ceritaku yang biasa..
salam to all,
kebelakangan ini, aku hanya update tentang ceritaku yang biasa. tidak ada entry isu semasa atau tips atau story gempak yang best-best. (best ke, perasan la you ni. eii!). semangat mengarang entry luarbiasa hangus terbakar dek kerana ada yang mempertikaikan penulisan di blog ini macam bagus dan boleh blah!.. baiklah. asyik dipertikaikan begitu begini. maka now aku update cerita-cerita biasa sahaja. puas hati?!.
cerita-cerita biasa tetap ada juga yang setia membaca. now ada lagi pertikaian?. mungkin ada dikalangan kita yang hidupnya rasa happy dan bahagia dengan mempertikaikan hal orang lain. ek eleh dia ni, ek eleh minah tu. bla.bla.bla. kenapa ya ada yang suka mempertikaikan?. adakah sebab life sendiri yang tidak fun?. berhenti memandang senget terhadap life orang lain. berhenti memandang rendah pada penulisan orang lain. bukankah seharusnya kamu patut mengambil peduli tentang hidup kamu?
oh. sebenarnya aku tidak marah. aku hanya pelik dengan manusia yang berbagai ragam. dan kadangkala menggelikan hati. tetapi tak mengapa. semua ini bukankah sejenis pelajaran?. belajar bahwa tak semua orang sukakan kita. tapi tak semua orang bencikan kita. mengakui bahwa dalam hidup ini, kebaikan kita jarang dinilai. tetapi keburukan kita selalu dicanang. kehidupan memang macam itu. belajar bersabar dengan ragamnya manusia yang beraneka. syukur. anggap ia sebagai warna-warni sebuah kehidupan. pelajaran sebegini, bukankah sangat bernilai?
p/s: ingat! ini hanya blog yang biasa.
Comments
ni tak.. yang x suka tu ler yang dia baca gak. apa dah