cerita-cerita hangat.
salam semua,
err, bukan cerita aku yang hangat. tapi cerita-cerita di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan. kita tulis juga di sini. sebab cerita memang sekadar cerita pada hari ini. tapi ianya adalah sejarah di masa hadapan. sejarah yang mungkin di baca oleh generasi terkemudian.
1) cerita Allahyarham adik AminulRashid.
tak perlu olah panjang. semua pun dah tau pasal kes ni. sampai kat Facebook pun aku terima mesej supaya tukar profail picture kepada gambar arwah sebagai usaha ke arah menuntut keadilan. padahal i dun know la kalau semua orang letak wajah allahyarham as profail pic adakah cara ini membantu mendapatkan keadilan. what can I say. manusia kadang-kadang tak realistik. sesungguhnya cara itu langsung tak membantu. totally nonsense! yes. manusia di Facebook memang banyak yang suka mengarut. muak dan mual. adalah lebih bagus kita sedekahkan al-fatihah dan doa buat arwah. InsyaAllah dapat pahala, daripada sibuk hantar mesej di Facebook. ceh. padahal yang cipta Facebook tu entah-entah sedang gelakkan 'kejakunan' kita.
2) cerita tentang Piala Thomas.
now rumah aku tak ada TV. memang tak dapat nak tengok siaran langsung perlawanan. tapi still boleh dapat tau melalui kawan-kawan blog yang rajin update keputusan terkini perlawanan. lama dah kan Malaysia tak julang Piala Thomas. kali terakhir masa kegemilangan anak-anak Hj Sidek dulu. sama-sama doakan kejayaan Malaysia untuk kegemilangan sukan badminton tanah air. setakat ini dah layak ke separuh akhir. tapi tulah, Piala Thomas ni kemenangannya adalah dari segi jumlah mata sepasukan. tak boleh sandarkan harapan apada Datuk Lee Cong Wei semata-mata. semua pemain memikul tanggungjawab yang sama. untuk menang.
3) cerita tentang judi dihalalkan.
sempena World Cup 2010 South Africa. negara kita dah 'halalkan' pertaruhan (judi) untuk keputusan-keputusan perlawanan. inilah yang tak syok nya dunia bola. bila jadi macam ini. silap-silap yang menontonnya tanpa bertaruh pun dapat saham. err. katanya orang melayu Islam tak boleh bertaruh. What The Fun. macamlah kita ni bodoh. dah tentunya semua orang tak kira agama tetap akan bertaruh. bukankah komuniti melayu mendominasi jumlah rakyat di Malaysia. ya. sayang sangat dengan cukai judi yang dapat disumbangkan kepada ekonomi negara. nak tanya...cukai daripada judi tu...halal ke? apapun. aku hanya nak menonton World Cup secara diam-diam saja. 4 tahun menanti. rindu nih.:p
4) cerita tentang Adamaya
ceh. yang ini pun termasuk dalam kategori hangat tapi dia duduk di tempat terakhir. semua orang cerita pasal Adam & Maya. semua orang cerita pasal kecomelan Amani @ Mia Sara Nasuha. Sara tu nama aku juga. 'tumpang lalu'. pendapat aku tentang drama ni. daripada 10 aku boleh bagi 9.5 markah. gandingan Syed Hussein n Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain yang mendukung watak masing-masing memang wajar diberi tepukan. yang happy. yang sedih, yang penuh emosi, yang kelakar, yang menyampah, malah semuanya digabungkan menjadikan cerita ini santai hinggakan ramai yang tak nak ketinggalan mengikuti drama ini. di samping ianya sebuah lakonan, banyak mesej dan pengajaran yang boleh diambil. bab tu, masing-masing fikirkan sendiri. hari ni episod akhir. jangan ketinggalan menontonnya. tetiba promote*
setakat ini dahulu. yang tak setuju atau setuju, boleh komen di ruangan komen. jangan ajak bertumbuk sudah. sumpah aku kalah. tapi kalau pelempang. mungkin menang. *apakah.... :p
Comments
sara2~
ehh neway..
sume 2 hot stories kn2?
mix kn skali kes bersalin kat tandass....
dadah2 dikalangan artis~ =)
doakan malaysia menang dgn china..
tak terkata ni..
setuju tntg facebook tu, kdg2 buat benda pelik2 je warga2 facebook ni..tak fikir logik.
aku pun dah rindu nak tgk piala dunia. nasib gak masa cuti. hehe. kalau tak melepas lah
;)
tp aku harap ko baca keseluruhan cerita tu, sebab ini bkn kisah untuk menuntut keadilan pasal dia seorang. tapi menuntut institusi polis lebih terpantau dan terpelihara dari salah laku. dan ini juga dapat pahala, malah berpanjangan insyaAllah.
:D
biasalah... miskin. bertaruh seposen dua pose
Latest:Jus Kopi, Power Sekali !!!
ape nih?
aku da byk ketinggalan
TIDAAAK!
adamaya sempat tgk episod 21,22 dan 23 baru siap download.. best td tgk ending dia.. terasa diri cam adam.. heheh..
jom jerit ramai2!!!
hope malaysia mng! amin!
hhuhuhuhuu
itu adalah sangat wtfishh
btw aku frust gile pasal piala thomas tu. tapi nak wat cmne.dah xde rezeki. kena terima dengan sabar.