan rakusnya aku tarik tangan kawan aku supaya kau tak dapat tanya dia apa-apa. then sedap je kau cakap aku ni TAK BERADAP. what the Hell! kau tu yang tak ada adab. aku nak dengar ke tidak soalan kau aku punya suka lah. dah kau kerja untuk tahan-tahan orang, kau terima jelah kalau orang memang dah tak nak. suka-suka kepala angguk kau je cakap orang tak beradab. ptuuihh!

dulu pun aku pernah jumpa spesis macam ini dekat Pertama Complex. duk tahan aku, then cakap. "kejap je dik, kejap je, satu soalan je, satu soalan. tunggu la kejap. tak lama pun, seminit je". bila aku bagi peluang kau tanya satu soalan. kau pun tanya "adik ni umo berapa?". then mestilah aku jawab jujur, lepas tu terus kau pergi ke next question. "adik ni belajar ke dah kerja..?".. "kat U ambik course apa?" dan berterusanlah soalan kau bertubi-tubi. dan masa aku terus terbuang-buang menjawab soalan kau.

senang cerita macam nilah, kau jual apa pun, cakap je direct pasal apa yang kau jual. atau apa juga perkhidmatan yang kau nak tawarkan. contohnya macam ini " hi adik, ni kami ada jual lingua phone adik berminat tak nak beli, tak mahal pun sesuai untuk adik n bla.bla ayat seterusnya kau pun pandai lah nak goreng.." serius! aku lagi suka kau cakap direct macam tu. so senang aku nak decide, aku nak beli ke tak nak. kalau nak aku beli kalau taknak aku boleh lah kata "mintak maaf, saya dah ada sepuluh lingua phone dekat rumah tapi saya ni tak pandai-pandai jugak speaking English dan bla.bla.bla.. pandai2lah aku goreng."

(lingua phone tu contoh je ok).

memang aku tak pernah lagik jadi salesgirl ke apa. dan aku pun tak pernah belajar etika macam mana nak jual produk di tempat-tempat awam. tapi aku rasa.. semua orang pun lagi suka dengan situasi yang direct. tak perlu terbazir-bazir masa. promote terus terang. tak payah mintak ajak duduk ke minum kopi ke apa. last-last customers sakit hati. kau pun sakit jiwa. erm.. whateverlah. ni saja je aku nak kongsi cerita. terpulang pendapat masing2 la kan. aku bukannya benci direct selling macam ini. cuma aku nak depa ni biarlah direct betul-betul. tak payah berbasa-basi. sebab cara itu aku tak suka. tak suka. dan TAK SUKA!


kan dah terpanjang menaip. so entry The Mines part II bersambung esok sajalah yepp.. BAboiii


Comments

A.I said…
betol2!!
kalau dieoarngg noihh stret jek ckp nk jual ape, aku boleh jugak pk nak benti ke takk!
nih ckp mantik2 konon!
nak muntahh okk??

lagikk geramm kalau siap paksa2 beli!! sengalll.
Bro Framestone said…
sepanjang bro jenjalan mane2.. belum pernah mane2 saleman ke girl ke yang berjaya tahan bro or wat bro berkata "xpe2".

cukup dengan bro angkat tgan n renung mata dorg.. nampak cam bro nie garang orgnye

he..23x bro pun ade pengalam,an wat cam nie.. if ayat pandai.. xpyh tahan org.. sure org akan berhenti..asalkan wat kerje dgn ikhlas la ek

cam nk wat entry tip2 nk jadi saleman/girl yang terbaik

BroFramestone Blog
darkcoco88 said…
biase kene mcm ni. emo gile. rase cam baling ngan sliper jepon kat sales man tu pn ade =,=

