ada apa dengan sebentuk cincin.




hurm. akhirnya cincin itu pergi jua. satu-satunya cincin yang aku ada. bukan cincin pusaka. bukan cincin tunang. tapi cuma cincin yang di beli di KL Central dengan harga 19.90sen. tapi aku suka sangat cincin ni. agak sedih la ianya hilang dan mungkin tidak akan berjumpa lagi. dekat setahun gak aku pakai cincin nih. inilah perhiasan paling lama pernah tersarung di jari aku.

sebenarnya cincin ni hilang minggu  exam 2 minggu lepas. masa tu aku kat bilik kawan aku la. kat kolej 12 UM. sebabkan hari tu last day kan kawan aku kena kemas barang kosongkan bilik. maybe masa dia kemas-kemas dia sapu sampah ke apa terbuang kot cincin aku tuh. tak pun dia termasuk dalam barang yang dia pack. yelah cincin tu kan kecik je mana nak perasan. sob.sob

gambar tu aku ambik beberapa hari sebelum cincin tu hilang. nasib baik kan aku sempat rakam gambar cincin nih. sekurang-kurangnya ada jugak kenangan. so thats why hari ni buat entry pasal nih. as memoriable thing la kan, story behind this ring.

-------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya kalau perhiasan tangan cam cincin n gelang memang tak pernah lama dengan aku. selalunya akan hilang. tapi memang setakat ni tak pakai lagi la perhiasan emas kat tangan. selalunya yang cap ayam jelah. tapi dulu-dulu masa skola rendah my dad belikan anting-anting emas pun tak tahan lama gak. sebab anting-anting tu tersangkut kat buaian my sister then dia tercabut bila I tarik. anting-anting tu berangkai bila satu tu pendek sebelah aku terus cabut la tak pakai dah. pastu anting-anting tu sekarang dah dibentuk jadi anting-anting fesyen lain.

for now aku just pakai rantai je yang emas, as long as pakai tudung tak bahaya la untuk kes ragut ke apa. tapi kalau perhiasan tangan memang tak berani la pakai emas. aku kan duk kl bahaya banyak mat pit kat kl nih. kengkadang naik bas ke apa, scary gak, dulu kan ada kes orang kerat tangan gurl dalam bus sebab nakkan gelang emas, what the hell sampai sekarang la aku fobia. no point nak pakai those such thing yang boleh bahayakan nyawa.

dulu my dad pernah cakap. biasanya orang pempuan yang pakai emas sampai ke siku bukannya dia beli pakai duit dia tapi dia perabih duit laki dia. haha, betul gak aku rasa. banyaknya yang pakai emas berat-berat besar-besar saiz tu bukannya wanita yang bekerja. banyaknya suri rumah je pun. (i skodeng time keja kawen la selalu nampak). yang profesional punya pempuan biasanya emas diorang pakai setakat 1-2 je kat jari ke kat pergelangan ke. tak ada nya nak pakai banyak-banyak macam apa je. lol

kalau orang tanya aku suka emas kuning ke emas putih. of coz la aku suka emas kuning. memang la emas putih tu lagi mahal harga dia tapi once kau dah putihkan emas tu. dia tak boleh dah nak dibentuk lagi. bab mahal tu sebab tambah harga teknologi memutihkan emas tu sebenarnya. asal dia tetap emas kuning. emas kuning ni bila-bila masa boleh ditempa/dibentuk. so harga dia takkan jatuh la, tapi kalau emas putih kalau nak jual balik tak bape nak laku sangat. sebab dia dah kekal begitu. tak boleh ditempa/dibentuk dah.

so, kalau aku kawin nanti, tak yah tanya. aku memang nak perhiasan emas kuning semata-mata. yang putih-putih I tak minat sama sekali. haha!


Comments

Ariff Shah said…
huish. cerita pasal kawin dah
Queen said…
samela...suke emas kuning dari emas putih...
myQza said…
aku tak ske brg kemas!
Bro Framestone said…
cincin tunang bro if hilang... bro mintak ganti tue...

klu cincin tue bro bagi kat sarah... n sarah terhilang.. habis la sarah he..23x

BroFramestone Blog
en_me said…
sonoknyer nak kawen tewww, ehehe
Tak suke pakai cincin dan gelang.. entah kenape gatai.. Emas kuning ka putih ka.. Adehhhhhh..
aisHa 'S' said…
Waaa..sy pernh mengalami ini...
3thun pkai cincin pemberian my Xbf...
akhirnye ilang..
sedih giler.....
nak ganti rugi..
uWaaa..
tapi mne same cincin yg ilang tu ngn yg baru kn.
sob-sob....
Atika Ramlan said…
i love cincin too..xtau nape lg suka cincin n gelang..mebi sbb pakai tudung kot
.::WaNiE::. said…
oh cincin

**tetiba tk sabar**

nice ring by the way sara
Adziim said…
Eh..duk UM rupanya?
.Cik Nana. said…
nak gelang emas! hoho.
Kujie said…
Kak Jie tak pakai seurat apa pun
cincin tunang pun kena curi..huhu

tiba2 dpt idea bagus nk claim dgn cik abg ni..hakhak

jahatnya! hehe
beli cincin baru lorh..
or terima dr bakal hubby..
hehe
xD
reflection said…
mengapa tak kaka buat kembali, yg sm persis seperti itu? ;-D

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..