psikologi:- bila kita marah, maka kita akan..

hi semua,

selamat berhujung minggu. selamat hari Sabtu.


sebentar tadi, aku naik marah dengan loading nuffnang yang lambat. bukan web nuffnang yang lambat, tapi thread pasal Potato Crisp punya slogan kontes tu yang lambat sangat (ada 394 komen mana tak lambat load walaupun aku guna talian streamix 110 ringgit sebulan). memang hangin kejap la sampai kena refresh banyak-banyak kali. sumpah rasa macam nak hempas laptop. tapi nasib baik bersabar. maka genggaman tangan tu dilepaskan atas meja. meja tak apa-apa. tapi tangan merasa sakit. oh ya. nak cari idea untuk slogan tu sikit punya payah macam nak give up pun ada. walaupun thread tu baru launch 5 hari lepas tapi dah hampir 400 yang mencuba nasib. hadiah lumayan tu. siapa taknak.

ok, balik pada tajuk, sikit punya panjang intro aku bagi. dah sikit tapi panjang. ayat apa ni. walaupun ia janggal tapi you all pun selalu guna ayat macam ni kan, takyah geleng kepala. cepuk kang! dah. dah, balik pada tajuk plez..







bila kita marah, maka kita akan.....



-1st thing, bila marah. ada kemungkinan akan mencarut. keluar perkataan yang harsh. (celaka, shit, dsb)


- kalau duduk depan meja, kita akan hentak meja, atau jatuhkan semua barang atas meja.

- kalau berdiri, kita akan tumbuk dinding, or tumbuk cermin kat dinding

- kalau duk atas sofa, kita akan baling bantal sofa

- kalau tengah drive, terus tekan hon tiba-tiba. (marah la tu orang ambik jalan dia :p)

- kalau duk kat bilik, kita akan tarik cadar kemburkan katil

- kalau ada barang berhampiran kita, silap2 akan hempas barang tu, cawan ke, remote tv ke, apa-apa lah

- kalau ada orang cari pasal time tu, maka silap2 orang tu akan dapat maki. or paling ringan dia dapat renungan tajam. (tak dapat pelempang dah untung).


*situasi-situasi diatas adalah contoh refleks apabila kita bertukar ke mood marah. tapi itu semua normal. macam refleks. (tindakbalas terhadap rangsangan marah).


Secara psikologi, apa yang berlaku kepada diri seseorang itu apabila dia marah?


kadar denyutan jantung dan tekanan darah seseorang itu akan meningkat. ini adalah kesan langsung akibat lebihan hormon adrenalin dalam sistem peredaran darah. kekuatan fizikal juga akan meningkat manakala kewarasan dan daya berfikir akan menurun. organ-organ badan yang berada dalam kawalan, akan hilang kawalan. maka secara automatik, akan berlakulah kejadian2 seperti diatas.


bila marah, nak lepaskan, atau nak simpan. terpulang. as long as kedua-duanya tidak sampai tahap boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain. apa jua pilihan. keduanya ada batasan. nak marah-marah mengamuk ke apa ada limit. nak pendam diam-diam pun ada limit. hanya kita yang lebih tahu limitation tersebut dan bukannya orang lain. ada orang boleh marah sampai tahap pukul anak bini. ada orang boleh simpan marah sampai tahap jadi gila. itulah namanya dah over limit. akal ada, boleh pikir.


* Nabi kata, tukar la position untuk redakan kemarahan. kalau berdiri, pergilah duduk, kalau duduk, pergilah baring. kalau tak berkesan gak, pergi ambik wuduk. kalau dapat solat sunat lagi afdal.


p/s: you all plak, bila marah, apa tindakan refleks? *macam tipu la kalau jawab terus g ambik wuduk. jangan bajet alim kucing.:p


Comments

Hafiz Yusof said…
kalau aku marah..aku akan diamkan diri dan keluar mencari ketenangan..
sekamar rindu said…
salam..

kalau saya marah saya akan diam dulu...
Azrul Hisham said…
saya kalu marah selalu pendam je...huhu
hanafijaafar said…
siapa yang apabila dia marah, melepaskan dengan carutan atau vandalisme terhadap harta benda peribadi atau awam, adalah jelas bahawa dia tidak cool, tiada keraguan di situ.
Syima Syaz said…
biasa marah sekejap je..tp kalau btl2 marah biasa akan NANGIS!
.::WaNiE::. said…
bila wani marah, kemungkinan hanya yg 1st ngn last tu jek sarah

takdek la sampai baling2 barang hentak2 meja ke kembur2 cadar ke :P

salunye kalau marah wani senyappp je then ckp ngn diri sendiri suruh sabar

tapi kadang2 kalau marah sgt 'ter' maki jugak hahaha
aku juga seorg pemarah...
=.=
kalu l0lly marah. l0lly akan mesej org terapat tuk luahkan :P
hans said…
den tadi nuffnang xleh buka langsung

p/s : "salam...Siri Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 4 Sudah Dipublish di blog www.hanspunyablog.blogspot.com
kalo marah..muka masam..

hehe..

betul..
Amir Said said…
bila aku marah ke bengang ke aku menyumpah2 dalam hati. haha. pastu dengar lagu, terus hilang rasa marah. biasanya marah aku skejap je.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..