org nak cepat, ditahan2 nye pulak.
dah nampk org x senang nak dga...lagi kuat die blabbering. hadoi...
ala yg jenis penjual jalanan suke tahan2 org tu just ignore je.. buat dek je.. xyah ckp ape2.. buat cam xnmpk dia... lalu je.. langgar pon langgar laa
ala yg jenis penjual jalanan suke tahan2 org tu just ignore je.. buat dek je.. xyah ckp ape2.. buat cam xnmpk dia... lalu je.. langgar pon langgar laa
green said…
hehehe..boleh bayang seyh..
anyway..tak yah layan org cm tu..huhu
.::WaNiE::. said…
hahah selalu kan dorg ckp satu soalan ataupun satu minit jek. kalau geram kasik ar satu minit pastu cakap dah abis satu minit & terus belahhh..lantak kauuu..
honey amour said…
hakhakhak..macam lucu pulak kan...
Unknown said…
laa bile g mines sara?
hahahaa
g mines jgk ;P
huh. plg x ske part org kt ktm tu.
huhuhuh.
kitorg br je ngumpat, "xde dah org menjual2 ni"...sekali kene terjah "dik nah sim kad free".
haktui lu
huhuhuh
Anonymous said…
betul2..nk2 budak2 celcom nie..geram..slagi tu nk himpit2 kita nk bg percuma konon..bila ambik kena bg ni la tu la last2 xpercuma pun..

pernah skali sy dekat stesen bas putra..masa tu dgn mylove la..yg ni digi..ye kate set tuk couple gayut free..last ktorg ambik dia ckp kena bayar ni la tu la pe la..kitaorg kate la td ckap free..si penjual tu pun jawan mana ada free skrg ni dik.nk masuk toilet pun kena bayar..bengap kan td awal2 ckp free..last2 ktorg bg balik then wat bodo je..
Ibu Ammar said…
@ Aisha
itulah kan. tolongla RETI skit bab masa orang lain. takyah lengah2. direct je cakap kan senang.

@ Framestone
bro. seyes saya nak blaja cara tenungan mata sambil angkat tangan yang boleh mematikan bicara diorg nih. sila ajar macam mana.

@ ytaze92
tu la pasal. kita dah buat muka ketat bleh plak depa ni buat tak reti. macam nak bagi diorg cium selipar pun ada.

@ aku teringin gak nak langgar larik. boleh try di amsa akan datang. wakaka

@ green
mmg tanak layan tapi diorg ni susah nak paham. debik sekali baru reti gamaknya

@ wanie
itulah, yang semalam ni seminit pun saya tak bagi. lantaklah

@ honey
lucu sangatla diorg tu, bikin panas

@ Ery
semalam aku gi The Mines

@ AmyLiana
tu lagi satu menipu. mmg nak kena debik. dah tau mmg tak free apsal mula2 kata free. samdol tol
terpanjang atau dah niat???
hehehehe...
=.=
messyremo said…
haha...

aku penah kene...

giler ah..
mmg serik...
Cik Akma said…
lagi satu penjual celcom tu. hadoiiiiii~~
lel said…
mmg lingua phone tu contoh
tp slalu mmg linguaphone gak wat camtu
huhu
Invince_Z said…
peringatan...
pasal simkad free celcom tuh...
jgn amik...
klau nk amik gak...
tanye die...
100% free ke?
sbb...
ade kes kawan aku...
petugas celcom bg simkad free...
pastu minta I/C dll...
tup2...
pas seminggu...
no maxis die ditukar ke celcom...
kes simkad free tu la...
jd...
jgn bg I/C, lesen, dll...
pd sebarangan org...
n jgn gatal2...
nk try...
naya kemudian hari...
aisHa 'S' said…
selalu gk jumpe org yg promot simcard tu..
kdg2 memaksa kite tuk beli...
haip..
Hafiz Yusof said…
wat relax saja
mrs.ecam said…
hermm salu kne tp buat muke garang dieorg x brani la nk thn...kikikiki
muke ku time siyes mmg mcm nk mkn org...ni my hubby n kengkawan yg ckp...hekhek

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S